HANARA AISHA POV
GAYAKU kasar duduk dihadapannya. Apa mahunya setelah lama menghilang? Apa kehendaknya pada aku? Sengaja muncul dalam hidup aku dan berlalu pergi dariku bila aku percaya padanya. Biarkan aku jatuh sendiri tanpanya disisi. Dan kini kembalinya dia bila aku mula bangkit dan kuat.
"Nak apa?" tak mahu masa dibazirkan, aku mulakan soalan. Gusar jugak jika makin lama aku berhadapan dengannya, makin lentok aku. Habis tunang aku nak campak mana?
"Tak ada apanya. Cuma dah lama tak nampak Aisha. Aisha sihat je kan?" ulasnya sedikit panjang. Aku hanya memandang jari jemariku yang bercantum sesama sendiri. Menunduk ke bawah.
Aku angkat wajah melihat kedalam matanya. Tiada apa yang aku nampak. Kosong saja. Mungkin pada awalnya.
"As you can see now. Sihat dan bertambah sihat. Awak tak perlu risaukan saya, Hijjaz." Terhenti kataku bila ibu datang membawa dua gelas air. Ibu hanya senyum sekilas memandang aku dan terus berlalu pergi.
Sebenarnya aku agak pelik mengapa ibu dan ayah mengizinkan Hijjaz berjumpa denganku. Apa alasan lelaki didepan aku ini untuk berjumpa empat mata dengan aku. Aneh aneh.
"Hanara Aisha, saya... kalau boleh saya nak awak jadi isteri saya." Terkesima aku mendengar patah bicaranya. Berani. Tak tahukah lelaki ini bahawa...
"Saya dah bertunang, Hijjaz"
"Putuskan saja. Kita kahwin." Matanya tajam melihat aku. Perasaan ini... Ya Allah, perasaan ini tak perlu ada sekarang.
Kalau awak datangnya lebih awal, semua benda tak macam ni Farish Hijjaz. Tak sesukar yang sekarangnya.
"Tak semudah tu saya nak batalkan semuanya. Awak kena tahu, saya tak pernah anggap awak lebih pun, Hijjaz." Kedua tanganku naik meraup wajah.
"Tapi pada hakikatnya awak sukakan saya Aisha."
"Suka tak bawa apa-apa makna pada saya untuk awak Hijjaz."
"Tapi saya cintakan awak."
"Dan saya tak..."
"Awak jangan tipu perasaan awak Hanara Aisha! Saya tahu apa perasaan awak pada saya." Kedua belah lenganku digenggam olehnya. Terkaku aku disitu. Tak pernah selama ini dia bertindak kasar. Sakit yang aku rasa kedua belah tanganku. Nasib baik berlapik baju lengan panjang.
"Stop it Hijjaz. Awak tak ada hak atas apa yang saya rasa." Aku tarik tanganku kuat dan terus pergi dari situ.
SOALAN abang aku hanya pandang sepi. Setelah menghantar sahabatnya balik, dan terus mengekoriku dari belakang. Dari masuk ke ruang dapur, aku meneguk air masak. Lepastu ke ruang tamu, bila aku menonton televisyen, masih setia berada disebelahku dengan soalan yang sama.
"I asked you once again Sha, apa Hijjaz cakap? Dua-dua muka monyok mengalahkan asam jawa perap. Apa dah jadi?"
Erhg! I hate to think about that stupid thing.
"Naik tingkat atas lah. Tak nak la sembang kat sini. Buatnya ibu dengan ayah dengar, mahunya diorang kejar Sha dengan penyapu." Langkah aku buka naik ke ruang atas bersama abang Adha.
Setibanya di ruang atas, belum sempat aku melabuhkan duduk, suara abang Adha sudah menggegar gegendang telinga. Aku jelling dia . Tak reti sabar.
"Sha cuma nak abang nasihatkan kawan abang tu, tunang orang haram untuk dipinang." Muka selamba aku hadiahkan kepada abang yang sememangnya muka blur tahap cipan.
"Cubalah cakap bagi abang paham Sha. Jangan la berkias macam ni. Mana abang faham. Abang bukan orang sastera." Abang Adha merengus perlahan. Mungkin rasa menyampah dengan bahasa aku gunakan sekarang
"Dia ajak Sha kahwin abang. Dia suruh Sha putuskan pertunangan dengan tunang Sha. Is your friend crazy brother?"
"WHAT! Ya Allah. Sampai macam tu sekali? Tadi dia kata nak jumpa Sha sebab nak bincang perkara penting je. Tak sangka pulak dia nak Sha putus tunang. Gilalah Hijjaz!"
Memang perkara itu penting abang. Melibatkan masa depan kami. Tapi kalau dia hadirkan diri dengan lebih awal, rasanya takkan wujud istilah putus tunang sekarang. Pastinya kami sedang membuat persiapan perkahwinan. Tapi malangnya semua itu hanya dalam mimpi saja. Dia mahu mencuba dan aku tetap teguh dengan pendirian aku.
'Maafkan saya Hijjaz. I can't make our dream come true'
next update
Sekejap cuma, terasa bagai ada seseorang dibelakang tubuhku. Kabus yang nipis semakin tebal. Pandanganku semakin kabur. Tambahan pula angin yang tadinya perlahan semakin kuat menampar tubuhku.
"Siapa awak?" kuat suaraku bertanya melawan deruan angin. Mataku dikecilkan untuk melihat disebalik kabus. Perlahan-lahan aku cuba melangkah. Semakin kuat angin menolak.
"Nara, hold my hand." Ujar lelaki itu
Belum sempat aku menggenggam huluran itu, angin kuat terus menolak tubuhku.
SHI
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...