AMARAN : PENGETAHUAN SAYA TERHADAP DUNIA PERUBATAN SANGATLAH SEDIKIT DAN MASIH BERPANDUKAN DENGAN BANTUAN GOOGLE, HASIL PEMBELAJARAN BIOLOGI SAYA YANG HANYA BERTARAFKAN MATRIKULASI SERTA PENGALAMAN YANG SAYA PEROLEH DARIPADA FAKTOR SEKELILING.
(EDITED)
Press ⭐️ before you guys start reading and dont forget to drop your comment💞
Happy reading all my beloved readers❤
HANARA AISHA POV
"NARA... Sayang?" gegendang telingaku disapa suara aneh. Suara yang aku kenal. Suara yang aku rindu setelah hampir 9 bulan tidak bersua.
Aku buka mata sedikit. Samar-samar saja cahaya yang memasuki kawasan rumah kami. Dia gazebo rumah aku dan Hijjaz sememangnya cahayanya suram. Memberikan cahaya romantis ketika kami rajin berdating sewaktu dia masih ada disini. Disamping aku.
"Nara?" suara itu memanggil lagi. Siapa Nara? Itu yang mengganggu fikiranku ini sekarang
" Nara, hold my hand."
Dan aku terpaku melihat wajah itu. Wajah yang meliar dengan jambang tapi kulitnya nampak begitu bersih. Mata yang bundar namun nampak berkaca didalamnya.
HAMPIR seminggu aku diganggu dengan mimpi itu. Selepas saja perselisihan aku dengan lelaki misteri yang aku jumpa secara tak sengaja di klinik minggu lalu, kini dia mengganggu aku disetiap kali mata terpejam.
Tiada lagi mimpi antara aku dengan Hijjaz.
Terfikir jugak aku apa makna yang mahu disampaikan disebalik mimpi yang dikirimkan itu. Tapi aku gagal merungkai mimpi tersebut. Pada mulanya aku menganggap itu semua sebagai mainan tidur saja. Tapi sebaik saja mimpi itu membangunkan aku diawal waktu untuk bertahajud, aku mula yakin ada sesuatu antara aku dan dia . Sesuatu yang aku tak pasti.
Deraian tawa ayah dan abah menyedarkan aku dari lamunan panjang. Makan malam pada malam ini, entah kenapa keluarga belah mertua dan keluarga aku sendiri mencadangkan kami untuk makan bersama-sama. Mungkin disebabkan mereka sudah lama tidak bersua ataupun mereka mahu mengeratkan kembali ikatan persaudaraan yang terjalin sejak pernikahan aku dengan Hijjaz dahulu ataupun untuk celebrate hari-hari terakhir aku bakal melahirkan. Ceh! Celebrate sangat.
Aku punya rasa gentar takut di punyalah sampai buat lena aku tak nyenyak. Tapi itulah halnya, aku kena makan semua benda sebelum bersalin sebab umi dan ibu ada kata, lepas bersalin kena makan makanan pantang je. Dengan asyik berbaring sepanjang 44 hari. Kau rasa tak naik lemak aku lepas tu?
Maunya aku buncit kedepan. Ohhh, no wonderlah ramai orang pergi slim world lepas bersalin. Sebab gemuk ke?
Omo!!! Lepas pantang aku kena work out bagi dapat shape body elok balik!
Dah la sejak aku mengandung, semua benda aku nampak sedap pada mata, aku bedal je. Tak fikir kalori lemak dan adik-beradik seangkatan dengannya.
Seusai makan pada malam itu, aku minta izin untuk ke tandas dahulu. Manakala umi dan papa sudah kembali pulang ke rumah mereka. Abang Adha pula tidak dapat ikut sebab ada date dengan bakal kakak ipar. Katanya nak jumpa bakal keluarga mertua. Kecoh betul.
Berjalan keluar dari tandas wanita, tanpa sengaja tisu ditanganku jatuh ke lantai. Belum sempat aku menunduk untuk mengambil, susuk seseorang telah menghulurkan tisu tersebut kepadaku.
Lelaki itu lagi?
"Eh, awak lagi." Tegurku dengan secebis senyuman. Tangan menyambut huluran tisu tersebut.
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...