18 - Maafkan Saya

3.9K 197 6
                                    

FARISH HIJJAZ POV

KORNEA mata menangkap tubuh wanita yang sangat-sangat aku kenali. Dengan itu aku cepat-cepat merapatinya. Namun begitu, belum sempat aku menghampiri wanita itu, tubuh lain datang disebelah itu. Aku urut dada. Sakitnya rasa. Aku tersenyum pahit. Perlahan aku undurkan langkah dan pusingkan badan berjalan disebalik dinding. Duduk disitu menahan rasa sebak.

Bukan senang untuk lelaki seperti aku nak rasa sakit hati macam ni sekali. Hanya kerana seorang wanita bernama Hanara Aisha, egoku menggunung tinggi jatuh begitu saja. Tidak aku nafikan, memang sengalanya terjadi kerana salah aku sendiri. Tapi kalau Aisha sendiri mampu mendengar segala penjelasan aku tentang pemergianku selama ini, pastinya semua ini takkan berlaku.

Dan pastinya semua ini salah aku sendiri. Kalau dari dulu aku berterus terang tentang perasaan ini, aku mesti tengah berbahagia bersamanya. Kerana aku yakin dia juga rasakan apa yang aku rasa.

Tanganku memegang dada. Seperti menghalang rasa sakit terus terasa. Cuba menghilangkan rasa sakit. Tapi semakin sakit yang aku rasa. Sakit untuk menerima kenyataan.

Syed Taufiq Attar, aku percayakan dia. Memang hubungan kami biasa-biasa, tapi bila mengenangkan kes dirumahnya dulu, aku rasa ngilu dalam hati. Agak terasa kerana dia langsung tidak memperkenalkan siapa Aryanabella dalam hidup aku. Aku rasa terkilan.

Aku tahu, sudah pastinya Taufiq dapat membaca riak wajah Aisha berubah tatkala bertembung mata dengan aku. Dan pastinya sebab itu dia mengambil keputusan untuk berbuat sebegitu.

Dan sadisnya dalam hidup aku bila aku terpaksa menerima pertunangan Aisha. Bila melihat kemesraan mereka sebentar tadi, aku yakin siapa tunang Aisha. Biarpun aku tidak tahu kebenarannya, aku tetap yakin dengan kata hati aku.

Aku angkat tubuh. Disebalik dinding itu aku cuba memerhatikan mereka, tapi mereka sudah hilang dari tempat tersebut. Aku pejam mata menahan air mata dari jatuh.

"Saya sangat harap awak bahagia Aisha. Bahagia tanpa saya disisi awak." Perlahan aku berkata biarpun gadis yang aku puja tidak berada disitu.

"Mungkin jodoh kita hanya sekadar kawan. dan itu pun dah terhenti..."

Hanara Aisha...

HANARA AISHA POV

DALAM kawasan parking lot hotel itu, aku memandang sekeliling. Terasa namaku dipanggil. Dahiku berkerut-kerut berfikir. Tapi bila mataku gagal menangkap sebarang manusia disitu, terus aku melangkah masuk ke dalam kereta sebaik saja pintu dibuka. Pintu terus dikunci.

Otak aku kali ini gagal berfungsi dengan baik. Setelah aku menerima pelawaan Taufiq untuk menghadiri majlis perkahwinan Aryanabella, sebenarnya bukan aku terima, tapi dipaksa. Waktu persandingan di pelamin tadi, aku cuba untuk tidak memandang pengantin lelaki di atas pentas.

Tapi kerana desakan hati, aku larikan anak mata melihat raut wajah lelaki yang kacak itu. Terkejut aku terpaku memandang wajah lelaki itu bersilih ganti dengan wajah Aryanabella di atas pelamin. Lantas segera aku kalih pandangan memandang meja. Air di atas meja terus aku capai dan hirup sampai habis untuk menenangkan hatiku yang bergelora.

Taufiq datang disebelahku memangdang pelik. Tapi aku abaikan saja.

"Hanara, are you okay? You nampak pucat." Soalnya agak cemas.

Aku balas soalannya dengan sekadar anggukan kecil.

Fikiran ku tatkala itu agak celaru. Pantas aku bangun meninggalkan dewan tersebut. Taufiq pula mengejar dari belakang.

Aku berpusing belakang menhadap Taufiq. "I nak balik. I rasa tak sedap badan pulak. Are you okay alone here?"

"I okay je. Tapi you ni macam mana? I hantar you balik eh?"

Dia cuba mengapai beg tangan di dalam genggaman ku. Pantas aku larikan kebelakang sambil menggelengkan kepala lemah. Rasa nak menangis.

"I balik sendiri. Don't worry." Setelah berkata terus aku meninggalkan dia disitu.

"Hanara Aisha.."

Aku tersedar dari lamunan. Sekali lagi aku menangkap suara yang menyeru namaku. Tapi aku tak tahu siapa. memandangkan aku dalam kereta, sangat mustahil untuk aku mendengar bisikan sendu itu.

Teringatkan tentang lelaki tadi, aku rasa nak meraung tak mampu menerima suratan takdir.

Bukan Hijjaz lelaki itu.

Bukan Hijjaz.

Maafkan saya Hijjaz.

Maafkan saya sebab saya tipu diri saya sendiri.

Terlalu banyak hati untuk dijaga.


MASUK saja bilik lepas resepsi Aryanabella, aku banyak mengurungkan diri di dalam bilik. Sungguh aku katakan, aku bagaikan lemah jiwa raga hanya kerana seorang lelaki. Rasa sangat berdosa bila mengenangkan lelaki yang tak sepatutnya aku ingat.

Entah bila, tanpa aku sedar, abang Adha menarik aku dalam pelukannya. Makin teresak aku disitu. Gagal menahan air mata. Sedih yang teramat sangat.

Dan aku harap,

Ini yang terakhir kalinya

Untuk

Dia.







SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now