Yang Terindah SE 2

4.8K 159 9
                                        

AMARAN : PENGETAHUAN SAYA TERHADAP DUNIA PERUBATAN SANGATLAH SEDIKIT DAN MASIH BERPANDUKAN DENGAN BANTUAN GOOGLE, HASIL PEMBELAJARAN BIOLOGI SAYA YANG HANYA BERTARAFKAN SPM SERTA PENGALAMAN YANG SAYA PEROLEH DARIPADA FAKTOR SEKELILING.

(EDITED)

Press ⭐️ before you guys start reading and dont forget to drop your comment💞

Happy reading all my beloved readers❤


HANARA AISHA POV

Rasa luluh ini aku pendam seorangan. Bukan tiada siapa yang mahu membantu aku untuk menghilangkan rasa sakit ini, tapi mereka tak mampu keluarkan aku dari dunia yang aku cipta sendiri. Dunia dimana berbisik suara-suara halus yang sering mengganggu emosi wanitaku. Dunia yang mahu membunuh jiwaku secara perlahan-lahan. Bisikan yang melemahkan semangat aku sendiri.

Bukannya aku tak cuba melawan, tapi disetiap pertelingkahan dengan si durjana dalam diri aku, aku sering terasungkur ditengah jalan. Menangis kerana jiwaku memerlukan kekuatan yang lebih utuh. Mereka - Taufiq, abang Adha dan lain-lain tak mampu memberi kekuatan yang aku perlukan. Tak cukup kuat aku untuk melawan durjana itu.

Rasa sakit setiap kali perbalahan, dia mengalahkan aku dengan kata-kata tajamnya. Membunuh rasa hati aku sekejam-kejamnya!

"Kau tahu kenapa Hijjaz tinggalkan kau?" Tanya dia ketika aku sendirian di dalam kamar bilikku.

Dia? Persis sekali mirip seperti wajah aku. Kata dia, dia adalah aku dan aku adalah dia. Kami sama dalam dan luar. Kami kongsi rasa yang sama. Tapi pada sisi yang lain, ada juga makhluk yang kadang-kadang mengganggu aku dengan memberikan ketenangan. Hanya sementara saja. Dan... Hilang. Tinggalkan aku dengan si jahat menguasai diri aku.

"Hijjaz tak tinggalkan aku. Dia masih hidup. Kau tu pengganggu hidup aku. Kau kucar-kacirkan semua perkara. Bila kau nak berambus dari sini?" balas aku tanpa memandang wajah itu sedikitpun. Tak ingin aku memandang wajah itu!

Mendengar kata-kataku, dia ketawa kuat dan kuat. Bingit telingaku mendengan dekahan tawanya dalam ruang bilik yang tertutup dengan suasana bilik yang gelap ini. Rasa sesak. Rimas!

"Diam la perempuan! Gelak apa malam-malam ni?!" jerit aku kepada dia.

Dia terdiam, langkahnya mendekati aku. Lalu tanggannya mencengkam pipiku kuat. Sakit! Tapi tak sesakit hati aku.

"Hijjaz tinggalkan kau sebab dia tak sayang kau. Dia tak nak anak kau ni. Sebab tu dia berambus dari hidup kau. Kononnya accident dan kereta terbakar? Tu cuma helah dia saja nak larikan diri dari kau."

"Kau rasa kalau kau tunggu di sekarang ni, dia nak pulang pada kau? Memang tak la Hanara Aisha! Dengan keadaan kau yang orang anggap gila sekarang ni..." pipi aku dilepaskan dan ditolak kebelakang.

"Tak mustahil dia ceraikan kau lepas ni. Dengan keluarga kau yang macam nak tak nak tolong kau, mungkin dia orang akan hantar kau pada hospital sakit jiwa Tanjung Rambutan tu. Merempat kau kat situ seorang- seorang dengan anak kau." Tajam matanya. Perih aku menerima kata-kata itu. Terlalu sukar untuk diterima. Tapi betul apa yang dikatakan dia. Aku ini gila! Mental!

"Kau tipu! Aku tak gila lah! Kau tu yang gila! Kau ganggu hidup aku."

"Kau kata aku gila? Kau lupa yang aku adalah kau. Jadi kita sama-sama gila!" Dia ketawa lagi.

Aku memejam mataku rapat-rapat agar sedikitpun bayangnya aku tidak nampak. Aku tak mahu sakit dengan kata-kata dia. Aku tak gila. Tertunduk aku dengan rambut yang sengaja aku serabutkan. Aku benci dengan semua ini.

[C] Yang TerindahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang