15: Affi (i)

1.4K 78 9
                                    

50 tahun dulu...

Di pondok itu, penduduk kampung akan menuntut ilmu. Kampung itu dikira paling maju daripada kampung sekeliling kerana mempunyai pusat pendidikan.

"Baiklah saya ada hal di ladang lepas ni, jadi saya tamatkan kelas awal sikit ya. Semua boleh pulang ke rumah masing-masing".

Semua pelajar mula mengemas barang. Guru tersebut beredar. Affi duduk termenung di tepi pondok. Hanya pondok biasa, tidak berdinding, hanya berbumbung dan bertiang.

Dia pendiam. Tidak ada kawan rapat. Dia merenung setiap ekor lembu yang melalui seberang jalan tanah merah di depannya itu. Dia ralit merenung burung-burung berterbangan.

"Hei, Affi.."

Suatu suara halus menengurnya.Affi menoleh. Salah seorang rakan sekelasnya (sepondoknya), Dira, duduk di sebelah. Affi terkejut. Dira merupakan antara anak orang kaya di kawasan kampung itu. Malah, Dira mempunyai paras wajah cantik. Mulutnya juga petah berkata-kata.

Namun, sejak kebelakangan ini, Dira asyik cuba mendekati Affi. Kadang-kala bertanya khabar Affi padahal tiada siapa kisah tentang Affi.

"Kenapa duduk sini?" Soal Affi. Dira tersenyum manis. "Awak kacak." Ujar Dira. Affi terkejut. Jarang, malah mungkin tidak pernah ada yang mengatakan dirinya kacak. "Ah..kau pun cantik juga.." balas Affi.

"Saya selalu tengok awak. Saya teringin nak tanya. Kenapa rambut awak putih? Semua orang di sini mempunyai warna rambut sama ada hitam ataupun perang. Tiada yang putih seperti awak." Ujar Dira, petah.

"Keturunan..mungkin..." jawab Affi. "Di mana ibu bapa awak? Saya tak pernah nampak. Saya selalu tengok awak datang seorang diri. Orang lain ada juga ibu bapa melawat..." ujar Dira lagi. "Aku tak tau" ujar Affi. "Tok ketua yang jaga aku dari kecik. Bila dah besar sikit aku kerja, cari duit sendiri. Lepas tu aku keluar dari rumah tok ketua, tinggal di rumah sendiri." Sambung Affi.

Dira terketawa kecil. "Banyak mulut juga awak ni..".Affi hanya memandang Dira dari ekor mata. Affi tak selesa berbual dengan Dira secara berhadapan.

"Oh ya..saya tak jawab lagi soalan awak.Sebenarnya saya mahu pinjam novel awak. Boleh?" Pinta Dira. "Oh...baik.." suatu buku dikeluarkan daripada beg, lalu diserahkan kepada Dira.

"Terima kasih." Ujar Dira dengan riang. Buku itu disambut, lalu dia berlalu pergi.
------
Affi berjalan dengan menggenggam senaskhah buku di tangan. Dia perlu membuat percaturan dengan gadis itu. Gadis itu harus diajar. Tadi, gadis itu datang memulangkan novelnya, namun sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Tok! Tok! Tok!

Pintu kayu itu diketuk kasar. Kalau diikutkan hati, mahu saja ditendang pintu itu biar terbuka, tapi Affi masih menjaga adab.

Klak!

Pintu terbuka. Affi menarik nafas, cuba menahan sabar. Gadis itu muncul. "Ya kenapa, Affi?" Soal Dira. Riak wajah dikawal. Dia harap pelannya berjaya.

"Kau dah pinjam buku aku, pastu kau pulangkan dalam keadaan macam ni?!!" Affi menayangkan mukasurat-mukasurat yang dikoyak-koyak, dilipat-lipat dan diconteng-conteng. Hanya beberapa mukasurat yang dibiarkan elok.

"Aku ada sebab aku." Jawab Dira, dingin. Wajahnya masih manis, namun ada sesuatu maksud tersirat. "Apa sebab kau?! Kau ni memang kurang ajar kan! Kau fikir, kau kaya kau boleh buat sesuka hati?!" Tengking Affi. "Aku benci kau selamanya, Dira!" Lalu buku itu dicampak ke muka Dira. Affi berlalu pergi dengan marah.

Namun, Dira terkaku di situ, terkejut mendengar ayat terakhir Affi tadi.

Media: Kampung Affi dan Dira

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now