Dira dan Jwanita cuba melepaskan diri daripada genggaman makhluk gergasi itu. "Affi! BANGUN!" Dira berulang-ulang kali menjerit memanggil Affi sejak ahli sihir berambut putih itu tidak sedarkan diri. Namun jasad kaku Affi hanya tergoyang-goyang mengikut arah tangan gergasi itu. "Dia.. dia dah mati ke kak?" Dira memandang Jwanita yang digenggam bersama dirinya. Riak wajah Jwanita murung, sedih, kecewa. "Tapi macam mana dia mati?" Jwanita bercakap pada diri sendiri.
Dira hampir menangis. Buah hatinya, kini kaku dalam genggaman makhluk gergasi itu.
"AFFI!! BANGUN!!!" Dira meneriak sekuat-kuat hati. Jwanita memandang sedih ke arah Jwanita. Dia faham perasaan Dira. Tapi dia pun taktau nak buat apa. Tiba-tiba sahaja roh Affi bagaikan hilang dari tubuhnya itu. Dira dan Jwanita akhirnya senyap. Makhluk gergasi itu ketawa melihat semangat pihak lawannya lemah dan bersedih sebegitu.
"Kamu semua dah kalah! HAHAHAHA! Siapa yang le-"
PANG!
Kepala gergasi itu terteleng, serangan tanpa dijangka itu menyebabkan gergasi itu melepaskan genggaman ke atas Jwanita dan Dira. "Siapa yang serang aku- EHH?" Gergasi itu terkejut melihat Affi sedang tersengih bangga dalam genggaman tangannya. Jasad Affi yang kaku tak bernyawa tadi tiba-tiba sahaja kembali hidup. Affi kelihatan menggayakan tangannya seperti menembak. Ya, Affi yang menyerang hendap gergasi itu ketika dia leka tadi. "Yang dua orang tu kau lepaskan, aku ni kau genggam lagi apahal?!" Affi menengking. Affi menembak lagi cahaya sakti dan berjaya melepaskan diri.
Gergasi itu mula berang. Dia cuba menuju ke arah mereka bertiga dengan marah namun sesuatu tak diduga berlaku. Tubuh gergasi itu tiba-tiba mencair dan gergasi itu semakin mengecil. Affi hanya berdiri dengan gah di hadapan gergasi itu. "Ap-APA YANG SEDANG BERlaku ni!!" Suara gergasi itu semakin kecil sama seperti saiz badannya. "Batu permata kau dah pecah Iefa. Kami menang." Affi senyum bangga.
Dira dan Jwanita di belakang Affi kagum dengan kejayaan yang dibawa Affi. Mereka mengagak, sudah pasti Clara yang memecahkannya kerana gadis cantik itu tiada di medan perang mereka pada waktu ini. Gergasi itu mencair dan mencair dan terus lenyap. Hanya tinggal kesan bagaikan minyak hitam di tanah itu. Kelibat Iefa juga tiada, kerana gergasi itu lah Iefa. Iefa hanya lah syaitan lemah yang amat mudah ditumpaskan, asalkan betul caranya. Jikalau dari awal Affi tahu bahawa batu permata itu menyimpan kuasa dan nyawa Iefa, sudah lama Affi pecahkan dan melepaskan diri dari genggaman Iefa.
Perlahan-lahan, Affi merasakan perubahan dalam badannya. Semacam 'kunci' Iefa pada dirinya beransur hilang sama seperti Iefa. Affi senyum. Dia puas hati. "Kita menang." Affi ucapkan kepada Jwanita dan Dira di belakangnya. "Jom lah pulang. Segalanya dah selesai." Jwanita mengajak, menepuk bahu Affi, mesra sekali. "Kejap. Apa kata kita kutip minyak-minyak ni? Manalah tau dia boleh hidup balik kalau minyak ni ditinggalkan begitu sahaja?" Dira memberi cadangan. "Paranoid." Affi ketawa, diikuti dua lagi wanita itu.
Affi teleport botol kaca dari markas ke lapangan auditorium itu dan mereka mengutip minyak-minyak itu. Geli-geleman mereka apabila terfikir yang itu asalnya merupakan jasad Iefa.
--------------
"Selesai sudah semuanya?" soal Clara dengan teruja apabila mereka bertiga pulang ke markas. Affi angguk. Clara, Dira dan Jwanita berpelukan dengan gembira. Affi tidak menyertai mereka. Affi ke satu sudut dan meletakkan botol kaca berisi 'Iefa' dan memateri dengan mantera yang perlu. Nasib baik lah Iefa ada mengajarnya mantera, tidaklah dia hanya bergantung pada kuasa Iefa. Affi berharap, Iefa tidak akan kembali, buat selama-lamanya.
Affi melihat sekeliling markas dan segalanya kelihatan biasa. Tiada yang ghaib. Segala peninggalan Iefa ada di markas itu. Affi senyum. Dia berpuas hati. Kalau bukan disebabkan keberanian Jwanita dan Dira dalam menangani masalah ini, sampai bila-bila pun dia kan tersekat bersama Iefa. Affi ke kolompok tiga gadis itu semula setelah selesai memateri 'Iefa'.
"Affi, kita ada satu masalah." Jwanita membuka mulut apabila Affi menghampiri. Affi yang terasa dadanya sudah lapang dari segala masalah, kini terasa sempit semula. "Apa? Masalah apa lagi?" Affi menggaru-garu belakang kepalanya. "Kuasa sakti kau dan Dira akan luput jika tak digunakan." Jwanita berpeluk tubuh. "Habis tu? Biar saja lah. Bukannya kami perlukan kuasa sakti dah sekarang ni." Affi memberi pendapat. "Kalau kita semua dah tak ada kuasa sakti... kita akan menua. Jadi tua ke umur asal kita semua. Dalam masa yang singkat. Mungkin minggu depan... mungkin juga esok." Jwanita menerangkan.
Affi dan Iefa berpandangan. Ada riak risau. Mereka sudah lama dalam jasad muda mereka, dan menjadi tua dalam masa yang singkat atau pun secara tiba-tiba bukanlah suatu yang bagus. Mereka boleh menerima hakikat untuk menjadi tua tetapi pada kadar masa seperti manusia biasa. Mereka mahu meluangkan masa yang tergadai dahulu bersama-sama.
"Jadi, apa kita kena buat? Nak guna kuasa ni macam mana lagi?" soal Affi. "Kita sambung kerja kau. Kita tunaikan hajat manusia." Jwanita memberi pendapat. "Tapi itu perbuatan jahat! Membunuh!" Affi pantas membangkang. "Aku sudah cukup serik menunaikan hajat manusia yang remeh temeh tapi nyawa mereka menjadi gadaian! Aku tak mahu tapi dulu aku terpaksa. Aku tak mahu benda tu berulang!" sambung Affi. Clara datang menunaikan Affi.
"Kita tak perlu ambil nyawa mereka. Kita hanya perlu tunaikan hajat mereka dan ambil bayaran. Duit boleh... dan..." Jwanita berfikir sejenak, "..benda yang berharga pada mereka pun boleh. Asalkan hajat mereka tertunai dan kita akan melambatkan penuaan kita." Jwanita menyarankan. Dira dan Affi diam sekejap. Semacam tidak mahu bersetuju tapi rasanya cadangan Jwanita sahaja yang sesuai dengan keadaan.
"Baik, setuju." Serentak Affi dan Dira menjawab.
---------------
Kini, Jwanita, Affi, Dira dan Clara tinggal sebumbung. Di mana lagi kalau bukan markas tinggalan Iefa itu. Lokasi nya strategik betul untuk persembunyian sekaligus dijadikan tempat tinggal. Segala macam kelengkapan sudah ada, apa lagi mahu ditambah pun tak tau. Affi dan Dira sudah berkahwin minggu lepas, beberapa hari selepas mereka berjaya menumpaskan Iefa.
Mereka kini menjadi buah mulut kerana servis menunaikan hajat yang diuar-uarkan. Clara merupakan 'tukang iklan' kerana dia merupakan manusia paling normal dalam kalangan mereka. Clara cuba mencucuk jarum dengan menyelitkan kisah-kisah tentang servis menunaikan hajat semasa berbual dengan sesiapa sahaja. Sudah semestinya ramai yang tak percaya, ya lah, dunia moden kan? Tapi Clara meneruskan juga strategi itu. Pasti akan ada satu dua orang yang mempunyai keinginan untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik khabar angin servis menunaikan hajat.
Clara sedang berehat di tepi kolam renang terbiar itu bagi menikmati cahaya matahari. Tiga orang lagi tu memang lah boleh tak kena cahaya matahari sebab ada kuasa magis. Dia hanya manusia biasa, perlukan cahaya matahari untuk Vitamin D. Air kolam terbiar itu sudah bersih. terima kasih kepada Affi yang mencucinya. Ya, walaupun ada kuasa magis, takkan la mencuci pun nak guna kuasa kan? Kena lah guna kudrat juga. Clara termenung di gigi kolam mengenangkan segala yang berlaku. Segalanya sungguh drastik. Dari waktu emaknya meninggal, kemudian mengetahui Affi itu abang kandungnya, kemudian menyaksikan sendiri pertempuran dengan makhluk gergasi. Segalanya bagaikan mimpi.
"Umm.. maaf mengganggu..." satu suara menyapa Clara. Clara menoleh ke belakang dan melihat seorang perempuan sedang memegang brosur yang amat dikenali. Brosur yang Clara buat untuk mempromosikan servis menunaikan hajat mereka. Perempuan itu seperti sama umur atau sedikit tua daripada Clara. Clara bangkit dan senyum manis pada perempuan itu. "Awak datang untuk hajat ditunaikan ya?" soal Clara dengan mesra. Perempuan itu mengangguk dalam ketidakpastian. "Awak datang ke tempat yang betul. Mari." Clara menghulurkan tangannya kepada perempuan itu. Sebaik tangan Clara disambut perempuan itu, mereka teleport ke dalam markas.
Affi, Dira dan Jwanita menyambut perempuan itu di dalam markas. Mereka akan tunaikan hajat perempuan itu. "Betul ke sini yang dinamakan The Witch? Tempat menunaikan hajat?" Perempuan itu menunjukkan brosur kepada Affi. Affi mengangguk dan menjawab, "Ya, kamilah The Witch. Nama saya Affi. Boleh saya tau hajat awak?"
THE END
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...