HANARA AISHA POV
KENING Hijjaz terangkat sebelah membuatkan dia kelihatan begitu segak pada pandangan mata aku. acewah. Memang selama ni dia segak pun. Tambah-tambah kalau dia pakai tshirt biasa dengan kain pelikat, pergh. Segak gila. Kalau time tu lepas solat dengan songkok di kepala, memang kepala aku tak pusing mana dah. Kalau pusing pun mata aku pastinya menjeling dia. Hensem dia bukan biasa-biasa. Hensem macam Syed Saddiq. 😅(tak tak. Lawak je😂)
"Sayang nak apa-apa ke ni?" dengan mata yang dikecilkan, dia menyoal sekali lagi setelah aku membiarkan soalan itu tergantung begitu saja.
Aku tarik sebecebis senyuman sebelum menjawab. "Abang naik atas balik eh.. Aisha nak tidur dengan abang." Seraya suara gedikku mula kedengaran.
Memang selepas saja berkahwin, inilah rutin harian aku. Susah gila nak tidur kalau tidur sorang-sorang. Nak kena ada Hijjaz sebelah aku jugak. Kalau malam dia sibuk dengan kerja, aku sanggup tidur duduk disebelahnya asalkan aku dapat lena dengan tenang.
"Haish sayang ni macam-macam. Hmm, sayang baring dulu. Kejap lagi abang naik. Abang nak kemas dapur kejap." Ujarnya dengan kepala digelengkan. Langkah membawa tubuh ke luar bilik.
Aku membetulkan posisi baringku dengan keadaan lebih selesa. Lima minit berlalu, Hijjaz masih belum naik ke atas. Mataku semakin layu tapi Hijjaz masih belum disisi. Bantal tidur Hijjaz aku ambil dibawa ke dalam pelukan. Haruman bantal itu aku sedut dalam-dalam. Ermm, bantal dia takdelah penuh dengan peta Malaysia yang selalu ada kat bantal-bantal orang lain. Hijjaz tidur sopan je.
Aku ni je yang tak ada bantal. Walaupun dalam bilik aku ada je bantal yang disediakan, aku jadikan ia sebagai benteng supaya aku tak jatuh katil. Dari kecik lagi aku tak suka tidur atas bantal. Aku ni kalau dah dapat tilam dengan selimut dah kira boleh tidur dah. Tapi macam biasalah ayat aku, sejak kahwin ni, aku dah ada bantal sado. Tilam pun jadi tak selesa kalau nak tidur kalau tak ada bantal sorang tu.
Mata yang semakin layu ditutup perlahan. Belum sempat terlena, tempat pembaringan sebelah aku terasa tenggelam sedikit. Bantal dalam pelukan aku diambil perlahan-lahan sebelum dia baringkan tubuh di situ. Tangannya menjalar masuk ke bawah leher dan dibawa ke dalam pelukan. Mendengar melodi indah jantungnya.
"Terima kasih abang." Gumamku perlahan sebelum aku terlena dengan mimpi.
FARISH HIJJAZ POV
AISHA yang berapa di dalam pelukan aku kemaskan.
"Sama-sama kasih sayang." Aku labuhkan kucupan di dahi licinnya sebelum kedua belah pipnya dikucup perlahan.
Mataku ralit melihat wajah tenangnya yang berada dalam pelukanku. Agak pelik dengan perangai Aisha sejak dua menjak ni. Nak bermanja selalu dengan aku walaupun aku tengah sibuk dengan kerja.
Nak kata mengandung, memang tak lah kan sebab dia baru period harini. Ataupun mungkin kesan perubahan hormone dalam badan membuatakan dia menjadi sebegitu. Mungkin la kan. Nasib hormone tu buat dia jadi manja. Kalau buat dia terlebih emosi, parah aku nak layan emosi wanita ni.
Tak kisahlah penyebab Aisha jadi manja dengan aku, yang penting Hanara Aisha yang berada depan aku ni, dalam pelukan aku akan sentiasa menjadi isteri aku sampai aku mati dan kalau boleh, aku mahu Tuhan panjangkan jodoh aku dengan Aisha sampai syurga.
Telefon bimbit yang bergetar di dalam poket menyentak aku. Aku longgarkan pelukan dan bangun dari katil menuju ke arah beranda bilik kami sambil tangan ligat mengeluarkan telefon dari poket. Aku tergelak perlahan melihat nama pemanggil di dada telefon
Baru tadi cakap pasal ibu, ni dah call. Rindu betul dengan anak perempuan dia.
"Assalamualaikum Ibu."
"Waalaikumusalam, Hijjaz. Ibu ni. Korang sihat ke kat sana?" suara bimbangnya menyapa gegendang telingaku. Risaunya ibu..
"Alhamdulillah sihat ibu. Kenapa ibu call ni? Nak cakap dengan Aisha eh?" soalku. Sebab tadi aku tengok log masuk banyak jugak selain listname aku, terselit nama ibu beberapa kali.
"Tadi ibu call anak bertuah tu banyak kali. Langsung tak berangkat! Mana dia Hijjaz? Risau ibu dibuatnya. Nasib kamu angkat telefon ni." Nada suaranya marah, tapi aku tahu, ibu sebenarnya bimbang.
" Aisha tidur ibu..."
"Tidur lagi waktu-waktu macam ni. Dah jadi bini orang dah pun. Ya Allah, nak kena cepuk budak ni." Bebel ibu. Aku hanya ketawa mendengarnya.
"Dia tak sihat ibu. Hijjaz call tadi pun dia tak angkat, tu yang Hijjaz terus balik rumah. Tengok-tengok dah pengsan terbaring depan pintu toilet."
"Pengsan? Dah ada isi ke tu Hijjaz?" aku tersenyum. Itu yang aku harapkan tapi kalau dah belum rezeki, nak buat macam mana kan.
"Tak adalah ibu. Senggugut dia teruk tu. Tak makan pula pagi tadi. Tu yang boleh pengsan tu. Ibu jangan risaulah pasal Aisha. Hijjaz ada boleh jagakan dia."
"Ya lah. Ibu letak telefon dulu ni. Nanti kalau ada masa balik la rumah ibu ni."
"Insya allah. Lagi 2 minggu Hijjaz bawak Aisha balik sana."
Selesai berbual dengan ibu, aku kembali masuk ke dalam bilik dan terus baring disebelahnya. Tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor.
SHI
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...