1- Harus Pergi

12.8K 571 9
                                        

(EDITED)

HANARA AISHA POV

BILA difikirkan balik, bukan hati saja yang rasa nak menangis, mata pun tengah menahan air mata dari tumpah. Benteng hatiku kian rapuh. Tatkala itu, hampir melayang rohku apabila mendengar ijab dan qabul itu. Terasa menyesal yang amat sangat. Kalaulah aku berani...

Kalaulah... Hakikatnya, aku tidak berani. Sebab itu wujud frasa kalau...

Idlan Fahri, andai kau tahu yang aku tak pernah rela. Andai kau tahu, betapa sakitnya aku menerima kenyataan. Andai kau tahu peritnya dikhianati. Tapi aku yakin, itu yang terbaik untuk kita. Biarpun rasa sakit itu menjengah dalam hati, akan aku tutup ia serapat yang mungkin.

Aku duduk sebelah Adriana. Tubuhku dirangkul ke dalam pelukan seusai habis sahaja bacaan doa. Terpancar riak bahagia pada wajahnya. Dia bagaikan bidadari malam ini dalam persalinan putih bersih. Cantik bersolek nipis dan masih mengekalkan kecantikan aslinya. Untungnya kalau aku menjadi Adriana.

Bila Idlan berjalan semakin mendekat, aku kuatkan hati. Bila Idlan duduk didepan Adriana, rasa nak meraung saat ini. Cincin bertatahkan berlian itu selamat disarungkan di jari Adriana. Allah, sakitnya perasaan ini. Apabila giliran Adriana menyarung cincin dijari Idlan, dengan balasan dahinya dicium mesra. Merananya hati! Silauan yang terpancar dari kamera turut terkan tempias pada aku. 

Pedih mata dan pedih hati. Tapi aku sabarkan hati. Tidak mahu membuat drama dalam majlis penikahan sabahat sendiri.

Selesai saja majlis pembatalan air sembahyang, dari duduk bersimpuh, aku bangun keluar dari rumah. Hatiku perlu ditenangkan. Hatiku sedang bergelora kuat. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

Setitis demi setitis air mata jatuh. Akhirnya benteng yang tadinya bertahan sudah pecah. Sungguh aku tak mampu menahan rasa.



"HANA!" jeritan Idlan membuat aku berpaling ke belakang. Senyuman diberi sambil mataku memerhati langkah Idlan yang segak berbaju melayu putih mutiara. Seketika cuma, tubuh Idlan sudah tegak dihadapanku.

"Kenapa tak duduk di dalam? Ha, actually Hana, terima kasih sangat-sangat tolong aku dengan family aku aturkan majlis ni. Kalau tak ada kau, tak akad la aku malam ni." ujar Idlan sambil tersenyum manis.

Rata-rata kawan aku memang memangilku dengan panggilan Hana. Keluarga aku pulak gelarkan aku Sha dari Aisha. Biasalah konflik hidup manusia kalau dah nama panjang.

"It's okay la Idlan. Kita; aku, kau, Adriana, kita kan dah kenal lama. Since kita form 2 lagi. Takkan la benda macam ni pun aku tak boleh nak menolong kot. Majis kawan baik sendiri kan?  So, apa perasaan jadi suami orang ha? Tambah-tambah dengan crush sendiri." Aku angkat kening sambil melihatnya tersenyum bahagia. tidak kalah, aku juga membalasnya dengan senyuman palsu. Haish! Kalaulah kau tahu apa yang aku rasa Idlan........

Dan itu cerita 'kalau' aku yang masih belum pasti. Dan ternyata semua itu kerana silap aku sendiri. Tiada yang bersalah dalam kisah ini kecuali aku. Kerana terlalu takut hubungan persahabatan ini terputus begitu sahaja.

"Nak rasa apa lagi? Rasa seronoklah dah ada peneman. Bangun pagi esok dah ada orang kejut, baju ada orang siapkan. Kau, bila pulak? Aku tak selamanya dengan kau. Nak protect kau. Nak teman kau sana-sini. Cari-carilah bakal suami, Hana. Kalau nak cari Mr. Perfect 10 kau tu, tak wujud punya!" Nyatanya yakin.

Aku ketawa perlahan. Apa yang tak wujudnya Ildan. Kalau diikutkan, kau la Mr. Pefect 10 aku. Tapi tu sebelum akad. Now, dah terkeluar dari carta hati aku.

"Kau doakan aku yang baik-baik dah la. Aku ini bukannya nak perfect sangat sampai nak cari yang perfect 10." balasku dengan senyuman.

"Ni, aku dah nak balik dah ni. Aku dah janji dengan ibu ayah yang aku nak balik awal. So aku gerak dulu la ye?" Tukasku cepat. Sebenarnya aku ingin lari dari situasi sekarang.

"Lahh kau ni.. hmm.. Okaylah. Drive carefully." nasihatnya lagi.

Aku mengangguk.

"Kirim salam pada Adriana." Langkah ku laju. Aku perlu pergi dengan segera.

Sampai saja di dalam kereta, aku hamburkan tangisan. Salahkah aku untuk mencintai kawan baik aku sendiri?

Salah aku ke kalau dia bagi layanan istimewa pada aku? Salah aku ke kalau aku tak mampu untuk mencintai orang lain? Salah aku ke semua tu? Allah, sakitnya hati ini..

Sampai hati Adriana...



DALAM keterpaksaan, aku heretkan langkah kakiku masuk kedalam rumah. Bila terpandang riak wajah ibu, air mata yang sudah kering kembali basah. Ibu datang memberiku pelukan kasihnya. Ibu tahu segalanya. Ibu tahu isi hati aku. Pastinya ibu tak menyangka, anaknya yang tabah dalam semua perkara boleh jadi selemah ini.

"Sha kena kuat. Walau apa pun jadi, Sha terpaksa jadi kuat. Ibu yakin, good things will come to you. Just wait for it. Maybe he's not the best untuk anak kesayangan ibu ni. Allah knows everything sayang. Believe me." Ibu turut mengalirkan air matanya. Mungkin sedih melihat anaknya begini. Aku tolak bahu ibu berlahan. Air mata aku lap menggunakan tangan. Matanya aku tatap sayu. Rasanya kekuatan ketika mereka akad nikah tadi tertinggal di rumah Idlan.

"Sha cuma nak berharap untuk kali ni, ibu, ayah dengan abang izinkan pemergian Sha. Sha nak buang perasaan ni jauh-jauh. Sha yakin dengan ibu. Cumanya Sha tak yakin dengan diri Sha kalau Sha terus stay kan sini."

Ya. Aku takut. Aku takut dengan perasaan marahku pada Adriana. Aku takut dengan perasaan marahku ini akan membuat rumah tangga mereka hancur. Biarpun Adriana mengkhianatiku, aku tak sampai hati menghancurkan hati mereka. Lagipula, ada eloknya kalau aku pergi.

Melihat air mata ibu, aku sudah tahu jawapan bagi pihaknya. Mataku dibawa memandang tangga. Tempat ayah dan abang berdiri memandang aku. Pandangan yang aku juga faham tentang keizinan mereka.

Semangat ini perlu dipulihkan. Hanara Aisha perlu bangkit menongkat dunianya. Bukan tunduk akur dengan jalan hidupnya.

Benar, itu semua takdir. Tapi bukankah manusia hanya mampu merancang. Kerana itu aku, Hanara Aisha merancang untuk pergi. Untuk mencari diri ini. Untuk kembali pulih melihat wajah-wajah bahagia mereka.

Tapi aku harus pergi.

Aku kena pergi.

Perasaan ini tak patut ada...





SHI

[C] Yang TerindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang