20 - "Jangan Pergi... Hijjaz"

4.8K 193 6
                                    

HANARA AISHA POV

BAJU kebaya putih elok  tersarung ditubuhku. Hasil tangan ibu sendiri. Beria-ia dia menjahit baju aku semata-mata untuk menjayakan majlis aku. Namun begitu, aku tetap rasa kosong dalam hidup. Rasa tertinggal sesuatu yang sangat berharga. Aku termenung sendiri diatas katil walaupun dalam bilik aku ada seorang sepupu rapat aku dari Johor. Bersusah payah dia menconteng muka aku biarpun aku melawan.

Aku lepas keluhan berat. Kening berkerut menahan rasa gusar. Memang aku risau. Bukan risau untuk perkahwinan ini. Tapi aku risau apa yang akan terjadi dalam perjalanan perkahwinan kami. Itu yang mengganggu fikiran ku sekarang.

"Kau ni pun, kalau tak suka pun jangan la tunjuk sangat." Tegur Wahida setelah dia menyelesaikan tugasannya. Tangannya ligat mengemas barang-barang make up dimasukkan ke dalam beg.

Aku hanya jeling sekilas. Tiada rasa untuk menolong. Sebab aku sendiri tak tahu nak rasa apa. Rasa yang bercampur baur. Rasa semak!

Wahida membalikkan tubuhnya melihat aku. Punggungnya dilabuh duduk diatas kerusi.

"Hana, kau nak menyesal sekarang pun dah tak guna tau. Semua ni dah jadi. Kau sendiri yang setuju. Takkan kau nak lukakan hati paklong dengan maklong dengan semua ni?" bebel Wahida.

Wahida membebel bersebab. Aku tahu kerana sebab itu datang dari diri aku sendiri. Kecuaian diri sendiri. Kalau dulu aku siasat terlebih dahulu, pastinya perkara macam ni tak akan berlaku.

"Kau tak faham apa yang aku rasa, Ida. Aku masih..."

"Kau kena lupakan lelaki tu. Dia tak layak untuk kau. Lepas kau kahwin, cinta kau hanya untuk suami kau seorang je Hana. Kau yang pilih jalan ni. Ke kau nak patah balik?"

Aku hanya jongket bahu sekali. Fikiran aku buntu untuk masa sekarang. Kalau ikut waras fikiran sekarang, aku rasa nak lari rumah guna jalan beranda bilik. Ikat tali ketat-ketat pada tiang dan turun ke bawah.

"Sepatutnya kau fikir benda ni awal lagi Hana. Bukan hari ni, hari perkahwinan kau. Kau..."

Belum sempat Wahida menghabiskan ayatnya, pintu bilik terbuka dari luar. Terpapar wajah tua ayah disitu. Tanganku menggamitnya masuk ke dalam.

"Cantiknya anak ayah ni." Puji ayah. Tangnnya mengusap lembut kepala aku.

Wahida mendekat dan berbisik kepada aku.

"Kau sanggup nak hilangkan gembira pada wajah ayah kau ke dengan apa yang kau fikir sekarang ni?"

Aku tersentak. Tak mungkin aku sanggup. Kerana aku tak akan pernah sanggup mengecewakan mereka.

Wahida keluar dari bilik sejurus saja diarah oleh ayah. Aku pandang pintu yang tertutup rapat sebelum beralih melihat wajah tua itu.

***

"Ayah tak tahu nak cakap apa lagi Aisha. Ayah cuma ada dua orang anak. Adha dan Aisha je permata hati ayah dari kecil sampai sekarang." Ayah senyum seulas dengan air mata bergenang.

"Tapi nampaknya, permata tu bukan hak ayah lagi." Setitis air matanya jatuh.

Tangan tua itu aku genggam. Sebak hatiku mendengar luahan hati ayah. Mana tidaknya, aku saja anak manja ayah selama ni. Bodohlah aku kalau memilih untuk menyakitkan hatinya. Sedangkan selama ini sikitpun ayah tak pernah mempersiakan aku. Nak tampar aku kuat-kuat pun tak pernah. Jentik lagilah tak pernah!

"Ayah sangat yakin, Far mampu jadi anak ayah yang baik seperti Adha dan Aisha. Far mampu jaga Aisha macam mana ayah jaga Aisha sebelum ni. Ayah jugak yakin, Far ialah lelaki yang paling sesuai dengan Aisha. Tapi, kalau kata Aisha rasa terbeban dengan permintaan ayah yang keterlaluan ini, ayah izinkan Aisha pergi untuk cari apa yang Aisha mahukan."

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now