HANARA AISHA POV
AKU menghadap cermin melihat penampilan sendiri pada malam ini. Ajakan Taufiq yang aku anggap kali terakhir itu aku setuju. Kononnya menghadiri majlis tersebut. Aku sendiri tak tahu function aku disitu.
Yang pastinya, aku tidak mahu untuk terus berada di dalam rumah ini buat masa ini.
"Tak apalah Hanara Aisha. Just do it for him for the last time. Yeahh! For the last time."
Jarum peniti aku sematkan diatas kepala agar tudung chiffon tidak bergerak-gerak. Well, you know guys, kalau tudung tak menjadi, emosi swing sepanjang hari. Just a little smile, and I am beautiful. Aku tarik sedikit senyuman bila mengadap cermin.
Entah apa-apalah tiba-tiba jadi begini.
Handbag di atas katil aku tarik disangkut ke bahu. Beg hadiah juga aku capai bersama-sama kunci kereta.
Tangga aku turun cermat kerana dress labuh yang aku pakai. Entah kenapa aku boleh memilih dress ungu kebiruan ini. Terbeli tanpa sengaja ketika aku belajar dahulu. Tapi baru sekarang aku pakai. Nasib masih muat dipakai.
Baru membuka pintu kereta, suara Abang Adha menyapa telinga ku
"Nak pergi mana pulak malam-malam ni Sha. Dengan pakai cantik-cantik macam ni,. Sha ada event ke?" Abang Adha bertanya dengan suara yang lembut. Sejak kejadian haritu, aku bagaikan berat mulut untuk memulakan bicara bersamanya. Kekok.
Masih terasa dengan tuduhan itu. Ya, hanya sebab itu dia memarahiku. Selama ini mana pernah abang Adha menengking aku. Dan untuk kali pertama itu, aku rasakan umpama mendapat penampar sulung dari abang Adha sendiri.
"Ada kenduri kesyukuran rumah kawan." Ringkas aku menjawab. Lalu aku masuk kedalam kereta.
Kunci aku masukkan dalam lubang kunci dan dipulas. Berdengung bunyi enjin kereta swift aku malam-malam begini. Tingkap dibuka bila abang Adha mengetuk.
"Apa?" aku menjeling sekilas.
"Balik pukul berapa? Abang tunggu Sha eh?" aku tahu dia sedang memujuk. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak terpujuk dengan sikap care dia. Dia nak tunggu pun sebab ibu dengan ayah tak ada kat rumah untuk beberapa hari. Pergi holiday berdua.
Nafas dihela perlahan. "Tak payah tunggu. Sha rasa macam lewat je Sha balik."
Dia mengangguk sekejap. "Tak apa. Abang tunggu Sha jugak. Sha pergilah cepat."
Abang Adha menunduk merapat ke tingkap. Tangannya menyapa kedua belah pipiku. Sekejap Cuma, dahiku dicium dua saat. Aku terpaku manakala abang Adha masuk ke dalam rumah.
Sumpah aku rasa nak menangis. Rasa sedih mencengkam hati. Sebak menjadi tunggak dalam jiwa. Sebu. Perlahan air mata jatuh ke pipi.
Tingkap kereta aku naikkan dan kereta diundur perlahan.
Kenapa perlu letakkan ego di tempat yang tertinggi kalau rasa sayang itu lebih banyak dalam hati.
KETIBAAN aku disambut oleh Taufiq. Siap pakej bukakan pintu lagi. Acah-acah gentleman gitu. Tapi sikitpun aku tak terpikat. Mengenangkan perangainya, aku tahu semua wanita yang pernah berganding dengannya sudah pasti mendapat layanan yang sama.
Aku berjalan seiring dengannya, senyap sepi. Tak tahu kenapa dalam hatiku ini bagaikan ribut taufan. Semak dalam dada.
Aku terpaku melihat rumahnya. Dua kali ganda besar dari rumah aku. Tak mustahil la kalau dulu-dulu, perempuan ramai minat sebab anak orang kaya raya. Empat buah kanopi terpasang di depan rumah. Kata buat kecil-kecilan je. Tapi terbalik pulak aku tengok. Dengan pakaian orang ramai yang berada disekelilingku pada aku agak mewah dan bergaya, aku rasakan yang aku tak layak berada di sini.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...
![[C] Yang Terindah](https://img.wattpad.com/cover/131077145-64-k468574.jpg)