21 - Ijab Qabul

5.3K 310 5
                                    


HANARA AISHA POV

PANGGILAN telefon yang telah dimatikan oleh Hijjaz itu aku pandang dengan rasa sedih. Sekali aku cuba menghubunginya, panggilan sudah tidak bersambung. Aku hela nafas perlahan. Sama ada mungkin dia off handphone atau dia ambil tindakan untuk abaikan saja aku.

Tapi satu perkara yang sedang menganggu dalam fikiranku. Mana Hijjaz nak pergi? Sungguh aku rasa menyesal teramat sangat.

Wahida kembali masuk ke dalam bilik. Aku hanya mampu menayang wajah sedih. Dia menghampiri kemudiannya membawa aku dalam pelukan. Teresak aku disitu. Untuk sekali lagi, aku mungkir janji aku untuk menangis kerana dia.

"Stop it Hana. Cukuplah tu menangis untuk dia. Takkan kau nak bodohkan diri kau semata-mata sebab lelaki. Wake up, Hana." Wahida menepuk bahuku perlahan.

'I'm hurt alot.' Hanya kerana pernyataan yang dibuat oleh Hijjaz itu yang membuat aku yakin, Hijjaz mahu pergi jauh dari aku. Hanya kerana itu, aku tahu, kalau boleh dia tidak mahu dipertemukan lagi dengan aku.

"Sini aku touch up sikit muka kau tu. Dah macam mak lampir dah aku tengok." Sisa air mata yg membasahi pipi sepupunya itu dilap lembut sebelum  berus mekap didalam beg dicapai. Laju tangannya dilarikan di sekitar wajahku.

Tangan Wahida aku pegang. Berkerut wajahnya memandang aku.

"Patut ke aku teruskan? Atau aku perlu lari saja?" soalku dengan mata bertentang mata. Dia nampak tergamam.

"Aku tak tahu nak bagi komen apa sebenarnya. Tapi kalau aku la, aku bagi pandangan dari perspektif hidup aku la kan..."

"Aku akan ikut all the arrangement. Bukan bermakna aku nak puaskan hati mak abah aku, tapi sebab... sebab orang dah reject kau weyh. Orang memang dah taknak kau. Baik aku terima ja orang yang suka kau, sayang kau, willing to do everything for you. itu lagi penting kan? Perasaan manusia ni berbolak-balik. Kau jangan risau, rasa sayang tu mesti akan muncul nanti." Terangguk angguk Wahida bercerita.

"Hana, aku tak hasut kau untuk terima cara aku. Ikut kau la kan. Hidup kau, life kau, kau tentukan. Aku sentiasa ada dengan kau, support keputusan kau. At the end, it's up to you la." Aku pasang telinga mendengar celotehnya.

"Tapikan kalau kau tak nak lelaki tu jadi hubby kau, aku ada boleh ganti kau. Kau nak aku ganti kau? Aku tengok tadi pun rupa elok nak mampus!" aku kerut kening. Hotak dia!

"Kepala hangguk kau!" maki aku perlahan. Kang kuat-kuat terasa pulak minah depan mata ni.

"Jom lah makcik, turun bawah. Bakal suami kau dah tunggu kat bawah tu." Tangan aku ditarik laju. Kasar betul minah ni.

"Kau ni tak boleh lembut-lembut sikit ke? Nak putus tangan aku ni ha." Gumam aku perlahan.

"Aku takut la wei!! Ya Allah, sumpah aku takut gila!"

"Kau nak takut apa perempuan?! Yang ijab tu bapak kau, yang qabul tu laki kau. Kau duk situ tandatangan and tunggu laki kau sarung cincin je. Haish perempuan ni. Dah, jom!" Wahida si makcik berleter! Haish, macam mak tiri.



AKU terbaring diatas sofa. Sakit kepala sekali pakej berdenyut-denyut menganggu lena aku dari tidur di atas sofa. Dengan mata yang terpejam, aku tonggeng minyak cap kapak ke jari sebelum diletakkan di dahi. Selepas menutup minyak cap kapak itu, aku letakkan di atas meja.

"Amboi dik, satu rumah bau minyak cap kapak ni apa kes? Belum apa-apa kot."

Ya Allah. Siapa yang kata macam tu? Statement macam minta untuk dimaki. Tak boleh elok sikit ke ayat tu?

Sapaan kasar abang Adha aku buat bodoh je. Tak ada masa nak layan lawak bodoh dia tu. Namun, aku tersentak bila abang Adha mula menganggkat kepala aku diletakkan di atas pehanya.

Tangannya dilarikan di dahi. Pergh! Sedap gila kena urut macam ini selalu. Baik pula abang Adha harini. Mungkin rasa bersalah kerana berjaya menipu aku tadi.

Bukan tadi anak-anak. Sejak aku tunang dia tipu aku. Tak masuk kes tipu sebelum-sebelum ni lagi

Teringat aku perihal Adriana, dia turut menzahirkan rasa gembira bila melihat akad nikah sebentar tadi. Namun aku hanya tayang muka jengkel melihat orang sebelahku. Rasa nak cepuk semua orang. Kenapa semua orang sanggup memperdayakan aku sambai begini sekali?

"You know what Hana, aku nampak kau dalam mata dia. Dan aku nampak dia dalam diri kau. both of you perfect together." Pujian jujur itu aku hanya sambut dengan senyum sumbing. Tak tahu nak balas apa dah.

Baru sekejap aku terlena, suara ibu mengejutkan aku. Terkebil-kebil aku memandang ibu lalu di depan mata.

"Seronok landing atas peha suami tu?" Soalan mama mendorong aku untuk berfikir.

Landing atas peha suami? Bukan abang Adha? Terbangun aku dari pembaringan melihat si dia tersengih macam kerang busuk itu. Gila! Aku malu nak mati. Hilang terus sakit kepala. Yang ada sekarang rasa sakit otak!

Mendengar bunyi ketawa semua orang, lagi-lagi abang Adha memang tengah gelak besar itu, aku capai bantal terus baling tanpa berfikir.

"Baling-baling bantal pula dia. Ibu dengan ayah nak tahu satu story tak? Tadikan ada orang tu call Hijjaz beria-ia nangis..."

Satu bantal lagi aku baling kearah abang Adha.

"Abang bagi tahu ayah dengan ibu, I'll told them what have you done!" aku memberi amaran.

Terjegil mata abang melihat aku. Senyum senget aku hadiahkan. Memang cuak habis abang bila aku tahu rahsia dia yang satu tu.

"Kau jangan dik..."

"Too late."

"No!"

"Ibu ayah tahu tak abang..."

Mulut aku dipekup dari belakang. Laju betul abang Adha lari semata-mata nak aku simpan rahsia dia.

"Apa korang dua ni? Masing-masing dah besar tapi perangai macam budak-budak." Bebel ibu. Ayah pula hanya menggeleng kepala berada disamping ibu.

Melihat senyum tawa semua orang buat aku yakin, aku buat keputusan yang betul.

"Ni, jom makan. Ibu dah hidang makanan kat dapur. Mari semua." Ibu bangun disusuli ayah.

"Kau kena jaga bini kau ni baik-baik, bro. Bahaya adik aku seekor ni." Pesan abang Adha kepada suami aku sebelum hilang disebalik dinding dapur. Seekor dia gelarkan aku. Aku pusing melihat belakang. Dak ada pulak ekor kat punggung aku.

Sepi. Hanya kami berdua disitu.

"Sorry landing atas awak tadi," perlahan aku bersuara. Malu tujuh keturunan wei!

Malu

Malu

Maluuu woiii

"It's okay."

"Saya pun nak mintak maaf for ignoring you petang tadi."

"It's okay. At least saya buat benda yang betul."

"Saya tak boleh bayangkan kalau awak betul-betul lari dari saya macam mana Aisha. How can I live without you?"

Longlai aku mendengar. Haish, wakkk. Jangan buat macam ni selalu. Kang saya kencing manis, awak marana😆

"You can chase me Hijjaz. And I'll be yours forever." Jawabku sebelum berlalu ke dapur.

MALU!

"Cik abang tak nak makan malam ke?"


SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now