8 - Abang Adha...

4.7K 242 5
                                    

HANARA AISHA POV

HAMPIR tiga jam berpusing di tempat yang sama. Rasanya dah dua kali aku tawaf mall ini. Hati merungut rasa menyesal tak sudah. Tak henti-henti aku menyumpah dalam hati sejak tadi. Semua cadangan yang aku berikan ditolak oleh Taufiq. Terdetik jugak rasa nak mengamuk tapi aku sabarkan hati.

Mahunya aku rasa nak mengamuk. Kalau haritu call aku mintak tolong untuk cari hadiah, tapi bila aku bagi cadangan digeleng.

"Tak sesuailah untuk diaorang."

"Tak berapa cantik."

"Tak rasa over sangat ke?"

"Benda lain tak boleh ke?"

Itu antara ayat-ayat penolakannya. Dengan kaki yang lenguh dari tadi. Nasib aku hanya menyarungkan sneaker dari butik tadi. Kalau aku pakai heels tadi, naya la wei melecet dua belah kaki. Sebab itu aku melarikan diri sekejap sekarang. Menghilangkan lenguh serta membuang rasa sakit hatiku melayan kerenah dia.

PERFECTIONIST!

Memang Syed Taufiq Attar orangnya. Bila aku tanya apa dia nak, dia pun tak tahu. Hailah, lelaki lelaki. Memang complicated macam perempuan.

Aku melarikan mata melihat keadaan sekeliling. Buat masa sekarang, aku malas nak melayan Taufiq. Terlihat aku dengan pasangan suami isteri serta anak mereka. Nampak bahagia. Entah bila aku nak rasa begini. Aku berikan senyuman bila pasangan itu melihat aku.

Tubuhku hanya melangkah mengikut kaki merayau ke tempat lain. Baru beberapa langkah aku berjalan, mataku dihidangkan dengan sesuatu yang aku sendiri rasa sakitnya.

Aku mendekat. Cuma untuk memastikan. Jelas mereka dipandanganku. Lelaki yang pastinya aku kenal, tapi wanita itu aku belum pernah melihatnya. Merangkul tangan kanan lelaki itu.

He treats me like somebody but I'm nobody.

Aku tahan air mata dari mengalir. Figura tubuh seseorang menyentakku. Abang Adha! Apa dia buat di situ. Sumpah aku rasa tertipu selama ni.

Abang Adha mendekati mereka dan berbual butir bicara yang aku sendiri tak pasti. Yang aku tahu, abang Adha tipu aku. Tipu aku hidup-hidup.



PERTANYAAN Taufiq aku hanya dengar entah tak endah. Dengan emosi aku tak stabil, tambah lagi bila Taufiq beritahu yang dia sudah membeli hadiah untuk kedua ibu bapanya. Aku malas bertanya apa yang dia beli. Biarlah menjadi rahsia dia.

Aku tahu satu benda, Taufiq bukan orang yang suka buang masa ke tempat-tempat ramai orang macam mall. Yang aku pasti, dia sengaja mengajakku untuk menemaninya. Itupun setelah didesak olehnya. Sengaja!

"Hanara, you kenapa ni? You marahkan I eh sebab buat you macam ni? I'm so sorry okay. Tapi kalau I tak buat macam ni, sampai bila pun you taknak keluar dengan I." jelasnya panjang  lebar. Tapi langsung tak memberi impak pada aku.

Air dikacau dengan straw sebelum aku hidup. Tenangkan hati sendiri. Kembalikan otak yang melayang jauh mengingatkan perkara tadi. Kemudian aku tarik sedikit senyuman.

"I memang marah tapi kalau fikirkan alasan you tu, memang betul pun I taknak keluar dengan you. But its okay, since you dah jujur, I okay je."Balasku melihat wajahnya yang risau. Sekejap cuma, aku kalih mata melihat benda lain.

'Forget all abou this Hanara Aisha. He don't need you in his life. You're nobody. Even abang kau pun sanguup rahsiakan benda penting macam ni. I deserve better.'

"Hanara!" suaranya yang kuat itu menyentakku. Nafas berat aku hela. Segera aku menuturkan kata-kata maaf.

"What wrong with you? You okay ke tak?"

"I okay. Mungkin penat sikit kot. Lepas makan ni you hantar I balik terus boleh?" aku menunduk bermain makanan dalam pinggan dengan sudu. Sesuap nasi aku masukkan dalam mulut. Aku mengerling melihatnya bila tiada respond darinya.

"Kalau you ada problem apa-apa, you boleh share dengan I. I would love to spend my time with you. Okay?"

Aku mengangguk dua kali sebelum menyambung menyuap makanan.

Tuhan, jika perasaan ini cuma keranan kekeliruanku, jauhi aku dari mendekatinya. Jika perasaan ini benar, bantulah aku mengurangkan rasa sakit hati ini.


AKU hanya jeling tegang abang di hujung tangga. Pintu rumah aku tutup dan aku labuhkan duduk di sofa. Melepaskan lelah seharianku menemani dia membeli barangan.

"Keluar pergi mana tadi? Abang pergi butik, tengok Sha tak ada." Setapak demi setapak abang Adha mendekatiku. Aku baringkan badan diatas sofa. Cara mengelak.

"Keluar dengan kawan." Selamba aku balas bila abang Adha duduk di sofa bertentangan.

Tajam matanya melihat aku. Aku tak tahu sama ada dia tahu adau tak tentang kejadian tadi. Dan harapnya dia tak nampak aku disana.

"Your staff beritahu abang yang Sha keluar dengan lelaki. Siapa dia tu? Sha dah pandai eh keluar dengan lelaki sekarang." Katanya dengan terselit tuduhan. Nada membentak!

"Sha dah katakan itu kawan Sha." Aku bangkit terduduk. Rasa marah memuncak dalam hati.

Bukan niat aku untuk berkurang ajar, tapi aku terbawa-bawa dengan kisah petang tadi. Pantang bagiku dengan manusia yang berani menipu aku.

"Abang tak pernah ajar Sha keluar dengan lelaki Sha. Sha tu perempuan tau. Sha kena ingat yang..."

"Yang apa? Abang kata abang tak pernah ajar Sha keluar dengan lelaki. Let me remind you, siapa yang suruh Hijjaz tu keluar dengan Sha haritu? Let me remind you macam mana abang bagi kebenaran Sha keluar dengan dia selama ni. Abang tak pernah halang kita orang keluar berdua. But now why? Kenapa nak persoalkan? Why bother? " aku bangkit dari duduk. Beg tangan aku genggam.

"Hanara Aisha! Jangan nak biadap bengan abang!" tengkingnya. Ketat muka Abang Adha. Tajam matanya melihat aku.

Aku tersentak. Terkejut mendengar tengkingan itu sehingga bahuku turut ternaik seiring suara itu.

"Abang Adha..." serak suaraku menahan tangis. Abang tak pernah tengking aku sebelum ini. Dan entah mengapa, aku rasakan abang sudah berubah.

Kepalaku terangguk-angguk dengan senyuman hambar menahan rasa. Aku larikan kaki menaiki tangga. Melangkah ke tangga ketiga , aku berkata, " Kenapa nak persoalkan kalau abang sendiri yang meyokong dalam diam. Kenapa abang tak pernah sedarkan kami tentang perkara ni dulu?"

Masuk ke dalam bilik, pintu aku tutup rapat. Dikunci rapat ridak membenarkan sesiapa masuk ke dalam bilik ini. Aku mahu tiada gangguan buatku untuk masa sekarang. Aku berdiri bersandar pada pintu. Melepas lelah disitu.

Sumpah, aku tak pernah kata begitu pada abang, langsung tak pernah. Hanya disebabkan seorang Farish Hijjaz, emosiku berubah 360 darjah.

Sha minta maaf abang. Bukan niat Sha nak buat macam tu pada abang. Tapi Sha dah penat dengan permainan abang dengan Hijjaz. Kenapa buat Sha macam ni. Kenapa perlu sakitkan hati Sha?

"Apa salah saya pada awak Hijjaz kenapa tak beri saya peluang untuk betulkan semua ni? Kenapa Hijjaz? Kenapa?"

Tubuhku melurut jatuh ke lantas. Tangan melingkar memeluk lutut. Muka disebamkan disitu. Air mata mengalir laju tanpa henti. Teresak-esak sendirian. Keseorangan. Kesedihan.













SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now