Danial membuka mata. Cerah yang samar-samar. Rasa lembut je tempat dia baring.
Danial duduk. Ohh dia sedang berbaring di sebuah katil king size. Cadarnya hitam. Sarung bantal hitam. Dinding seumpama dinding gua. Bilik tersebut hanya diterangi lilin-lilin yang sangat banyak di seluruh bilik.
"Wahh..." Danial teruja. Mana pernah dia tidur di katil yang sungguh selesa. Selalunya atas pelepah saja.
Danial duduk lalu memerhatikan keseluruhan bilik.Hiasan bilik yang luas itu sungguh ringkas. Segalanya bertemakan warna hitam. Dan juga bilik ini hanya diterangi cahaya lilin pelbagai saiz yang disusun di seluruh bilik. Ada lilin yang kecik,ada yang besar lengan, ada yang biasa, ada yang jenis wangi.
Danial bangun, dia lihat dirinya di cermin. Masih lagi memakai pakaian sebelum dia bunuh diri tadi. "Aku ni hidup ke tak?" Soal Danial pada diri sendiri.
"Oh, kau dah sedar."
Danial terkejut apabila seorang lelaki menegurnya. Lelaki tersebut berdiri di muka pintu. Danial berwaspada. "Siapa kau?" Soal Danial.
Lelaki itu melangkah masuk, cahaya lilin menyuluh susuk tubuh lelaki itu lalu terlihatlah wajah lelaki itu yang tampan. Pakaian lelaki itu agak misterius. Macam..macam ahli sihir.
"Aku Affi. Ahli sihir yang tinggal di bawah kolam renang." Ujar Affi. "Ahli sihir? Haha merepek ah kau. Dah zaman millenium ni mana ada ahli sihir dah.." Danial menggeleng, menganggap Affi hanya main-main. Affi hanya tersenyum.
"Rugi la kau Danial..muka kau sungguh tampan...." Affi mencuit dagu Danial. Danial pantas menepis. "....tapi kau miskin kan? Bahkan cinta kau ditolak gadis yang kau sukai, bukan?" Affi berkata-kata sambil mengelilingi Danial dan kadang kala mencuit tubuh Danial.
Danial menunduk. Dia mengeluh mengenangkan nasib malangnya. Dia bagaikan anak malang. Dari kecil dibuang. Kemudian tiada pula keluarga yang ingin menanggung hidupnya. Tinggal di rumah anak yatim dari lahir sehingga belasan tahun bukanlah pengalaman yang menyeronokkan. Setelah keluar, dia tidak punya apa-apa kelulusan untuk memohon kerja.
Danial sudah reda untuk membuat kerja perburuhan namun tiada yang mahu menerimanya bekerja. Entah mengapa. Itulah sebab Danial merasakan ada belenggu malang yang mengekori dirinya. Semakin kuat helaan keluh dilepaskan.
"Kau nak pikat Mina tu tak?" Soal Affi, memecah sunyi yang mengisi ruang udara sejak tadi. Danial agak terkejut. Lelaki ini bagaikan mahu membantunya. Bagaikan tiada ancaman yang akan tiba apabila Danial melibatkan dirinya dengan lelaki misteri itu. Danial pantas mengangguk.
"Aku boleh tolong tapi bersyarat." Ujar Affi. "Syarat? Apa syaratnya?" Soal Danial. Tiba-tiba muncul kembali rasa waspada terhadap lelaki aneh itu. "Syaratnya, kau kena ikut apa sahaja yang aku akan lakukan sebaik sahaja hajat kau aku tunaikan. Hajat kau mahu pikat Mina kan?" Soal Affi, memegang bahu Danial. Danial menggeleng. "Tak jadi la hajat yang tu. Aku ada hajat yang lain." Affi memasang telinga.
"Aku nak balas dendam terhadap Mina."
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...