19 - Rahsia Terbongkar

4.3K 177 2
                                    

HANARA AISHA POV

PERMINTAAN ibu untuk aku bertemu dengan tunang yang aku tak kenali itu aku tolak dengan baik. Sememangnya kalau ikut rasa malas aku dalam hati, memang malas sangat-sangat. Tambah-tambah lagi bila hari hujung minggu macam ni. Waktu-waktu macam ni memang aku jarang sekali keluar rumah. Malas aku nak meredah jalan jem semata-mata nak pergi ke mana-mana tempat. Bukan aku lah orangnya.

"Sampai bila Aisha tak mahu jumpa tunang Aisha tu? Dah dekat sebulan lebih bertunang, tapi tak tahu siapa lagi tunang kamu. Ibu nak cerita kamu lari awal-awal lagi. Ibu suruh jumpa, kamu tak nak. Ibu buat makan malam, kamu balik lewat. Nanti, waktu hari akad nanti, Aisha jangan terkejut pulak tengok tunang Aisha tu." Ibu membebel panjang. Dia bangun dari duduk di atas katil aku. Sementara aku masih terbongkang berselimut sakan.

Ibu berjalan ke arah pintu. "Kalau dia tak handsome ke, gigi jonggang ke, perut boroi ke, jangan nak complain eh." Kata ibu. Laju tangan ibu menarik pintu tertutup.

Aku kerut dahi. Tak kan la tunang aku macam tu? Adui ibu, pilih la ada rupa sikit. Bukannya aku memilih rupa, tapi kalau ada rupa SIKIT, sedap jugak mata aku memandang walaupun aku tak ada perasaan. At least kalau tak ada rupa pun, bagi muka yang sedap mata memandang, tak pun menenangkan hati pun aku dah cukup bersyukur.

Aku garu kepala. Kusut otak aku fikir masalah yang entah apa-apa ni. Tapi keputusan aku muktamat. Memang aku sangat sangat sangat sangat malas nak keluar hujung minggu macam ni.

Namun begitu bebelan ibu tak berhenti begitu saja. Walaupun diluar bilik, aku masih mendengar leterannya. Mungkin pada ayah. Aku menggelengkan kepala. Aku yang nak kahwin, ibu pulak yang risau pasal perkahwinan aku.

Aku heret langkah membawa diri masuk ke dalam tandas. Usai membasuh muka, aku lap wajah basah dengan kain kering. Aku pandang diri aku dalam cermin. Rasa sangat tak percaya hujung minggu ini aku akan menamatkan zaman bujang. Tentang hal dahulu aku cuba lupakan walaupun aku tahu, it's not easy to forget all the memories. But I'm sure, I will try my best.

Nafas aku hela perlahan

Aku tak tahu nak rasa apa.


ADRIANA di depan mata pandang aku tak berkelip. Idlan cuma menunduk senyap. Mungkin bersalah dengan rancangan bodoh kami yang entah apa-apa ni.

Aku bukannya apa. Adriana kawan aku. Takkan la sebab seorang lelaki aku nak memusuhinya gara-gara hal sekecil itu. Dah kalau jodoh dia dengan Idlan, takkan aku nak bawak lari Idlan kahwin kut. Hadui. Tapi kalau ikutkan otak bodoh aku dulu, memang aku rasa nak layangkan penampar dekat Adriana. Tapi itu zaman bodoh aku.

"Kenapa kau buat semua ni Hana? Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau Hana. Itu janji aku Hana."

Aku tarik senyuman nipis. Nipis sangat. Bersalah

"Aku buat semua ni pun sebab kau Rian. Sebab kau kawan aku yang rapat dengan aku. Kau yang selalu ada dengan aku. Tapi kau kena tahu, janji Allah adalah janji yang pasti, dan Janji manusia boleh dimungkiri."

Kedua tangannya aku cakap. Genggam erat jari jemarinya.

"Kita hanya mampu merancang je Rian. Tapi Dia yang tentukan segalanya. Kau patut bersyukur kau ada seorang suami yang setia dengan kau. Kau tahu kan, si Idlan ni memang ego melangit. Mana dia nak mengaku dia sayangkan kau." aku jelling Idlan. Dia hanya senyum dengan kepala tergeleng-geleng.

"He love you more than he loved me before. Aku percaya semua tu Rian. Dan kau kena percaya dia. Cukup-cukuplah kau hancurkan hati kau sendiri. You hurt enough."

Sementelah itu, setitis demi setitis airmatanya jatuh.

"Dia syurga kau. Please jangan paksa dia buat sesuatu that he don't want to do."

"Both of you deserve to be happy."


SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now