24 - Pengsan

5.2K 188 2
                                    


HANARA AISHA POV

SEJAK pagi lagi aku bergolek di atas katil dengan selimut membaluti tubuh. Air mataku yang tadinya bertakung akhirnya jatuh juga. Sakit yang dari tadi aku diamkan kini semakin menyerang di bahagian belakang badan. Rasa terjejas semua pergerakan badan aku.

Telefon yang berbunyi dari tadi aku hanya pandang sekilas. Tanpa melihat nama, hanya mendengar deringan tersebut aku sudah tahu siapa yang cuba menghubungi aku. Dari tadi, hampir 15 minit yang lalu, telefon di atas meja tidak berhenti berdering. Bukan tak mahu angkat, tapi memang aku tak larat sangat nak bergerak.

Perutku semakin memulas. Rasa loya aku cuba tahan. Cepat-cepat aku berlari masuk ke dalam tandas dan memuntahkan segalanya. Tak ada apa pun, cuma air yang keluar. Perlahan-lahan aku jatuh ke lantai tandas. Peluh penuh membasahi dahi. Dengan rambut yang tidak terikat kemas, aku cuba angkat tubuh keluar dari tandas. Kepala ku kian pening. Rasa berputar segala objek dia dalam bilik sebelum ianya kelam.



KEPALAKU terasa berdenyut-denyut. Dahiku berkerut melawan rasa pening yang aku hadapi. Berkelip kelip mataku cuba disesuaikan dengan sedikit cahaya yang masuk ke dalam bilik biarpun ditutup dengan langsir yang gelap. Perlahan-lahan aku bangun.

Rasanya pagi tadi aku dah ikat kemas langsir bilik kami. Siapa yang bukakan ikatan langsir? Aku pandang tempat aku berbaring. Rasanya aku pengsan lepas keluar dari bilik air. Takkan aku nak panjat katil waktu pengsan.

Tombol pintu dibuka dari luar. Terus mataku terkalih memandang pintu. Kelihatan Hijjaz sedang menatang dulang dengan senyuman menghiasi muka sebelum pintu ditutup dengan sebelah kakinya. Dulang diletakkan dia atas meja sebelah katil tempat aku berbaring. Kemudiannya, dia melabuhkan duduk disebelahku

"Sayang dah okay? Rasa sakit-sakit lagi ke?" aku mengangguk perlahan.

"Okay dah. Cuma pening sikit. Perut pun rasa sakit tak hilang dari tadi."

"Itulah abang dah pesan suruh makan. Abang turun bawah tadi tengok makanan tak berusik pun. Risau abang call Aisha dari tadi tak berangkat. Nasib meeting habis awal tadi. Tu pun abang mintak Adha sambung sebab abang tak sedap hati dengan Aisha. Sampai rumah je tengok Aisha terbaring kat lantai. Nasib tak jadi apa-apa." Jelasnya panjang lebar. Tangannya pula sibuk mengemaskan rambut yang berselerak.

"Aisha sorry abang. Aisha tak larat nak turun tadi. Abang call tadi pun handphone dok tengah charge. Tak larat Aisha nak bangun."

"Tak apa. Mari sini abang suapkan nasi. Abang baru panaskan balik. Aisha kan tak suka makan bubur nasi." Pinggan yang penuh dengan nasi goreng itu dia ambil. Cermat tanganya menyuap nasi kedalam mulutku.

Aku merenung wajah kacaknya. Tersenyum aku sendiri melihat dia berada disebelahku. Dihapan katil kami penuh gambar perkahwinan yang bergantungan di dinding. Dan yang paling aku suka, gambar dia memeluk aku dari belakang dan aku berpaling sedikit melihatnya. Selain itu, ada juga gambar ketika akad nikah aku dimana saat mataku membulat melihat raut wajahnya untuk majlis pembatalan air sembahyang.

"Abang tak makan ke?" dia menggeleng lalu terus menyuap aku. Dah hampir setengah pinggan dia dia suap aku baru aku nak Tanya. Apa jenis isterilah aku ni, tolong jangan contohi.

"Abang kenyang lagi lah. Tadi before meeting abang dah breakfast dengan Adha."

"Tadi Adha ada cerita ibu rindukan sayang. Dah dua minggu tak balik rumah ibu dengan ayah. Minggu depan kita balik rumah ibu dengan ayah eh? Sebab minggu ni ada kenduri arwah nenek dengan atuk, umi buat dekat rumah. Sayang okay?" katanya dengan tangan mengelap kotoran di bibirku. Kemudian pinggan diletakkan di dalam dulang di tepi katil.

"Aisha okay je. Aisha pun rindu sangat dengan ibu ayah. Padahal baru dua minggu lepas kita pindah sini." Aku pejam mata rapat. Rindu terhadap keluargaku mencengkam aku. Mananya tak rindu, aku kena ikut ke mana saja Hijjaz pergi.

Kata Hijjaz, dia ingin kami mula berdikari dalam membina rumah tangga. Tak mahu jika dicampur oleh keluarga. Aku faham maksud dia, bukannya tak mahu keluarga kami uruskan rumah tangga kami, tapi kami ingin belajar dari apa yang kami alami. 

Hujung bibirku dicium pantas. Kepala kemudiannya diusap membuat aku membuka mata. Terpaku mataku memandang Hijjaz yang masih elok menyarung pakaian pejabat berwarna biru lembut ditubuh.

"Sayang rehat dulu. Abang nak letak pinggan kat bawah. Sayang nak ubat apa-apa tak untuk senggugut tu?" Hijjaz bangun dari katil. Tanganya menatang dulang tadi.

"Its okay. Aisha tak suka ambik medicine bila period abang. Nanti hilang lah." Dia mengangguk sebelum berlalu kearah pintu

"Abang..." panggilku meleret.

"Yes sayang. Nak apa -apa ke ni buat-buat manja dengan abang?" keningnya terangkat beberapa kali dengan kerutan seksi di dahi. ehh

Yeah gais, aku memang suka buat manja dengan Hijjaz kalau aku nak sesuatu. Typical perempuan lah kan. Aku pun perempuan juga. Ni je cara nak bagi Hijjaz ikut cakap aku. Walhal, kalau dia nak bermanja dengan aku , aku layankan je. Tapi bukan aku la nak menggedik dengan dia selalu.




25 - PELUKAN HIJJAZ

Mata yang semakin layu ditutup perlahan. Belum sempat terlena, tempat pembaringan sebelah aku terasa tenggelam sedikit. Bantal dalam pelukan aku diambil perlahan-lahan sebelum dia baringkan tubuh di situ. Tangannya menjalar masuk ke bawah badan dan dibawa ke dalam pelukan. Mendengar melodi indah jantungnya.

"Terima kasih abang." Gumamku perlahan sebelum aku terlena dengan mimpi.




" Aisha tidur ibu..."

"Tidur lagi waktu-waktu macam ni. Dah jadi bini orang dah pun. Ya Allah, nak kena cepuk budak ni." Bebel ibu. Aku hanya ketawa mendengarnya.

"Dia tak sihat ibu. Hijjaz call tadi pun dia tak angkat, tu yang Hijjaz terus balik rumah. Tengok-tengok dah pengsan terbaring depan pintu toilet."

"Pengsan? Dah ada isi ke tu Hijjaz?" aku tersenyum.






SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now