HANARA AISHA POV
AKU berikan senyuman kepada mereka yang lalu disebelahku. Bagasi yang berat ditarik dengan tenaga yang sedikit kuat. Hampir dua tahun aku merantau ke negara orang, akhirnya aku kembali ke bumi Malaysia. Alhamdulillah.
Kalau nak diceritakan apa perasaan aku sekarang, aku pun tak tahu nak kata. Perasaan yang bercampur-baur. Gembira dapat jumpa dengan keluarga aku balik. Ya lah, aku mana pernah balik Malaysia lepas pergi tempoh hari. Kononnya tak nak menyusahkan ibu dan ayah. Hampeh! Padahal dalam hati tak nak balik sebab lain. Tapi sekarang aku memang dah fully move on. Fully move on okay. Tiada berdebatan! Aku sangat yakin yang aku dah boleh terima segalanya dengan hati yang sangat-sangat terbuka luas.
Jadi sepanjang dua tahun itu, aku mereputlah kat sana. Makan minum pakai semua cukup. Mungkinnya kasih sayang saja yang kurang cukup untuk Hanara Aisha. Jauh dari keluargalah katakan. Kekasih pun ada sebab nak menjaga status single.
Memang tak cukup kasih sayang. Bukan tak ada yang mencuba, cumanya nanti kalau aku bawa balik mat saleh, ibu mengucap dua kalimah syahadah kot. Terkejut kerana aku tangkap cinta dengan mat saleh.
Mataku meliar memerhati keadaan sekeliling untuk mencari susuk tubuh abangku. Janji nak datang awal, tapi bayang pun tak nampak lagi. Ni lah orang melayu! Cubalah janji Jepun sikit. Train tercepat 20 saat pun mintak maaf bagai nak rak. Aku hamburkan marah di dalam hati. Takkan nak marah depan-depan macam ni kot.
Sedang aku mencari, bahuku dicuit dari belakang. Hampir terbeliak mataku memandang abang. Guess what, kenapa makin handsome abang aku ni! Tapi sayang... masih bujang. Apalah nak jadi. Aku dakap tubuh abang kuat. Rindu sangat.
"Hakim Adha! You promise me 4:30 pm. Now 5:00 pm already. Where have you been ha?" Tanyaku sambil menghulurkan bagasi ditangan. By the way, aku tengah menahan suara marah tu haa..
Dia menyambut. " Sorry la sayang. Tadi kereta buat hal kat office. Ni pun abang tumpang kawan. dia tunggu kat kereta. Nasib abang datang ambik tau. Kalau ikut mood abang tadi..."
Macam dapat aku baca ayat abang yang mahu menyuruh driver menjemputku, terus aku potong kata-katanya.
"Abang jangan macam-macam ehhh. Sha merajuk kang." Muka dimasamkan. Alah... bukan senang nak mengada dengan abang aku yang sorang ni. Selagi dia membujang, selagi tu aku mengada. Tapi kalau dia dah kahwin pun apa aku kisah. Abang aku kannn..
The only abang yang layan saja kerenah adik dia yang sorang ni. Mana taknya, dia hanya ada aku sebagai adik dan aku hanya ada dia sebagai abang. Jadi nak tak nak, dia kena layan jugak kerenah aku yang memang mengada-ngada ni.
"Tak payah nak merajuk sangat lah. Jom ikut abang. Kesian kawan abang tunggu Sha . Lambat macam siput." laju langkah abang meninggalkan aku sambil menarik bagasiku yang berat.
"What the... Abang!!!" pantas aku mengejar. Nasib aku pakai sport shoes je ni. Ni tadi kalau aku bantai heel, memang terkial-kial aku nak ligan beruk seekor ni. Hailaaa! Menyampah pula aku.
AKU diperkenalkan dengan kawan abang, Farish Hijjaz. Ohh Tuhan, hansomenya ciptaanMu! Muka suci bersih je ni. Macam stok-stok masjid pun ada. Tapi sayang, aku tak ada perasaan pula. Ya lah, kalau orang lain mungkin jantung dah nak terkeluar terbang. Jantung dilanda taufan, pelangi. Macam ada kupu-kupu terbang dalam perut? Jatuh cinta dan jatuh peranakkan lah. Pecah ovari? Tapi aku, alhamdulillah jantung masih berdegup normal, wat lek wat chill! Walaupun dia handsome. aku cuma menngagumi ciptaan Tuhan. Tak salah kan?
"Hai Hanara Aisha. Nice to meet you." ujarnya selepas aku masuk ke dalam kereta. Ehh, ramah lah pula lelaki tu. Terfikir aku untuk bahasakan dirinya apa. Kalau aku panggil dia abang, tak ke nampak macam menggedik dan awkward? Tapi tak kan lah kot aku nak panggil dia abang memandangkan dia tak beritahu nama panggilan.
Tak sempat untuk aku berfikir lebih panjang, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
"Berkerut betul dahi tu. Jangan risau, panggil saya Hijjaz je. Tak payah panggil abang. Terasa tua pula. Abang tu sesuai untuk Adha je. Kalau untuk Hijjaz boleh simpan untuk lain masa." katanya sambil ketawa.
Aku ketawa janggal. Nampak sangat Hijjaz boleh membaca aku hanya dari riak wajah. Okay, I like it! Tambah-tambah dia sengaja memerli abang Adha tadi. memang boleh buat geng ni!
"Jaz, kau jangan nak melebih. Adik aku tu. Adik aku. Jaga-jaga ehh. Abang dia masih hidup lagi sebelah kau ni."
"Ye abang. Jaz tahu tu adik abang." balasnya sambil ketawa.
Aku lihat abang tengan menahan marah kot. Lantas aku turut ketawa.
"Haii. Nice to meet you too Hijjaz. Saya panggil Hijjaz, okay je kan?"ucapku memandang Hijjaz dari pantulan cermin. Dia berikan senyuman manis dengan anggukan. Terus kereta membelah jalan raya.
SHI
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...