26 - Aisha Sayang

4.7K 179 0
                                    


HANARA AISHA POV

AKU yang sedang membelek album lama keluarga mertuaku terganggu bila ada tubuh manusia duduk dihadapanku. Perlahan-lahan aku angkat muka mengerling wajah pemilik tubuh itu. Tapi dengan haruman, aku sudah mengetahui siapa pemilik tubuh itu. Dengan mengenakan jeans biru dan baju putih, Taufiq elok terduduk dihadapanku dengan matanya tajam melihat aku.

Aku berikan sedikit senyuman nipis. Mataku meliar memandang ruangan rumah. Tiada insan lain di ruang tamu kecuali aku.. dan juga dia

"Taufiq baru sampai ke? Mana family you yang lain?" soalku mengurangkan suasana bisu antara kami. Dengan matanya yang tajam itu membuatkan aku gerun.

"Yang lain ada kat dapur." Dia mengerdip mata beberapa kali sebelum menjawab persoalan aku.

Aku hanya mengangguk dan suasana kembali sepi. Manakala aku menyambung membelek album lama. Melihat Hijjaz diwaktu dia masih kecil. Kecil-kecil dah hensem. Makan apa lah anak umi seorang ni.

"How your life now?" aku mengangkat kepala sebaik saja mendengar soalan dia yang menyapa hujung telingaku

"Alhamdulillah. Everything going well." Senyuman masih terlekat di wajah memaparkan betapa bahagianya aku dikala ini.

Bisu.

Lagi.

"Aisha sayang! Where are you?" jeritan Hijjaz membuatkan kami sama-sama menjenguk ke arah ruang atas. Dalam rumah pun nak menjerit panggil bini. Over betul Hijjaz ni

"Here. Living room with Taufiq." Jerit aku kembali. Sekejap saja mataku menagkap figuranya berjalan dan melabuhkan duiduk disebelah aku.

"Dah lama sampai ke Fiq?" tangannya dihulur untuk bersalaman, kemudiannya ke kembali duduk bersandar ke sofa dengan tangan melingkar bahuku.

Jealous la tu Hijjaz ni. Aku tahu dah perangai seorang Farish Hijjaz.

"Korang tak pergi honeymoon ke?" soalan Taufiq buat aku tercegang. Sekejap, telingaku menangkap deraian ketawa Hijjaz disebelah. Gatal.

Jariku pantas mencubit pehanya kuat. Lain kali jangan gatal sangat depan orang. Gatal dengan aku depan aku sudah la. Nak menggedik je keja dia.

"Sayang... sakit peha abang ni. Mesti lebam ni." Dia mengusap berkali-kali tempat yang aku cubit tadi. Acah je tu, jangan percaya sangat.

"Kami tak rancang nak pergi mana-mana lagi pun. Masing masing sibuk kan. Tambah-tambah Hijjaz ni, lagi sibuk lepas kahwin ni." Aku menjeling Hijjaz disebelahku.

"Ye lah. Abang sorang je busy. Awak mana busy kan. Lagipun kan yang, kalau dengan awak kat rumah dengan awak, tetap honeymoon walaupun tak pergi honeymoon."

Sementelah itu, terdengar rintihan Hijjaz lagi. Buat hal lagi depan orang!


SELEPAS saja selesai kenduri dan bacaan Yassin, aku dan Hijjaz naik ke atas setelah kerja dapur telah siap diselesaikan.

Aku masuk ke tandas untuk mencuci wajahku sebelum mengenakan skincare sebagai rutin harianku. Hijjaz pun sama, masuk ke tandas untuk membersihkan wajah disebelahku. selalunya dia tak menganggu waktu privasi aku.

Aku pandang dia pelik. Tiba-tiba saja dia nak melekat dengan aku hari ini seharian. Bukan aku tak perasan, pantang ada Taufiq dekat dengan aku, pasti dia muncul. Nampak benar aura-aura cemburu idisitu namun aku hanya diamkan saja.

Siap membilas wajah dan menggosok gigi, aku keluar melangkah ke meja solek yang terletak beberapa set penjagaan muka yang selalu aku pakai. Satu per satu aku oleskan pada wajah disudahi dengan pelembap bibir untuk menyusahkan rutinku. Hijjaz pula hanya menunggu di katil. Aku melangkah mendekatinya. dari tadi senyap tanpa suara.

"Abang kenapa senyap je dari tadi? Aisha ada buat salah eh?" suaraku bersama-sama soalan.

Hijjaz pandang aku sekilas sebelum dia menepuk tilam disebelahnya yang kosong. menyuruh aku duduk sebelahnya. Aku akur. Katil dipanjat lalu aku duduk berlunjur bersamanya disebelahnya.

"Abang baru tahu tadi yang sebenarnya mummy Taufiq nak masuk meminang sayang lepas kita tunang dulu. Nasib baik kita kawin dulu." katanya dengan riak wajah yang kosong.

Aku pandang dia tanpa berkelip. Dah tu, apa masalahnya?

"So?" hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Aku tak nampak sebarang masalah yang boleh membawa pergaduhan disini.

"Entah. Abang rasa insecure tiba-tiba. tapi at the same time abang bersyukur kita dijodohkan." balasnya dengan senyuman yang terukir pada bibirnya.

"Abang tahukan Taufiq suka Aisha?" Tanyaku pula tiba-tiba. soalan untuk ajak bergaduh. Saja cari nahas.

Aku ketawa dalam hati apabila melihat riak wajah Hijjaz yang menahan geram itu. mungkin geram dengan soalan aku yang sengaja membawa keluar topik panas ini.

"Jangan nak dekat-dekat dengan dia eh. Walaupun abang dengan dia sepupu, tapi abang tetap jealous bila dia ada hati pada sayang." jawabnya pula.

Aku jatuhkan kepala dibahunya lalu tangan melingkar tubuh sasanya.

"Mana ada dekat. Aisha cuma anggap Taufiq tu kawan je. Tak lebih dan tak kurang. Lagipun Aisha kan milik abang. Jangan lah rasa tergugat sangat." tapak tanganku dibawa kedada Hijjaz. Mengusap menghilangkan rasa insecurity yang dia rasai sebentar tadi.

"Iya, Aisha sayang."



SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now