14 - Keep My Promise

4K 223 6
                                    

HANARA AISHA POV

"KAU wajib cerita segalanya pada aku dari awal sampai habis pada aku kejap lagi." Idlan disebelahku mendekat kepala dan berbisik kemudiannya dia menjauh balik.

Aku pejam mata menahan sabar. Lantas kepala menoleh kepadanya sebaik saja mata dibuka." Aku dah janji kan tadi. You can keep my promise." Aku mendengus perlahan. Kalau tak megenangkan Adriana didepanku, memang aku dah jerit lama. Nasib Adriana sibuk bermain handphone.

"Hana, aku pergi tandas kejap eh. " permintaan Adriana aku balas dengan anggukan dan senyuman semata-mata.

"If you can keep your promise, kau takkan jadi tunang orang sekarang ni Hana." Katanya sebaik saja kelibat Adriana hilang disebalik dinding.

"Lan, boleh tak jangan cakap pasal ni. Otak aku yang tenang ni boleh semak sebab kau psiko aku macam ni." Aku tahan suara kerasku dari keluar. Agak tertekan dengan masalah ini.

"Bukan niat aku nak buat kau gila Hana, tapi kau memang gila! Apa kita nak jawab dengan Rian lepas ni."

Idlan menutup matanya. Kedua tangannya dibawa memegang kepala. Aku tahu dia kusut. Tapi aku lagi kust dengan bendalah ni. Rosak semua rancangan.

"Kau boleh chill tak? Memang itu yang kita nak kan? Rian operation dan teruskan rawatan. Ikut segala permintaan tu semuanya untuk kaburkan segalanya." Jawab aku benggang.

"Lagipun kau nak ke kahwin dengan aku?" aku jeling Idlan disebelahku lalu menyedut air sirap limau. Kasi sejuk sikit api dalam hati ni.

Yang Idlan pun buat apa ntah duduk sebelah aku. Semak! Ikut sangat cakap Rian.

Haa! Kan dah termarah Rian.

Semua sebab Idlan.

Terjegil mata Idlan memandang aku selamba menyedut air. Terkebil kebil sekejap sebelum dia mula membuka mulut untuk bersuara.

"Kawin dengan orang sewel macam kau ni? Kalau itu benda terakhir dalam hidup aku pun, aku taknak buat la Hana. Ikut rancangan gila kau ni pun boleh buat aku sama-sama gila dengan kau."

Makin menggelegak hati aku mendengar jawapan lelaki disebelahku. Sabar hati. Sabar!

"Kalau kita dua gila, masuk je lah hospital gila sama-sama. Apa susah. Ada dua hospital sakit jiwa kat Malaysia ni. Kau pilih nak yang mana. Johor? Perak? Aku boleh daftar nama kita awal-awal."

Saki baki dalam gelas itu aku habiskan sebelum manggangkat punggung. Malas aku berlama-lama disitu. Menyakitkan hati. Menyerabutkan otak. Terganggu jiwa normal aku gara-gara seorang Idlan.

"Aku balik dulu. Daripada layan kau yang memang sedia gelong ni, baik aku balik, cari siapa tunang aku. Siasat latar belakang mamat yang tak ada kerja masuk meminag aku tu." Kunci kereta atas meja aku capai. Lalu aku melangkah pergi dari situ tanpa pamitan daripada Idlan.


PULANG pada tengah hari itu setelah makan tengah hari bersama Adriana dan Idlan, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Tapi sempat aku melihat kereta Porche yang cantik diparking sebelah kereta aku. Macam familiar gila kereta tu. Bukan Hijjaz punya kereta ke?

Datang cari aku ke? Sengihan lebar aku terukir di bibir. Tapi bila mengingatkan kejadian sarung cincin asar semalam, cepat-cepat aku menidakkan segala kemungkinan yang ada. Kalau benar Hijjaz, ada apa perlunya untuk dia datang kemari, kerumah aku. Aneh.

Aku buka langkah masuk ke dalam rumah. Kuatkan semangat Hanara. Tiba saja di daun pintu mataku terus memaku raut wajah tanpan itu. Riuh rumah dengan gelak ketawa mereka satu keluarga. I mean, ayah ibu, abang serta Hijjaz. Tak tahu lawak apa.

Cepat-cepat aku melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menyapa mereka terlebih dahulu. Semuanya gara-gara tak mahu bertentang mata dengan bening mata Hijjaz. Takut aku dengan hati sendiri yang sememangnya sukar dipercayai ini.

"Sha sayang. Come duduk sini." Pelawaan ibu aku Cuma balas dengan gelengan. Niat aku bukannya nak menolak, tapi untuk bersama keluarga dengan kewujudan Hijjaz, memang itu patut aku elak. Wajib dielakkan!

"Kejap lagi ye ibu. Sha tak solat Zohor lagi lepas jumpa Idlan dengan Rian tadi. Sha nik atas dulu, solat." Aku berikan alasanku menolak. Padahal tadi sempat aku singgah di masjid sebaik saja dengar azan berkumandang. Mengelak.

"Sha naik dulu ibu, ayah." Melihat anggukan ibu serta mereka yang lain kecuali Hijjaz, tanpa berfikir panjang, aku berlari naik ke atas.

Hati yang gelora aku tenteramkan. Tudung yang elok terpakai, aku cabut pin-pin dan letakkan disatu tempat. Sekelip mata ku campakkan tudung diatas katil. Getah rambut yang mengikat rambutku, aku tarik. Tangan mula mengusutkan kepala. Memang kusut kepala otak aku.

Usir dia dari hati kau Hanara. Di bukan sesiapa. Ingat kau dah jadi tunang orang. Ingat ibu ayah yang mengharap. Ingat jasa-saja mereka Hana.

Lama aku berteleku di atas katil dengan rambut panjang yang berserabut.

Ketukan pintu yang kuat membangunkan aku yang semula jadinya mula terlelap. Aku merengus kuat. Pastinya Abang Adha yang ketuk pintu. Sebab dia seorang je suka ketuk pintu kuat-kuat bagai nak roboh pintu bilik aku.

"Abang nak apa?" aku Tanya sebaik saja pintu dibuka.

"Hijjaz nak jumpa kejap."




❤❤Sedutan next chapter

"Saya dah bertunang Hijjaz."

"Putuskan saja. Kita kahwin."

"tak semudah tu saya batalkan semuanya Hijjaz."

"Tapi pada hakikatnya saya sukakan awak Aisha."

"suka tak membawa apa- apa makna pada saya."








SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now