HANARA AISHA POV
AKU masih menunggu panggilan darinya. Genap tiga bulan kehilangan Farish Hijaz dalam hidupku. Bukan apa. Aku cuma rasa risau. Terlebih risau. Dahulunya sebelum kejadian di hospital, kami kerap meluangkan masa bersama. Entah apa salah aku kali ini sampai dia menghilangkan diri sebegini. Nak tanya abang Adha tapi Abang Adha sudah pastinya memilih untuk memegang amanah yang diberikan.
Jangan kata aku tak mencuba mencari. Aku cuba. Segala jenis laman sosial aku stalk. Tapi satu pun tak ada apa-apa update. Entah mengapa kali ini aku nampak terlalu desprate dengan lelaki. Kalau dulu dengan Idlan, aku tak pernah rasa nak stalk dia walaupun aku menghilang. Walaupun dia menjadi hak orang lain. Tapi kes hati aku kali ini, aku sendiri tak faham.
Telefon diatas meja tiba-tiba berdering. Harapanku cuma satu. Harapnya nama Hijjaz yang terpapar. Lambat aku menjauh dari meja study yang bersusun novel diatasnya. Nafasku dihela perlahan sebelum talian itu mati sendiri. Jari mengurut kepala. Pening.
"Kenapa bukan Hijjaz. Kenapa Taufiq! Haish"
Teringat aku seminggu yang lalu dimana aku terserempak dengan Taufiq-Si-Playboy ketika menghadiri masjlis perkahwinan kawanku. Sejak dari pertemuan tak disangka itu, bermulalah bibit-bibit kebencian aku terhadap dirinya. Mulanya aku tertanya-tanya juga dari mana lelaki kacak itu dapat nombor telefon aku. Selepas diselidik, rupanya kawan aku sendiri dengan rela hati memberi.
Katanya. "Taufiq tu sesuai dengan kau. Good looking."
Syed Taufiq Attar, nama seindah wajahnya. Stok-stok player waktu aku sambung belajar dulu. Kerap kali dia mengganggu hari-hari aku dulu.
"HAI Hanara. Can I sit here?" mendengar suara itu aku sudah tahu siapa empunya diri. Mataku menjelingnya sekejap sebelum aku mengadap lukisanku semula. Malas nak layan.
Aku bukannya apa, tapi kalau muka hensem, perangai macam nauzubillah, mengucap jugak aku kadang-kadang. Bukan kadang-kadang wei. Selalu.
Telingaku menangkap bunyi geseran kerusi di permukaan lantai. Dia melabuhkan duduknya didepanku. Tiba-tiba rasa sesak pulak library ni. Aku mendekatkan lagi kepala menunduk menghampiri meja. Rimas bila dia cuba mencari wajahku.
Semak!! Aku simpan kembali pensil di dalam bekasnya. Pantas aku berdiri mengemas barangku. Belum sempai aku mencapai lukisanku, ia sudah bertukar tangan.
OH MAI! Projek last sem dua! Shit.
"Give me back my project paper."kataku perlahan. Ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Kalau ikut hati, aku rasa nak jerkah kuat-kuat. Lagipun ni library, kena jaga adab. Tambah-tambah masyarakat disini menghormati aku kerana aku berhijab. Kalau tak dikenang semua tu, memang dah lama kena sound dengan aku. Biar pekak tuli!
" Em em.." Taufiq menggeleng. Jari telunjuk kananya bergerak kanan dan kiri "If you want this, teman I makan. Jom? My treat." Senyumannya yang manis bagi aku sangat fake. Rasa nak lempang. Tolonglah!
"I am fasting."
" Oh really? You puasa apa?" dia tanyang senyuman polos.
"Puasa sunat hari Isnin Khamis. Takkan itu pun tak tahu." Aku menjeling. My God! I hate that smile! Tolonglah butakan mata aku sekejap untuk mengadap si sengal seekor ni!
"I'm not such a good guy who know everything about agama. But I'm sure, mesti you tahukan tipu tu berdosa. Lagipun sedap betul bersahur sandwich pukul 9.00 pagi tadi." Balasnya bersama perlian yang panjang lebar.
God! He knows I'm lying!
"Oh come on! Anak buah I umur 3 tahun pun tahu tipu tu berdosa. You yang besar ni for sure lah lagi tahukan." Dia bangun dan kerusi ditolak masuk ke dalam.
"Let's go." Lukisan ditangannya dia gulung. Dia melangkah mendahuluiku.
Oh man! I hate you!
Telefonku yang kembali berdering menyentakku. Taufiq. Again! Apa lelaki ni nak?!
Aku duduk di atas kerusi. Berkira-kira mahu mengangkat ataupun tidak. Mana tahu emergency kan. Tapi kalau panggilan dari dia mana pernah emergency. Penuh lagha semata-mata.
Dengan berat hati, aku menyambut juga. Belum sempat berkata apa, suaranya sudah menyapa gegendang telinga. Rasa pedih pulak telinga dengar suaranya.
"God! Akhirnya you angkat juga-"
"What do you want?" lekas aku menyampuk dari dengar dia membebel.
"Hanara Aisha, you still sama kan? Tak berubah lansung. Selalu garang sangat dengan I. Dari awal I try to tackle you sampai sekarang. Tak pernah cair dengan I."
Bla.. Bla.. ada aku kisah! Tak tak pernah kisah dengan kau lah!
"Apa yang you nak Syed Taufiq Attar? Can I help you?" aku lembutkan suara sedikit. Risau jugak kalau dia terasa hati dengan aku.
Pernah dahulu dia terasa hati dengan aku. Aku tak kisah pun sebenarnya kalau dia nak merajuk ke, terasa hati ke, berputus asa lagi bagus. Tapi kalau namanya Syed Taufiq Attar, mana tahu erti putus asa. Dahulunya pernah dia mengambil handphone aku semata-mata nak aku pujuk dia.
Aku tak kisah kalau nak ambik handphone aku. Jujur! Tapi mahunya dia call ibu dengan ayah, buat cerita yang bukan-bukan- baik aku ikutkan saja. Win-win situation dia terpujuk, aku dapat handphone aku. Mengenalinya , aku tahu dia sanggup buat apa saja untuk dapat apa yang dia inginkan. Sebab itu aku agak berjaga-jaga dengannya.
"Hanara? Are you there?"
"Yes. You cakap apa tadi?"
"You tak focus! You fikirkan apa? Fikirkan I eh?" sumpah aku rasa nak termuntah dengar suara gatal dia tu. Dia ingat aku ni tak ada benda lain ke nak fikirkan selain cara untuk dia tak kacau aku?
"Nonsense. Cepatlah, I ada kerja nak kena buat ni."
"I'm so sorry sebab ganggu you. But I really really need your help. You boleh tolong I tak?"
"Tolong apa? Depend la dengan masa I." well, rasa tak suka tu aku tak tunjuk sangat. Sembunyikan sikit rasa hati tu.
"This Saturday, my mom and my dad punya anniversary. I don't know nak bagi hadiah apa. You boleh tolong I." dia terdiam sekejap. "I tak kisah kalau you nak pergi bila-bila pun untuk carikan I hadiah tu, yang penting you free."
"Let me think first apa yang nak kena beli. Lagipun, I pun nak kena tengok juga jadual I. Takut ada appoiment dengan client I."
"Okay okay sure. Just call me if you setuju okay?"
"Sure, I'll call you later." Skrin telefon kembali cerah.
Aku tersenyum sendiri. Ternyata aku salah menilainya. Makin matang pula si Syed Taufiq Attar ni. Kepalaku digeleng perlahan. Dengan senyuman. Manis.
SHI
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terindah
Roman d'amourSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...
![[C] Yang Terindah](https://img.wattpad.com/cover/131077145-64-k468574.jpg)