16- Hold My Hand

4.2K 198 2
                                    

HANARA AISHA POV

PANDANGANKU terhalang dengan kabus nipis. Mataku jelas terbias dengan warna pelangi selepas hujan. Jalan yang aku pijak ini basah tanda selepas hujan. Jalan yang nampak kosong, berbukit disekelilingnya, dengan angin sepoi-sepoi sejuk mengena tubuhku sehingga b-membuat aku terasa menggigil kesejukan. Tenang. Aku duduk dan pejam mata di lereng bukit itu.

Sekejap cuma, terasa bagai ada seseorang dibelakang tubuhku. Kabus yang nipis semakin tebal. Pandanganku semakin kabur. Tambahan pula angin yang tadinya perlahan semakin kuat menampar tubuhku.

"Siapa awak?" kuat suaraku bertanya melawan deruan angin. Mataku dikecilkan untuk melihat disebalik kabus. Perlahan-lahan aku cuba melangkah. Semakin kuat angin menolak. Melawan arus.

"Nara, hold my hand." Ujar lelaki itu

Belum sempat aku menggenggam huluran itu, angin kuat terus meniup tubuhku.

ALLAH!

Tepat saat aku terjaga, sayup-sayup azan berkumandang dari masjid yang tidak jauh dari rumah. Dengan telekung yang masih tersarung dibadan, aku bangun terus berbaring di atas sejadah. Terasa perit bahuku kerana tidur di atas lantai.

Tamat saja suara azan, aku angkat badan duduk diatas katil. Termenung sejenak dengan mimpi semalam. Rasa tertanya-tanya dengan maksud mimpi itu. Lantas aku kuatkan hati bangun membuka telekung dan mangangkat wudhu' semua untuk solat subuh.

Usai saja solat subuh pada pagi itu, aku ambil telefon yang terselit bawah bantal. Apabila skrin cerah, banyak panggilan masuk yang langsung tak dijawab kerana aku silentkan semalam. Malas nak dengar deringan yang bertalu-talu masuk itu. Kalau call pun dah banyak ni, kalau aku on wifi atau data, tak tahu lah macam mana.

Aku duduk atas katil. Nafas dihela perlahan. Hijjaz memang gila kali ni. Merayu-rayu suruh aku putuskan tunang dengan lelaki yang aku sendiri tak kenal.

Ibu dan ayah masing-masing memanggil lelaki misteri itu sebagai Far. Kata ayah pula, lelaki itu nampak baik. Bagi pandangan ibu dan ayah, seharusnya apa yang mereka itu pasti yang terbaik untuk aku. Aku tahu itu sebab mereka lebih banyak makan garam daripada aku. Sebab itu juga aku setuju walaupun acapkali hatiku membantah. Tapi hati ini akan aku lembutkan juga.

Telefon aku kembali letakkan di atas katil sebelum aku bergerak bangun mengambil novel di rak berhampiran meja. Sebuah novel aku capai. Niat dihati rasa nak tidur tapi mengenangkan lepas subuh, tak elok tidur, aku terpaksa mengambil mana-mana bahan bacaan untuk dibaca.

Seketika cuma telefonku kembali berdering. Ergh!!! Tanpa melihat nama mahupun nombor telefon, aku sangat yakin, Hijjaz pemanggilnya. Dan tepat jangkaan aku, memang dialah si pemanggil. Tanpa berfikir panjang, aku angkat juga panggilan itu. Masalah ini harus diselesaikan!

"Aisha. Ya Allah, Alhamdulillah! Allah lembutkan hati awak nak angkat call saya."

"Apa yang awak nak Hijjaz? Dah banyak kali saya kata saya tak nak ..."

"Aisha, saya faham perasaan awak. Awak anak yang baik. Awak tak nak sakitkan hati ibu dan ayah awak. Tapi macam mana dengan perasaan kita? Sakit hati kita? Aisha, saya tahu yang awak tahu saya dah lama sukakan awak. Saya dah lama ada perasaan pada awak , Sha. Saya simpan rasa ni hanya untuk awak sejak dulu sampailah sekarang. Sejak awak umur 17 tahun lagi. Sejak awak sukankan Idlan, Sha. Saya tahu apa yang awak lalui, saya faham kesakitan awak selama ni. Saya cuba untuk faham hati awak Sha. Tapi saya tak berjaya sampai sekarang."

Jeda.

"Sedangkan Idlan tu, senang-senang boleh masuk dalam hidup awak. Saya nak masuk pun, tak tahu macam mana Sha. Saya tahu Sha, awak tak cintakan saya. Tapi takkan langsung tak ada sedikit pun peluang untuk saya. Takkan marah awak terlalu tebal pada saya tentang Aryanabella? Awak marah saya pasal tu ke Sha?"

"Kita selesaikan semuanya. Lepas tu jangan pernah ada impian sedikit pun nak ganggu hidup saya, Hijjaz. Awak bukan sesiapa dan tak akan jadi sesiapa pun dalam hidup saya. Saya tak perlukan awak untuk masuk dalam hidup saya. Kedatangan awak selama ni, langsung tak beri apa-apa pada saja. Hanya sekadar angin lalu je, Hijjaz. Jujur saya cakap Hijjaz, memag terdetik dalam hati saya untuk anggap awak seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Bukan saya tak suka kan awak, tapi bila awak tinggalkan saya terkontang-kanting sewaktu hati saya tengah meyakinkan diri saya, itu yang membuatkan saya rasa ralat dengan apa yang saya rasa.  Awak tinggalkan saya macam saya langsung tak beri apa-apa makna pada awak."

Lama Hijjaz awak tinggalkan saya. Dan sekarang awak datang sekadar nak usik kembali hati saya, saya minta untuk awak berhenti, Hijjaz. Hijjaz yang saya kenal bukannya macam ni. Hijjaz saya takkan nak hancurkan impian saya. Awak Hijjaz yang lain! Satu je saya harap dari awak, tolong berhenti ganggu hidup saya. Saya mohon sangat-sangat pada awak, Hijjaz.."




SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now