Clara membaringkan jasad ibunya di sofa. Dia berpaling menghadap Affi dan Iefa.
"Saya kena uruskan hal pengebumian mak dulu. Takkan saya nak tinggalkan jasad mak macam ni saja..." Jawab Clara, hidungnya kemerahan kerana menangis. Affi dan Iefa berpandangan. Mereka baru sedar tentang hal yang satu itu.
Pengebumian.
Selalunya, setelah selesai mengambil roh, mereka akan terus beredar tanpa mengambil pusing tentang apa yang berlaku kepada mangsa mahupun keluarga mangsa.
Takda lah 'mangsa' sangat. Lebih kepada pelanggan kan?
"Okey... pengebumian selalunya ambil masa berapa lama?" Soal Affi, seakan naif tentang isu itu. Clara memandang hairan kepada Affi kerana Affi sepertinya bertanyakan soalan bodoh. "Sekarang dah petang. Jadi, paling lama malam esok dah selesai segalanya. Lagipun kami tiada ahli keluarga yang terdekat. Sewaktu pengebumian ayah dulu pun tak ramai yang hadir. Nampak sangat kawan sekadar untuk bekerja dan duit sahaja. Ah... tak apa lupakan. Jadi, kalau boleh saya akan selesaikan secepat mungkin." Jawab Clara.
"Baiklah..kau tau sendiri di mana markas kami kan? Jadi, aku harap selesai semuanya, kau boleh datang sendiri." Ucap Affi, menepuk bahu Clara.
Eh jap.
Affi tersedar sesuatu. "Masa mula-mula kau masuk markas tadi... macam mana? Tau tak pintu markas tu sekadar membran sihir yang hanya orang tertentu boleh tembus? Walaupun satu batu berada di permukaan membran tu, takkan boleh masuk dalam markas! Macam mana kau boleh masuk?" Soal Affi, penuh kesungguhan.
"Macam mana? Saya ikut arahan brosur ni je.." satu brosur dikeluarkan dari poket, lalu dihulurkan kepada Affi. Affi sambut segera dan telaah secara pantas. Pantas Iefa di sebelah dijeling. "Kau tulis mantera macam mana nak masuk dalam markas kat brosur ni?!" Membulat mata Affi memandang Iefa.
Iefa hanya selamba. "Kau rileks tak boleh ke? Bukannya semua orang nak cuba benda tu pun...." Iefa menjawab. Affi mengeluh, geram dengan perangai Iefa yang sukar difahami itu. Brosur diserahkan semula kepada Clara.
"Tu la sebabnya saya blur sekejap bila tiba-tiba berjaya masuk dalam markas." Clara melipat brosur lalu dimasukkan semula ke dalam poket. "Oi...cuba kau terangkan pada aku macam mana cara gunakan mantera tu?" Soal Affi tiba-tiba. "Hmmm... saya ikut peta kat brosur tu, bila saya tiba di bibir kolam tu, saya terhenti sekejap. Saya rasa nak patah balik sebab tak mungkin ada tempat menunaikan hajat di kolam renang terbiar, di mana airnya berlumut. Ketika itu, saya terperasan sebaris mantera di brosur itu. Saya sekadar mencuba, tak sangka pula berjaya." Jawab Clara. Dia tersenyum sedikit apabila bercerita.
Kesedihan dia terhadap kematian ibunya masih menebal namun dia tahankan di hadapan Affi dan Iefa. Nanti apabila mereka berdua sudah pulang, Clara akan meraung sekuat hati. Itu rancangannya.
"Okey lah begitu. Aku dengan Iefa akan kembali ke markas kami. Kau uruskan apa yang patut. Ingat! Pastikan kau datang ke markas aku setelah selesai semuanya." Tegas Affi. Clara mengangguk. Lalu, mereka berdua pulang ke markas dengan cara teleportasi.
---------
Affi duduk di sofa, lalu mencapai alat kawalan jauh. Butang on ditekan lalu Affi menonton seorang diri. Iefa sedang mandi.
Kadang-kadang Affi pelik jugak dengan Iefa sebab rutin harian dia macam manusia, macam...dia makan, minum dan rupa macam manusia, bezanya Iefa ada kuasa sakti. Bila difikirkan, Iefa ni macam setaraf saja dengan Affi. Tapi Affi diamkan saja, bila teringatkan Iefa pernah kata yang dia tu separuh syaitan, separuh manusia. Affi iyakan saja.
Sedang asyik menonton, sofa bertentangan Affi diduduki Iefa. Hanya memakai bathrobe dan rambut dililit tuala seperti serban. Affi malas nak pandang. Baik pandang televisyen daripada hadap Iefa yang dah rosakkan hidup dia dan tak habis-habis buat perangai pelik-pelik. Dan menyakitkan hati.
"Dah berapa tahun eh kau warisi sihir aku?" Soal Iefa. Affi mencebikkan bibir, tanda dia tak tahu. "Aku rasa ada jugak dalam 50 tahun kan?" Iefa tanya lagi. Affi masih mencebik bibir. Diam sahaja malas mahu melayan. "Maknanya lama jugak dah berlalu peristiwa dengan Dira dan Jwanita tu. Hmmm..." Iefa mengurut dagu. Affi yang sedang baring mengiring, menampung kepala dengan lengan, hanya menjeling Iefa.
"Kenapa sejak kebelakangan ni kau asyik sebut-sebut nama diorang?" Soal Affi, tak senang. "Hmm... sebab aku rasakan sesuatu. Sesuatu yang mustahil tapi boleh berlaku kalau betul caranya." Jawab Iefa, bernada tidak pasti. "Boleh straight to the point tak?" Soal Affi, dia sudah duduk menghadap Iefa kerana geram dengan putar belit ayat Iefa.
"Aku tak boleh jelaskan sekarang. Kalau benda tu berlaku, aku akan cakap. Tapi harapnya tak berlakulah." Iefa sengih. Sengih yang Affi tak suka. Apatah lagi bila tak jelaskan sampai habis. "Hei..." seru Iefa tiba-tiba,"Aku nak sampaikan satu cerita yang kau boleh pandai-pandai kaitkan dengan persoalan tadi.." Iefa tarik nafas, mahu memulakan cerita. Affi agak tertarik namun riak wajah dikawal.
"Macam yang kau tau.. aku separuh manusia. Iaitu mak aku manusia. Mak aku serahkan aku pada ayah aku, lama lepas tu mak aku kahwin lain. Kahwin yang betul punya, maknanya manusia sama manusia la. Kemudian, dia dapat seorang anak perempuan. Secara teknikalnya, dia adik tiri aku. Aku tak selalu berhubungan dengan adik aku tu tapi kadang-kadang aku jumpa dia senyap-senyap dan ajar dia ilmu sihir. Masa mula-mula tu dia terkejut jugak tengok aku sebab rupa aku hodoh.."
"..tapi dia dah biasa lama-lama. Memandangkan aku ni pun separuh manusia, tahap kehebatan aku taklah tinggi mana, jadi adik aku tu boleh adapt dengan sihir yang aku ajar. Lama-lama dia dah pandai gunakan kuasa yang dia dah belajar tu. Semakin dia dewasa, dia jadi doktor yang terkemuka di beberapa negeri. Orang semua suka perawatan dia. Padahal aku tau, dia sikit-sikit guna sihir yang dia dah belajar dengan aku. By the way, bawah adik aku yang doktor ni, ada lagi sorang adik yang bawah dia. Means aku ada dua adik tiri..."
"Boleh tak kau sebut nama? Pening la nak tau mana adik yang doktor, mana yang adik bawah doktor.." Affi mencelah. Iefa sengih, lalu menggeleng, "Tak nak. Aku nak kau main teka-teka."
"Okey aku sambung. Aku namakan adik tiri aku yang doktor sebagai Kakak and lagi sorang sebagai Adik. Pada satu hari, aku diminta untuk tunaikan hajat pelanggan aku untuk bunuh Adik. Aku tak keberatan pun memandangkan tu memang kerja aku kan? Maka, aku pun buat macam biasa. Cara yang sama aku aplikasikan pada Dira. Kakak cuba pulihkan Adik tapi tak berjaya. Sihir dia takkan dapat lawan kesaktian syaitan aku. Maka, Adik pun mati di pangkuan Kakak. Kakak sangat marahkan aku sebab aku bunuh Adik. Tapi aku ketawa je la. Nak buat macam mana? Dah kerja kan? Lalu, aku pun blah tinggalkan dia nangis." Iefa bangun dari sofa.
"Aku dapat rasakan...sekarang sihir yang Kakak pernah belajar tu... dia dah berjaya buatkannya lebih berkuasa. Macam boleh kalahkan kesaktian aku. Apatah lagi lepas aku ulangi benda sama pada Dira. Aku dapat rasakan benda yang sangat tak best akan berlaku. Tapi aku harap tak berlaku. Okey lah, aku nak tidur. Harap kau faham la cerita aku tu." Iefa mula menapak pergi.
"Kau maksudkan Kakak tu sebagai Jwanita ke?" Soal Affi, mahukan jawapan segera. Namun Iefa sudah hilang masuk ke dalam bilik. Affi merengus. Alat kawalan jauh ditekan-tekan tanda geram.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasiaTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...