26: Iefa (iii)

761 58 4
                                    

Sedih di hati tak tertahan lagi. Iefa tidur di dalam markas sehinggalah pagi keesokannya.

Kegagalannya dalam menghasut manusia ke arah kejahatan..

Berita kematian ayahnya yang berpunca kerana penderhakaannya..

Ungkapan benci ibunya di dalam surat yang baru diterimanya..

Segala rasa bercampur-baur di dalam dada. Sudah terlalu banyak air mata yang Iefa alirkan. Bahkan dia tertidur malam tadi kerana terlalu letih menangis. Terasa bagaikan segala usahanya sia-sia sahaja. Iefa mengambil keputusan untuk ke sebuah taman di bandar. Dia ingin mencari ilham untuk menghasut manusia, buat kali terakhir paling tidak pun.

Iefa berjalan-jalan di sekeliling taman itu. Tangan dihangatkan di dalam jaket kerana kesejukan yang lebih sedikit pada pagi itu. Iefa berjalan selangkah..demi langkah..penuh lemah. Setiap orang yang berselisih dengannya begitu berbeza dengannya.

Dia murung, bermuram durja.

Mereka pula tersenyum, bersuka ria.

Iefa duduk di kerusi kayu di tepi taman. Setiap tingkah laku manusia di taman itu diperhati. Saat itulah dia mula berfikir kembali berbagai-bagai perkara.

Kalau aku tak curi tongkat sakti tu..
Aku takkan tinggalkan rumah
Aku takkan berubah jadi manusia...
Aku takkan gagal sebegini teruk..
Aku takkan menyebabkan kematian bapa...
Aku takkan dibenci ibu..
Aku takkan diharamkan daripada menjejak rumah...
Aku takkan bersedih sebegini..

Iefa mengangkat kaki naik ke atas bangku, dirapatkan ke dada lalu dipeluk. Tiada lagi air mata yang mampu dialirkan. Kesedihan sudah pergi. Hanya penyesalan yang tinggal kini. Wajahnya disembamkan ke lutut.

Sebenarnya, bukan sahaja kerana perkara-perkara yang dipersoalkan tadi yang benar-benar menjadi permasalahnnya. Masalah sebenarnya ialah.. Iefa akan mati jika dia tidak dapat menghasut manusia ke arah yang salah. Iefa perlu menghasut paling tidak seorang manusia dalam suatu tempoh, barulah hayatnya sentiasa ada. Apabila suatu manusia berjaya dihasut, sedikit 'kuasa' dari tubuh manusia itu akan Iefa sedut, dan itulah sumber Iefa untuk terus hidup.

Seriously.. syaitan mati?
Ni syaitan vulnerable. Kena ada punca kuasa baru leh teruskan hidup.

"Kau pernah dengar pasal wishing well?" Kedengaran soalan itu dilantunkan oleh seorang gadis kepada kawannya, yang sama-sama berjalan di taman itu. Si gadis yang bertanya soalan itu, rambut panjang, diikat gaya kuda.

"Wishing well? Oh.. perigi yang boleh tunaikan hajat tu ke? Yang... kita kena baling duit syiling.. pastu hajat yang kita sebutkan akan tertunai. Yang tu?" Jawab rakannya, berambut pendek.

Iefa rasa tertarik. Kepalanya diangkat, deria pendengarannya ditajamkan, mahu mendengar lebih lanjut intipati perbualan pasangan kawan itu.

"Tapi perigi tu ada kat luar negara je. Kenapa negara kita tak buat?" Rungut si rambut ikat kuda.Rakannya yang berambut hanya tertawa, tidak menjawab apa-apa. Itu sahajalah yang dapat Iefa dengar kerana pasangan kawan itu sudah melepasi tempat dia duduk. Iefa tersenyum sedikit.

"Tunaikan hajat? Menarik..."

-------

Sejak itu, Iefa telah menjadikan markasnya sebagai tempat menunaikan hajat. Sesiapa yang mahu hajat mereka ditunaikan, mereka akan terjun ke dalam lombong itu, bagi bertemu Iefa.

Cara ini sangat mudah bagi Iefa. Iefa hanya perlu mencanangkan ke seluruh pelosok bandar tentang kewujudan suatu markas yang boleh menunaikan hajat, dan ramai yang tertarik dan terpengaruh.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now