42: Finale (ix)

276 22 7
                                    

Clara ketakutan. Dia memerhatikan dari kejauhan di mana Affi, Jwanita dan Dira sedang duduk di atas tanah berdebu, berhadapan dengan makhluk gergasi yang bagaikan tiada jasad konkrit. Gergasi itu macam debu-debuan hitam yang membentuk gergasi besar yang menggerunkan. Clara takut. Dia ditinggalkan seorang di kerusi di mana dia diikat. Affi dan Jwanita berlari ke Dira yang melayang jatuh tadi, mereka terlupa akan Clara yang terikat, tak mampu melepaskan diri.

"Aduhh... ikat aku macam penculik betul. Ikat acah-acah sudah lah, sekadar nak bagi Kak Iefa percaya saja kan. Macam mana ni.. macam mana ni..." Clara cuba meleraikan ikatan tali tapi susah. Kulitnya cerah memudahkan kesan-besan birat tali kemerahan muncul di tangan. Clara menyumpah seranah.

"KAU CARI BATU PERMATA TU YA?" Suara gergasi itu memenuhi lapangan bagaikan auditorium tersebut. Affi dan Jwanita terundur sikit, Dira mengesot. Affi dan Jwanita berdiri bagaikan membentengi Dira, menunjukkan bahawa mereka tidak gentar. Makhluk itu tersengih sinis. "Mana Iefa?" Soal Affi, tangannya tersedia pedang sakti. Mereka berada dalam posisi sedia. "AKU LAH IEFA! MAKHLUK GERGASI YANG KAU LIHAT SEKARANG NI!" Sekali lagi gema suara memenuhi kawasan itu.

"Apa kau fikir si cantik manis berbadan menggiurkan itu tubuh sebenar aku kah? Adakah wujud syaitan secantik dan sesempurna itu? INI TUBUH AKU YANG SEBENAR! Aku lah anak syaitan teragung di dunia aku!" Gergasi itu membongkak. Affi terlepas tawa kecil. Gergasi itu memandang Affi dengan marah, "KAU KETAWA KENAPA!!!" Tangannya yang gergasi itu menghentam tanah dan mereka semua terpelanting. Jwanita sempat menangkap Dira dan mengurangkan kecederaan Dira.

Affi dapat membaca pergerakan Iefa, makanya dia sudah melompat sebelum gelombang tanah menghentamnya. "Kau tak kuat mana lah Iefa! Kekuatan kau sekadar sekuat bomoh terhebat di dunia ini. Tak lebih daripada itu! Bahkan kau hanya bergantung pada batu permata yang kau curi daripada bapak kau dulu! KAU YANG LEMAH SEBENARNYA!" Affi mencabar. Perbezaan saiz mereka sudah semestinya membuatkan Affi gentar, namun disembunyikan di hadapan musuhnya.

Sementara itu, Clara terjatuh dari kerusi di mana dia terikat dan tersembam ke bumi kerana hentaman oleh gergasi Iefa tadi. Kerusi tersebut sehingga patah kerana daya hentaman yang sungguh kuat. Clara cuba melepaskan diri dan kalini dia berjaya. Digosok-gosok bahagian pergelangan tangan yang pedih kerana terikat dan Clara cuba berdiri. Dia tak tahu nak buat apa sekarang, nak sertai perlawanan itu atau lari?

"AKU LEMAH?!!" Gergasi Iefa menghentam Affi dan jasad Affi terperosok ke dalam bumi. Apabila tangannya diangkat, dilihat hanya bumi merekah yang tinggal, jasad Affi tiada. "Cari aku ke?" Affi muncul di belakang gergasi itu. Gergasi itu menoleh dan tanpa sempat melawan, suatu medan kuasa sakti memukul padu kepala gergasi itu. Gergasi Iefa terjatuh ke bumi. Affi yang terapung di udara, perlahan-lahan turun ke tanah.

"Aku dah kata kau lemah." Affi mula melangkah ke arah gergasi itu, mahu menghapuskan terus. Tiba-tiba gergasi yang besar itu hilang dari pandangan. Ghaib! Affi dalam posisi sedia. Dia memandang ke kiri kanan atas dan bawah. Jwanita dan Dira juga dalam posisi sedia. Dira sudah boleh bangkit berdiri semula. Semangat juangnya kuat. Mereka perlu tamatkan semua ini. Kesemua mereka sudah bersedia dengan mantera sakti masing-masing. Mata melilau ke sana ke mari.

Senyap.. tiada langsung tanda-tanda gergasi itu di dalam kawasan lapang auditorium itu.

"Takkan dia lari kot?" Affi tersengih. Di saat Affi leka, Jwanita menjerit, "AFFI!! ATAS KAU!!" BAMMMM!!!

Gergasi Iefa muncul entah dari mana dan menghentam Affi. Debu-debu berterbangan di udara. Clara yang melihat dari kejauhan menekup mulut menahan jerit. Abang kandungnya dihempap gergasi hodoh di depan matanya. Hampir menitis air matanya melihat situasi itu.

"HAHAHAHAH!!! MATI LAH KAU!!!" Gergasi itu bangkit semula dan terkejut melihat Affi berada di dalam satu bola sakti. "Mati? Siapa mati?" Dira ketawa galak. Dia mengawal bola sakti di mana Affi berada dan mengangkatnya ke sisi. "Sempat." Jwanita senyum, menepuk bahu Dira tanda memuji. "Jom lah habiskan. Letih asyik lawan lama-lama." Affi mengajak, api sakti berwarna biru muncul di tangannya. "Bila dia dah lemah, kita balik dan pecahkan batu permata yang sebenar di markas." Affi memberi arahan, Dira dan Jwanita mengangguk. Salah seorang daripada mereka tidak boleh meninggalkan perlawanan itu kerana pertahanan akan menjadi lemah.

Dengan pantas, Affi berlari ke arah gergasi itu dan menyerang ke sebanyak mungkin 'spot' yang boleh di tubuh gergasi itu.

Dira dan Jwanita menyertai. Mereka turut menembak-nembak dan menyerang gergasi itu. Segala macam bola sakti dan api sihir di tujah-tujah ke tubuh gergasi itu. Gergasi Iefa mula rimas. Kemarahannya memuncak. "SUDAHHHH!!!" Gelombang tenaga dilepaskan dari tubuhnya, terpelanting lagi mereka bertiga ke tanah. "Terima kasih atas sumbangan anda semua... MUAHAHAHA!!!" Gergasi Iefa ketawa besar lagi. Debu-debu di sekeliling menyelaputi tubuh gergasi itu, membentuk gergasi yang lebih besar!

"Dia....dia serap kuasa kita?!" Dira bagaikan tidak percaya. Situasi ini sungguh tidak dijangka. Mereka tidak berlatih untuk situasi ini. Mereka langsung tidak menjangka sesuatu di luar jangkaan mereka akan berlaku. Backup plan mereka juga tidak dapat membantu mereka pada ketika ini. Makhluk itu semakin membesar dan merisaukan. Affi, Dira dan Jwanita terasa kosong. Mereka rasa tiada yang mampu mereka lakukan saat ini. "Apa perasaan kalian semua sekarang haa?? HAHAHAHAHA! Aku akan hapuskan kalian sekarang juga-"

Pap!

Satu batu kecil mendarat di tubuh makhluk gergasi itu. Kata-kata gergasi terpotong. Gergasi dan mereka bertiga serentak memandang ke arah punca batu itu dibaling. Clara berdiri tidak jauh dari mereka. "Oh oh... Aku dah salah buat pilihan ni" Clara terkedu. Dia tidak berfikir panjang apabila membaling batu itu tadi. Sekarang dia menyesalinya. Pada ketika itu, Affi tersedar sesuatu, "Oh shi- yes! Clara!"

Gergasi besar itu beralih ke arah Clara. Clara dengan pantas berlari, namun jejak langkah nya yang kecil tidak mampu menandingi tapak kaki gergasi makhluk itu. Clara ditangkap. Makhluk itu berpatah balik dan menggenggam Affi, Dira dan Jwanita pula. Mereka cuba melawan namun mereka tiada daya. Makhluk itu terlalu besar buat mereka.

Affi cuba melepaskan sebelah tangannya dari genggaman makhluk itu dan menembak suatu cahaya sakti ke arah Clara. Sepantas kilat, tubuh Clara hilang dari pandangan. "Kau buat apa Affi?!" Jwanita memekik. Dira sungguh terkejut sehingga tidak terkata. Tapi jasad Affi kelihatan kosong. Bagaikan kosong. Mati mungkin. Jwanita dan Dira berpandangan sesama sendiri, apa jadi pada Clara dan Affi? "Wah! KAU BUNUH ADIK KAU SENDIRI! LENYAP TERUS DARI MUKA BUMI! HHAHAHAAH! Begitulah yang akan aku buat pada kamu semua!"

Mereka bertiga telan liur. Mungkin mereka memang tidak ditakdirkan untuk menang.

-----------

Clara buka matanya. Dia terkejut melihat dia berada di markas. Dia meraba-raba seluruh tubuh dan dia melepaskan nafas lega kerana dia masih hidup. Debu-debu masih ada dan pergelangan tangannya juga kemerahan. "Clara!" Affi menegur di sisi Clara. Clara terjerit kecil. "Cepat ke bilik Iefa! Ambil tongkat sakti di bawah katil dia!"

"Kejap apa yang tengah berlaku ni!" Clara bingung. "Abang hantar kamu teleport ke markas ni. Abang hanya boleh teleport orang lain secara fizikal, tapi kalau untuk diri sendiri, hanya roh abang yang boleh. Abang tak boleh sentuh objek fizikal. Cepat! Kamu kena pecahkan batu permata tu!" Affi menggesa. Clara mengangguk dan mengikut Affi yang kelihatan seperti telus cahaya.

Satu kotak dari bawah katil Iefa dibuka dan tongkat sakti masih ada di situ. Clara mengambilnya dan memandang Affi. Affi mengangguk. Clara menarik nafas dalam lalu menghempaskan hulu tongkat itu ke tanah.

Batu permata itu pecah berderai.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now