30 - Aku Akan Pulang

5.8K 189 28
                                    


***

Ku bertemu dengan dirimu 

Kesetiaan yang takkan terganti

Sebuah kisah kutunggu

Tiada lain yang kupinta 

Hanya hadirnya cinta darimu

Namun semuanya hilang bagai takkan terjadi

***

HANARA AISHA POV

SUDAH seminggu aku menjadi patung bernyawa di dalam bilik tidur kami di rumah umi dan abah. Sukar digambarkan perasaan ini bila aku berada seorang disini. Ramai yang membantuku, tapi aku masih rasa sunyi didalam diriku.

Seminggu Hijjaz pergi tinggalkan aku. Seminggu tiada panggilan daripadanya. Seminggu aku menanti kepulangannya di hadapan rumah. Seminggu aku menunggu untuk dia datang mengambilku. Seminggu aku hidup terumbang-ambing. Seminggu aku tanpa Hijjaz disisi. Seminggu malamku tanpa dia.

Mana Hijjaz? Mana suami aku? Aku rindu dia. Aku mahukan Hijjaz aku semula.

Perasaanku berkecamuk. Air mata ku masih menitis dari seminggu yang lalu. Pada hari Hijjaz tinggalkan aku disini. Pada hari Hijjaz berjanji untuk pulang membawaku pulang.

Pada hari aku melarang dia pergi.

Aku sarung tudung dikepala. Langkah aku bawa menuruni tangga ke tingkat bawah. Memerhati ruang tamu yang kosong tapi ruang dapur terdengar bunyi pisau pemotong. Perlahan-lahan aku membuka pintu besar lalu keluar dari rumah. Pagar rumah tertutup rapat.

Sudah petang. Mesti Hijjaz akan datang mengambilku pulang.
Mereka kata Hijjaz takkan pulang lagi. Mereka semua tipu aku. Aku tahu, Hijjaz pasti tunaikan janjinya untuk datang mengambil aku disini.

"Hana? Buat apa depan pintu ni?" suara Taufiq menyapa telingaku.

Aku angkat muka memandang. Kemudian aku jeling melihatnya. Tapi dari hujung mata aku perasan dia menghampiri aku. Duduk bercangkung di depan aku.

"Hana dah makan? Hana makan apa tadi?" kepalaku menggeleng perlahan.

"Nak Hijjaz suapkan. You ada call Hijjaz? I call dia banyak kali, tapi dia tak angkat. I lapar ni. You call dia boleh?" berkali-kali aku cuba menghubungi Hijjaz, tapi dia tak berangkat.

"Jom Taufiq temankan Hana makan dulu, lepas tu kita call Hijjaz okay." soalan Taufiq aku balas dengan anggukan. Hanya Taufiq yang memahami aku sekarang.


SYED TAUFIQ ATTAR POV

AKU jatuh kasihan melihat seraut wajah yang semakin cengkung, tubuhnya pula kian susut kerana jarang menjamah makanan. Rasa bimbang mergayut di tangkai hatiku.

Macam mana aku nak jaga anugerah yang terindah Hijjaz pesan untuk perhatikan. Bagaimana aku harus lakukan untuk buat dia kembali mengukir senyuman manis dia bibir nipis itu. Apa yang perlu aku lakukan untuk menggalas amanah Hijjaz ini.

"Bro, aku tahu kau cintakan isteri aku. Tapi aku harap kau kawal perasaan kau sebab dia isteri aku."

"Kalau aku dah tak ada nanti, kau ayat lah dia sampai kau dapat." kata Hijjaz dengan ketawa kuat suatu ketika dulu. Aku disitu tercenggang dengan tutur bicaranya.

"Aku yakin kau boleh jaga Hanara Aisha macam mana kau jaga nyawa kau."

Kata Hijjaz sewaktu majlis perkahwinan mereka. Aku sendiri tidak tahu mana Hijjaz dapat kerupayaan dan keberanian untuk berkata sedemikian dihari perkahwinan mereka.

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now