HANARA AISHA POV
PERTEMUAN aku dengan Adriana pada hari itu menjadi rahsia daripada pengetahuan Idlan. Biarpun begitu, awal-awal lagi aku sudah memberitahu Idlan tentang hal ini. Aku tahu Idlan agak risau dengan rancangan ini, tapi aku tahu ini untuk kebaikan kami bersama. Untuk Adriana menebus silapnya yang pernah dia lakukakan.
Menatap tasik yang terbentang di depan mata buat hati gusarku menjadi tenang. Gusar aku kerana permintaan Adriana. Tenang aku merasa kekuatan yang ada pada Adriana
"Kau jangan risau. Dia sendiri yang nak sakitkan diri sendiri. So let it be. Kadang-kadang, pahit tu perlu dia rasa untuk buat di tahu yang ramai yang perlukan dia. Bukannya dia patut menyerah kalah macam tu je." Panjang lebar pesanan aku pada Idlan bila aku memaklumkan hal ini. Panjang lebar juga amanah diberikan untuk aku menjaga Adriana sebaik yang mungkin.
Ya, cintanya pada Adriana lebih besar dari cintanya pada aku sebelum ni. Aku tahu itu. Dan aku juga amat berbangga dengan luahan Idlan ketika itu. Sekurang-kurangnya, dia telah berusaha semampu yang boleh untuk setia dan menyayangi si isteri.
"Hana? Do you hear me?" tanganya dilambai di hadapan muka aku. Tersentak aku dari lamunan panjang.
Aku koyak senyuman hambar. "Kau cakap apa tadi?" kening diangkat sekali. Mukanya aku pandang. Pucat. Tak bermaya.
"Aku akan hantar rombongan secepat yang mungkin. Kau janji kau akan terima kan?" berkedip-kedip matanya memandang raut wajah aku.
Terkadang aku rasa bersalah juga. Tapi ini untuk kebaikan dirinya. Serta untuk diri aku.
"Kau boleh pegang janji aku. Tapi permintaan aku macam mana? Kau setuju teruskan rawatan tu?"
Adriana menghembus nafas berat. Helaannya gusar. "Kau tahu aku tak mampu hidup lama kan."
"Tuhan sendiri suruh hambanya berusaha. Bukannya mengalah. Kau pegang janji aku dan aku pegang janji kau. Boleh buat untuk aku sebagai satu hadiah yang paling terindah untuk aku?"
Kemudiannya tanpa disangka dia masuk dalam pelukanku. Teresak disitu. Aku cuba menahan rasa. Sakit yang dia rasa bukan seorang dia rasa. Aku juga turut sakit dengan permainan sendiri. Untuk kebaikan Adriana. Just for her own good.
"Aku janji Hana akan teruskan rawatan. Aku janji akan pulangkan hak kau Hana."
'Dan janji manusia janji yang boleh dimungkiri Adriana.'
"HANA, apa kau cuba buat sebenarnya ni? Cuba kau bagi tahu aku. Risau aku tengok Adriana macam tu tau." Idlan terus bising bila matanya terbias dengan wajah aku. Aku tayang muka bosan. Asyik soalan yang sama. Lagi-lagi soalan itu. Kenapa buat macam ni? Yakin ke boleh Berjaya? And etc.
"Aku tahu apa yang aku cuba buat ini Idlan. Kau jangan risau boleh tak. Otak aku ni, kalau orang tak panik, dia pun boleh berfikir tenang. Kalau kau macam ni, sia-sia je apa yang kita cuba buat ni. Kau tahu kan, ni je cara yang kita ada."
"Kau tahu Adriana tu menepati janji, Hana."
"Dah tu?"
"Buatnya betul dia masuk meminang kau macam mana? Otak kau tu boleh tak fikir ikut jalan sehala. Jangan nak bengkang-bengkok sangat." Idlan merengus marah.
"Kalau dia masuk meminang, aku terima je lah." Sesudu nasi goreng aku suap ke dalam mulut. Mata Idlan terbeliak memandang aku.
"Kau gila?" seoktaf suaranya naik.
Aku tarik gelas mendekati aku. Menghirup air lemonade . Leganya bila air itu membasahi anak tekak yang kering akibat bertelagah dengan seorang Idlan.
"Kau tahu apa dia janji dengan aku?"
Dia menggeleng dengan dahi berkerut. "Apa?"
"Kau sendiri tahu yang Adriana akan tunaikan apa yang dia cakap. Kan?"
Seperti robot, dia mengangguk memberi respon.
"Then, kalau dah macam tu, kalau aku terima cadangan dia tu, dia akan tepati janji dia pada aku tak?"
"Hana..."
"Aku buat semua untuk korang berdua Idlan. Korang je lah kawan rapat aku yang betul-betul rapat. Takkan aku nak hancurkan persahabatan ni kot. Rian janji nak start semula semua rawatan yang doktor suggest untuk dia."
Sudu di dalam pinggan aku pengang meneruskan suapan. Agak terganggu aku nak makan bila Idlan masih memandang aku.
"Makanlah. Bukan kenyang pun tengok aku makan. Tak ada maknanya aku suap kau." Aku menjeling sekilas sebelum sambung menyuap makanan.
"Sudah-sudah lah buat muka terharu tercekik biji durian tu, Lan"
"Kau still Hana yang sama. yang selalu tolong aku. Yang selalu mengalah. Yang selalu berkorban.."
"Aku buat sebab aku sayang, Idlan. Kalau aku tak sayang, aku takkan susah-susah tolong kau. Aku takkan bazirkan masa aku melepak dengan kau buat rancangan gila ni!" sudu aku kembali letakkan di atas pinggan yang licin.
"Terima kasih Hana."
"Don't thank me yet. Tunggu semuanya dah selesai dan time tu kau pergi buat sujud syukur puas-puas. "
Purse diatas meja aku capai. Sempat aku hirup air yang berbaki sebelum bangun.
"Kau belanja aku makan kan? Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Segaris senyuman aku hadiahkan sebelum melangkah keluar dari restoran itu.
Kerana sayang aku sanggup buat apa saja. Adriana, hadiah yang bermakna pada aku. Takkan sanggup aku untuk melukai hatinya, walaupun aku tahu, sekarang dia sangat terluka dengan tindakan aku. Buat masa sekarang, kebahagiaan Adriana yang paling utama. Bahagia aku mungkin akan datang. Mungkin dengan orang lain dan pastinya bukan Hijjaz.
Sebab Aryanabella akan selalu berada bersama seorang Farish Hijjaz.
SHI
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...
![[C] Yang Terindah](https://img.wattpad.com/cover/131077145-64-k468574.jpg)