30: Mystery Girl (iv)

568 57 20
                                    

Clara mengeluarkan anak kunci dari dalam kocek, lalu membuka mangga sebesar penumbuk di pagar utama. Pagar ditolak lalu mereka bertiga melangkah masuk. Iefa dan Affi berjalan di hadapan. Clara mengunci semula pagar lalu mengikut jejak langkah Iefa dan Affi.

Di hadapan mereka kini ialah sebuah rumah banglo dua tingkat yang kelihatan mewah namun suram. Pokok-pokok dijaga rapi, tumbuh merimbun memberi efek redup kepada sekeliling rumah. Laluan pejalan kaki elok dibina terus ke hadapan pintu rumah.

Mereka tiba di depan pintu dan Clara membuka kunci pintu rumah.

Ketat betul keselematan rumah ni. Mangga kat pagar tadi kalau kena kat kepala, mau meninggal tang tu jugak.

Mereka pun menapak ke ruang tamu. Susunan perabotnya sungguh kemas. "Akak tengok semuanya kemas dari dalam sampai luar..." Iefa bersuara, matanya melilau di sini sana, "...kamu ke yang kemas?"

Clara menggeleng, "Orang gaji. Tapi dia cuti 2 hari ni. So, sepah sikit. Oh, saya ke dapur sekejap, buatkan air untuk akak abang berdua." Clara berlalu ke dapur.

Tak nampak macam budak kaya pun dia ni.

Sesaat dua Affi dan Iefa senyap. Tiada topik antara mereka. Televisyen ada di hadapan mereka namun mereka bukanlah peminat hiburan dalam negara. Jadi, sunyilah suasana di ruang tamu itu.

"Kau ingat Dira lagi tak?" Soal Iefa tiba-tiba. Affi tersentak. 'Jadah dia mention nama perempuan tu?'

"Hmm...ingat. Kenapa?" Soal Affi. Di pihak Affi, tiada apa getaran jiwa atau rasa berdebar sedikit pun apabila nama itu disebut. Sekadar rasa serba salah yang wujud kerana sikap terburu-burunya puluhan tahun dahulu.

"Jwanita pulak? Ingat?" Soal Iefa, lagi. Affi angguk, "Ingat je. Kau dah kenapa tanya aku nama orang-orang tu?" Soal Affi. "Aku ada rasa sesuatu la..." Iefa menunduk, "...yang tak best"

Affi baru mahu menyoal lanjut tapi Clara sudah muncul dengan minuman di atas dulang. Bicara ringkas mereka berdua terus terpadam.

Hamboi cepat betul dia bancuh air.

Gelas dicapai lalu minuman dicicip sedikit oleh mereka berdua. Sedap. Lalu satu gelas terus diteguk. Habis minuman di dalam gelas mereka. "Okey, saya pergi bilik mak jap. Nak bawak dia ke sini." Clara berlalu pergi meninggalkan mereka, buat kali kedua.

Apabila dirasakan Clara sudah agak jauh, Affi menyiku lengan Iefa. "Sambung la pasal tadi tu." Affi mahu topik tadi diteruskan. Namun Iefa hanya menggeleng. "Nanti pun boleh. Bukannya aku mati pun." Jawab Iefa.
"Oh. Wei Iefa. Cakap pasal mati kan... bila aku akan mati eh?" Soal Affi.

Mesra pulak si Affi ni nak bawak sembang.

Iefa menoleh memandang Affi dengan pandangan 'Kau ingat aku Tuhan tahu ajal maut semua?'

Iefa hanya menggeleng, lalu menjawab soalan Affi. "Selagi kuasa sakti tu kau guna, selagi tu kuasa sakti tu takkan luput dan selagi tu la kau takkan mati. Faham?". Affi mengangguk umpama anak kecil. Suasana kembali senyap.

"Haa tu la orang yang akan tolong tunaikan hajat mak tu." Kedengaran sayup-sayup suara Clara bercakap dwnganseseorang di kejauhan. Kedua-dua mereka menoleh dan melihat Clara sedang menolak seorang wanita warga emas di atas kerusi roda menghampiri mereka berdua.

Wanita tua itu berambut putih.

Tapi Affi tak pasti tu memang putih rambut wanita tua itu atau itu adalah uban."Berapa umur mak kau?" Soal Affi. Clara membuat kira-kira sedikit di dalam kepalanya, lalu disebut, "75 tahun"

Affi berdebar. Dia harap tekaannya betul.

"Jom lah duduk kat sofa ni. Kita bincang apa hajat makcik ni." Sapa Iefa, mesra. Lalu mereka pun berkumpul di sofa. Iefa yang dekat dengan makcik tua tu menggenggam tangan makcik itu. Sesaat Iefa memandang wajah makcik itu dan menilai. 'Dia ni walaupun tua, still nampak sisa kecantikan dia time muda.' Iefa kagum."Apa nama makcik ya?" Soal Iefa. Dia menatap mata makcik tua itu yang jelas terdapat katarak.

"Elis..." jawab makcik itu.

Iefa biasa sahaja namun Affi terpempan. 'Kebetulan ke? Nama.. umur... rambut putih.. ciri-ciri tu sama dengan mak aku..' bisik hati Affi. 'Tapi kalau betul ni mak aku... aku nak buat apa? Peluk cium dia? Bawak balik markas? Pastu buat apa? Sediakan makan pakai dia? Buat apa, sedangkan dia hidup mewah kat banglo ni?' Affi masih berbisik di dalam hati.

"Mak...bagitau la apa hajat mak pada diorang." Clara berbisik di telinga Makcik Elis. Makcik Elis mengangguk, menarik nafas lalu mula bercerita.

"Lebih kurang 67 tahun dulu, makcik telah melahirkan seorang bayi lelaki. Tapi makcik belum kahwin lagi ketika itu. Jadi, bayi lelaki tu anak haram la kiranya. Makcik serahkan anak itu kepada ayah angkat pakcik sebab makcik masih muda, tak ada pendapatan tetap. Makcik berjanji akan tuntut budak lelaki itu ketika usia dia 18 tahun. Makcik yakin di usia itu anak lelaki makcik dah matang untuk terima hakikat dan makcik pun dah ada pendapatan yang tetap."

Mereka bertiga setia mendengar (Clara pun first time dengar cerita ni)

"Tapi bila tiba masanya, makcik datang nak tuntut anak makcik tapi ayah angkat makcik kata dia dah tak balik-balik sejak tahun sebelumnya. Makcik sangat terkilan sebab makcik rasa makcik terlambat. Makcik dah berangan nak hidup bahagia dengan anak lelaki makcik memandangkan makcik dah kahwin dengan seorang lelaki kaya. Makcik nak sangat beri segala kesenangan untuka anak makcik tu. Setiap tahun makcik akan kembali ke kampung, bertanya sama ada anak makcik tu dah balik ke belum. Tapi sampai sekarang tak ada khabar berita." Makcik Elis sudah menitiskan air mata yang entah ke berapa juta.

"Jadi, hajat makcik ialah beri peluang untuk makcik jumpa anak makcik. Sama ada hidup atau mati. Tapi kalau mengikut perkiraan makcik, anak makcik sudah berumur 67 tahun. Jadi makcik tak yakin dia umur panjang atau tak." Makcik Elis akhirnya menyuarakan hajatnya.

Semua di ruang tamu berpandangan sesama sendiri. Di dalam hati Affi, kegembiraan sudah tidak dapat diukur lagi. Dia kini yakin itu emaknya. Emaknya yang difitnah. Emaknya yang terpaksa membawa diri sehingga mereka berdua terpisah berdekad lamanya.

"Umm....mak...apa nama anak mak tu?" Soal Clara. Makcik Elis memandang mereka bertiga selang-seli, walaupun mereka yakin makcik itu tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas.

"Nama dia Affi." Lalu Iefa dan Clara melopong, memandang Affi yang tersenyum penuh gembira.

Sorry hiatus lama😭😭
Btw harap puas hati ya.

Oh hey! Welcome NEW FOLLOWERS!!!!!!

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now