FARISH HIJJAZ POV
AKU melihat wajah cantik yang elok berbaring diatas bantal sebelah aku. Cantik bersih wajah wanita yang membuat seluruh hatiku huru-hara bila tanpa khabar dari dirinya. Hari rasa tak lengkap kalau tak menatap wajah bersih itu.
Dan akhirnya aku bersyukur sekarang dia kini menjadi milikku di dunia dan aku harap sangat jodoh kami berkekalan sampai hari tua kami. Sampai aku dan dia sama-sama dikebumikan. Sampai syurga.
Bertapa gusarnya aku semalam bila tiba-tiba dia cuba untuk melarikan diri dari majlis akad nikah kami. Rasa nak tergelak pun ada bila melihat reaksi wajahnya petang semalam selepas ijab dan qabul.
Usai memberi salam dan berdoa, aku angkat tubuh mendekati isteriku yang masih duduk dengan wajah yang menunduk. Langsung tak mahu memandang wajah kacak aku ni. Eheh! Jelingan Adha aku hanya balas dengan ketawa kecil. Cuba untuk beri surprise untuk Mrs. Farish Hijjaz.
Aku melutut bila berada didepannya. Melihat dia cantik bersimpuh, aku rasa lega teramat sangat. Sekurang-kurangnya dia tak lari dari majlis ini.
"Hana, hulurlah jari kau tu." Bisik wanita yang dikenali sebagai Wahida itu. Serius, rasa nak gelak tengok perangai si Aisha ni. Macam bukan Aisha. Macam-macam Little Aisha kepunyaan Hijjaz ni. Ehh!
Aku tadah tapak tangan kiriku dengan tangan kanan memegang cincin permata pilihan aku sendiri, tapi Aisha langsung tak menyambut. Tanpa ditunggu, Wahida angkat tangan Aisha diletakkan diatas tanganmu. Aku genggam jari jemari halus itu. First time pegang perempuan bukan mahram. Sejuk !
Selesai saja menyarungkan cincin itu, dia masih begitu. Kaku tanpa memandang wajahku.
"Tak nak salam saya ke Aisha sayang?" bisik aku di tepi telinganya. Perlahan-lahan dia angkat kepala. Dah macam kura-kura dalam cengkerang dah aku tengok. Membulat matanya melihat aku tersenyum manis. Nafasnya nampak tidak teratur. Tolong sayang, awak jangan pengsan dekat sini.
Lama aku perhatikan dia sehingga dia menukar posisi dengan kedua belah tangan diletakkan dibawah pipi. Dah macam baby dah aku lihat dia. Kening yang terbentuk elok pada wajah berbekalkan dengan mata yang bulat apabila dia marah. Tambahan lagi dengan hidung mancung dan mulut kecil dia yang pink tu. Rasa nak cubit je.
"Isteri saya namak cantik sangat hari ni." bisikku perlahan. Gatal tangaku mengusap kulit mulusnya. Dari kening yang terbentuk cantik sampai dagu. Tak tinggal sedikitpun dari elusan tanganku.
Kerutan keningnya membuat aku tersenyum. Mungkin rasa terganggu dengan aku. Tanganku pantas menepuk bahunya perlahan bagi meneruskan dia supaya terus tidur. Kerutan kening semakin berkurangan. Lantas aku menyambung tepukan dengan lebih perlahan dengan mata tak kalih memerhatinya.
HANARA AISHA POV
BAHUKU ditepuk perlahan. Rasa selesa teramat sangat malam ni bila tidur. Sejuk penghawa dingin dari terasa bahang tubuh seseorang di sebelah. Dan aku tahu siapakah gerangan itu. Aku koyak senyum sedikit sebelum membuka mata.
Hijjaz langsung tak berkelip melihat aku. Gila! Macam dah scan muka aku gayanya. Sekali pakej senyuman manis macam tu. Lahai, manisnya... Makin handsome laki aku tengok gaya macam tu. Tangan aku bawa mengusap pipinya berkumis nipis dengan perlahan.
"Awak tak tidur lagi ke?" soalku sebaik saja dia menangkap tanganku yang berada dipipinya. Dibawa tangan aku sebelum dikucup berkali-kali.
Gila weyh, rasa berbunga macam kat taman bunga! Bahagia sangat!
"Nope. Dah tidur tadi, tapi terjaga." Tanganya dibawa mengusap rambutku perlahan. Aku pejam mata rapat. Selesa. Lahai lah Mr. Husband, kenapa sweet sangat?
"Sayang..."
"Ya?"
"Thanks you for being my wife" aku hanya tersenyum
"Terima kasih kerana bersabar."
"Thank you for loving me."
"And also thank you for...." Meleret patah bicaranya buat aku tertunggu-tunggu. Tapi bila melihat muka nakal macam tu, rasa nak menyorok pun ada.
"Be my real wife."
Ya Allah, tolong pengsankan aku sekarang!. Tak mampu tahan rasa malu teramat dah ni.
Aku sorok wajah kedalam dakapannya. Mendengar jantung dia yang berdegup indah, rasa tenang menjemput aku untuk kembali normal.
"Awak malu ke sayang?" soalnya dengan ketawa yang kuat. Shit! Cepat-cepat aku tekup mulutnya dengan kuat.
Kang tak pasal-pasal jadi gosip pagi esok. Tambah-tambah kalau berhadapan dengan abang Adha. Memang jadi bahan lawak dial ah jawabnya.
SHI
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...