11 - Buaya Emas

4.6K 213 3
                                    

HANARA AISHA POV

MELANGKAH masuk ke dalam butik hari itu bagi aku adalah perkara termalang untuk permulaan hari aku. Tubuh tinggi lampai berserta wajah kacak itu terpacak di depan butik menghadap kearahku dengan memberikan senyuman manisnya. Ternyata aku silap percaturan lagi. Dua minggu aku tidak mempedulikan dia langsung tidak mematahkan semangat sang jejaka, Syed Taufiq Attar.

Aku membawa tubuhku kearahnya dengan langkah berat. Mahu tak mahu aku perlu berhadapan dengannya juga. Tercegat aku di depannya langsung dia tak berkata apa. Cuma senyuman itu masih lagi terukir dibibirnya.

Sampai bila nak jadi bisu kat sini?

"You-"

"You didn't pick up your phone. Where you been two weeks ago?" laju dia menjawab soalanku tanpa sempat aku mengajukan soalan. Biarpun jawapan dia berikan itu dalam bentuk soalan, tapi aku faham motifnya itu.

Mataku memandang ke atas. Alasan apa perlu aku bagi? Ergh! Setelah itu aku aku sengih. "Busy." Jawabku selamba dengan senyuman memerli.

Taufiq menggelengkan kepala masih dengan senyuman. Pelik juga aku dengannya kerana dari tadi dok tersengih. Tak lenguh ke otot muka dia tu?

"Answer unaccepted." Ringkas dan aku tahu dia tahu bahawa aku sedang menipu.

"Jom breakfast Hana. I lapar." Tangannya menepuk perlahan perutnya. Aku cuma menjeling.

Ingat Hanara Aisha, kau kena jauhi si Buaya Tembaga Bersalut Emas ni. Biarpun aku tak ada apa-apa perasaan kepadanya, selepas daripada malam itu, Erni ada datang menemuiku. Bukannya datang dengam amukan, datangnya dengan baik dan aku layan dengan baik. Mahu dia untuk aku meninggalkan Taufiq Attar. Dan aku bukan sesiapa dalam hidup lelaki itu. Biarpun dengan sedikit angkuh dalam dirinya.

"I dah makan dengan family I tadi, Taufiq." Aku menjeling. Jengkel aku dengan sikapnya. Aku terus menuju pintu. Kunci aku masukkan ke dalam lubangya dan aku pulas sebelum dapat pintu dibuka.

"Kalau macam tu, you teman I makan." Mudah dia memberi cadangan. Dia membuntutiku dari belakang.

Aku hampiri meja kopi. Kunci diletakkan disitu. Tanpa aku sedari, dia berdiri didepanku. Hailah lelaki ni. Buat apa aku tercongak pandang dia makan. Aku banyak benda lagi lah kalau nak layan dia makan.

"Hana please..." kedua tapak tangannya bertemu dibawa kedepan. Merayu kepadaku.

"Tak boleh ke kalau makan sendiri? Boleh meninggal eh?" Tanyaku sarkarstik sambil melihatnya atas bawah. Kecil besar, kecil besar saja aku tengok dia ni.

"Nak you teman juga." 

Aku julingkan mata ke atas. Ni stok jenis tak faham bahasa isyarat! Dia fikir aku ni girlfriend dia?

"Fine! Tapi tunggu pekerja I datang dalam sepuluh minit lagi. Lepas tu baru I temankan you."


FARISH HIJJAZ POV

DARI dalam kereta aku memerhatikan gelagat kedua manusia itu keluar dari butik. Luka hatiku sudah lama aku pendam. Sudah tiga bulan aku menghilangkan diri dari hidup seorang Hanara Aisha. Bukan niat asalku untuk meninggalkan dia begitu saja, tetapi tuntutan kerja di negara luar buat aku terpaksa melupakan sekejap masalah yang berada di sini.

Rancangan aku dengan Adha cuma untuk membuat Aisha sedar dengan perasaannya, cumanya waktu itu terpaksa dipanjangkan. Dari sebulan menjadi tiga bulan. Sebulan yang lalu dimana banyak panggilan telefon yang aku terima dari wanita itu. Dua bulan seterusnya, panggilan Aisha terus lesap dari skrin telefonku.

Perit aku menerima bahawa dia bersama Taufiq Attar. Sepupu yang hubungan kami berlangsung secara biasa-biasa sahaja. Tak rapat dan tak jauh. Cumanya seringkali juga bertemu. Rasanya bukan Aisha sendiri tak tahu dengan gelaran yang diperolehi oleh Taufiq.

Tentang Adha, dia ada meluahkan rasa kesalnya terhadapku dengan rancangan tersebut. Tambahan pula lepas kejadian hospital dulu bagai membuatkan hubungan dua beradik itu renggang gara-gara aku sendiri. Adha sendiri rasa bersalah bila melihat aku dan Aisha bagai membawa haluan masing-masing.

Cumanya, tentang Aryanabella, yang Aisha belum tahun apa statusnya pada aku. Terkadang aku pelik, mengapa Taufiq memperkenalkan Aryanabella tanpa status. Tahukah lelaki itu siapa aku dalam hidup Hanara Aisha.

Aku menilik telefon ditangan. Mencari sebaris nama untuk dihubungi.

Sekali.

Keduanya.

Ketiga.

Aku lepaskan keluhan berat. Nampak sangat dia cuba untuk menjauhiku. Menghapuskan aku dari hidupnya. Mata dipejam rapat. Kepala yang semakin memberat aku labuhkan pada stereng kereta. Mencari selitan idea yang berbaki.

Timbul satu perkara yang aku mahukan. Senyuman aku tarik lebar.

Panggilan bersahutan dari sana membuatkan aku melonjak suka

"Ayah, Hijjaz rasa ini masanya."


HANARA AISHA POV

TERSENGIH panjang Taufiq bila aku mengikut kata-katanya. Huh! Fikir aku nak sangat ke? Nasib makan sebelah butik aku je. Tu pun tarik muka panjang bila aku kata tak nak makan jauh-jauh. Banyak benda nak kena settle. Tapi bila dia mula merungut dan aku memberi ugutan, dia ikutkan jugak permintaan aku yang bagi aku sangatlah mudah dan ringkas.

Aku cuma mudahkan kerja dia. Aku boleh balik kerja awal, dan dia tak perlu berpatah balik untuk menghantar aku.

Satu set roti canai tersedia dia atas meja bersama teh panas. Lambat-lambat Taufiq menyuap masuk ke dalam mulut. Aku perhati dia ni lama dah. Rasa nak saja aku suap roti canai dalam pinggan tu guna garfu. Sekali garfu aku suruh dia telan. Lambat sangat makan. Ikut sunnah kunyah 44 kali kot. 

"Hana, you sure tak nak makan ni. Sedap tau." Soal Taufiq lagi. Tangannya mengamit pelayan datang ke meja kami. Mungkin nak bayar

"I dah makan kat rumah tadi." Ulang aku lagi. Plus aku tahu lah sedap. Aku pun selalu makan kat sini jugak. Ergh!

Pelayan datang ke meja kami. "I nak lagi sekeping roti canai eh." Pesannya dan pelayan itu hanya mengangguk pergi.

Hampir terbeliak mata aku. Sudah dia ni. Bela saka ke apa lapar sampai macam ni sekali. Dah masuk dua keping dia makan. Tambah lagi satu, dah tiga keping. 

"You makan tadi baca bismillah tak , Taufiq?" tanyaku serius.

Dia hanya menayangkan barisan gigi yang tersusun elok. Aku jeling melihat jam. Mesti staf-staf aku dah datang.

Pelayan itu kembali semua menghantar roti canai yang ketiga. Sempat dia menyegih kepada aku. Haish! Aku rasa nak cepuk si Hakim tu. Hakim, pelayan tadi yang agak rapat dengan aku.

"I ada banyak kerja ni nak kena buat. Makan la cepat sikit!"





SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now