HANARA AISHA POV
Kata Hijjaz tadi mahu datang ke butik aku. Katanya nak berbuka puasa bersama sama. Maklumlah, makin dekat dengan hari raya, aku semakin sibuk untuk membereskan segala baju yang masih berbaki lagi sedikit. Berhasrat juga aku nak bagi perkerja aku cuti awal. Nak balik kampung.
"Kak Hana, Datin Su bila nak datang ambik baju dia? Saya nak start packing baju-baju dia yang dah siap ni." soal Insyirah dengan riak wajah kepenatan.
"Datin su kata tadi, esok pagi dia ambik. Syirah packing la apa yang patut dulu. Kejap lagi kita bukan puasa sama-sama dengan semua orang eh?" aku pamer sedikit senyuman.
Ditanganku masih memegang pen dan buku untuk melihat senarai nama pelanggan yang masih belum ambil baju. Tak lupa juga untuk kira untung untuk bulan ramadhan ni. Alhamdulillah, boleh la bagi bonus lebih sikit untuk mereka perkerja aku yang banyak berjasa kepada aku ni.
Aku bangun bersama buku masuk kedalam bilik kerjaku. Hanya berbaki lagi sedikit. Tapi keadaan butik masih agak berselerak dengan lambakan baju-baju yang tidak bergantungan. Baki stok yang dijualan di jualan murah beberapa minggu lalu.
"Sayang.." seru Hijjaz bersama senyuman diwajah.
Pantas aku bangun bersalaman dengannya. Rindu seharian tak jumpa. Bukan sebab tu je, tapi sebab rasa dah lama sangat tak luang masa bersama. Mana taknya, kerja pagi sampai petang dah penat. Nak masak buat berbuka lagi, malam tu nak pergi terawih pulak. Sebelum tidur, aku masak untuk sahur nanti sebab takut jugak buatnya terbangun lewat.
Sebab tu rasa tak banyak masa untuk kami bersama walaupun ada masa sebenarnya. Cumanya masing-masing sibuk kejarkan amalan sunat yang wajib untuk dibuat pada bulan ramadhan ni. Sayang sangat kalau tinggal.
Aku heret tangan Hijjaz duduk diatas sofa. Pelukan kuat aku hadiahkan. Rinduuuu.
Nafasnya kedengaran berat. Pantas aku angkat kepala memandangnya yang sedang memandang aku tajam.
"Jangan buat abang macam ni. Puasa ni sayang. Kejap lagi lepas buka puasa, balik nak peluk abang pun abang dah tak marah dah." katanya dengan sengihan panjang.
Pap! Tangaku singgah menampar pahanya. Mendengar dia berdesis terus aku angkat duduk di kerusi berhampiran meja. Memang kena jauh dulu ni. Kesian kat Hijjaz. Patut berat je nafas tadi.
"Gatal lagi! Kan dah kena. Jangan nak cari pasal dengan Aisha ehh. Aisha cubit kot nanti." aku jeling saja melihat Hijjaz ketawa terbahak-bahak.
"Uih sayang! Menggodanya jelingan tu. Buat abang tak sabar." katanya dengan ketawa terbahak-bahak sampai terpejam kedua-dua belah matanya.
'Sabar Aisha. Lelaki tu suami kau. Syurga kau. Kau bantai dia macam mana pun, dia tetap menang. Tapi bila dia bawak keluar ayat cheezy wedges dia tu. Sabar itu sakit. Tapi sabar itu indah.'
Lantaran itu, aku hanya biarkan Hijjaz sendirian. Malas nak menyampuk bila aura gatal dia dah keluar. Sebab tu kelemahan aku. Tak reti nak berbahas bila dia bawak keluar segala skill suami mithali dia tu. Sebab tu kena diamkan diri. Kelak makan diri!
"Diam je sayang..." kacau Hijjaz lagi. Dengan suara meleret-leret memanggil aku.
"Baik abang diam sebelum Aisha batalkan puasa abang!"
"ABANG! Jangan la kacau Aisha nak tengok tv ni..." kataku yang sedang melihat drama Nur ketika ini. Habis tisu berterabu diatas sofa.
"Sorry la sayang. Abang tak sengaja lahhh.," Kata Hijjaz seraya melabuhkan punggung di sofa disebelahku. Seketika dia memandang wajahku pelik sebelum aku berpaling melihat riak wajahnya yang pelik memandangku. Ada apa-apa yang aneh ke kat wajah cantik aku ni?
Aku angkat kening sekali tanda bertanya. Siap riak wajah yang berkerut lagi
"Ni sayang kenapa ni? Mata sembap. Hidung merah berair ni. Sayang menangis kenapa ni sayang? Abang ada buat salah kat sayang ke? Ke soal tadi yang abang lindung tv tu? Sayang... Abang tak sengaja. Abang tak terniat pun nak kacau sayang. Abang..."
"Abang merepek apa ni? Tak ada masa lah Aisha nak menangis pasal tadi. Hish." aku berkerut memandang Hijjaz yang menayang sengihannya. Malu la tu. Main serang je.
"Drama Nur yang Aisha tengok ni sedih sangat. Tu yang tisu bersepah ni. Aisha tak tahan air mata bang tengok drama ni." balasku dengam suara serak basah.
"Faedah apa sayang dapat tengok drama melayu macam ni? Cliche la sayang."
"Abang jangan jadi judgemental la abang. Abang kena tengok dulu baru abang faham. Drama ni banyak sedarkan Aisha tentang suatu perkara yang Aisha tak rasa nak fikir sebelum ni abang."
Sememangnya aku akui, banyak benda yang aku belajar, yang aku faham, aku aku tahu dari drama ini.
Aku kagum sebenarnya dengan ketabahan Nur dalam perjalanan dia mengenal Allah. Tak semua orang lahir dalam keadaan yang tidak bertuah. Mereka , pelacur bukan minta untuk dilahirkan sebegitu rupa. Begitupun Allah sudah berfirman, Allah tidak akan menurunkan sesuatu ujian tu sesuai dengan kesanggupannya. Allah titipkan rasa sabar itu seiring dengan ujian. Maka kita sebagai manusia, diberi pilihan untuk menerima dugaan dengan hati terbuka untuk meningkatkan iman ataupun mengaku kalah tanpa berjuang.
Yang jahat tak selamanya jahat.
Yang baik tak selalunya baik.
Kalau Allah telah berikan Hidayah untuk buat dia berubah, hatta pelacur pun boleh berubah. Kalau iman didada tidak teguh, hatta ustaz pun boleh melayang serbannya kerana tidak teguh imannya melawan dugaan nafsu.
Tidak semestinya kau baik, kau mampu masuk syurga senang-senang. Dan tak semestinya kau pelacur jalanan tak boleh bertaubat untuk bersujid kepada Allah.
Tak semestinya hanya yang berserban dan bertudung layak menyembah Allah dan yang lain tidak.
Allah itu Tuhan yang wajib disembah oleh seluruh orang. Hanya kerana mentaliti bodoh masyarakat ini yang mengheret kau nanti ke neraka kerana menyatakan orang jahat tidak layak menyembah Tuhannya. Siapa ebgkau untuk berkata begitu? Ulama? Wali Allah?
Pada pandangan aku, baik lagi pelacur jalanan yang bersolat daripada solat tunggang langgang dan kau masih berani bercakap soal agama! (bila author mula bukak kelas agama... Maaf le😅)
"Dah la, malas layan abang ni."
Kami menyambung menonton drama Nur bersama sehingga suatu saat Hijjaz berkata, "Kenapa watak sayang jahat dalam ni?" ketawa kiat Hijjaz buat aku menampar lenggannya beberapa kali.
MENYAMPAH!!!
Happy eid murabak gais. Jangan main mercun🌌🌌
SHI
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terindah
RomantikSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...
![[C] Yang Terindah](https://img.wattpad.com/cover/131077145-64-k468574.jpg)