Affi berjalan-jalan di sekitar kampung. Jam 12 sebegini, keadaan sudah lengang. Semua penduduk kampung sudah nyenyak diulit mimpi. Affi tak mampu melelapkan mata. Teringat tentang perbuatan Dira tadi. Dia sangat-sangat hairan dengan tingkah laku Dira.
Dalam dua tiga minggu ni, Dira sepertinya cuba mendekati Affi, merapati Affi, dan lebih mengenali Affi. Padahal tiada siapa yang kisah tentang Affi kerana Affi dianggap aneh-pendiam dan berambut putih-menyebabkan dia tiada kawan rapat. Sekadar kawan sekampung yang tak layak dianggap kawan rapat pun.
Affi meramas kasar rambutnya. Beberapa helai rambut menutupi mata Affi,lalu Affi selak ke tepi. Putih. Rambut Affi putih. Jarang jarang sekali ada orang berambut putih. Bahkan penduduk amerika pun rambutnya kekuningan.
Mengenangkan rambutnya yang putih itu, dia teringat Dira pernah menegur rambutnya yang lain daripada yang lain. 'Dia juga puji aku kacak' gumam Affi.
(Nah, bayangkan ni Affi lol)
Affi serabut. 'Kenapa aku kena fikir lagi pasal dia? Buat pening je la!' Affi menggeleng. Affi teringat pula ketika dia keluar rumah tadi. Buku yg rosak tadi, Dira letak sahaja di depan pintu. Hal itu menambahkan lagi rasa marah Affi. Tu yang dia keluar merayau tu.
Tanpa Affi sedari, dia sudah jauh merayau hingga sampai ke hutan di hujung kampung. 'Baik aku patah balik. Gila ke masuk hutan malam-malam.' Lalu Affi berpatah balik.
"Kau nampak runsing la.Ada masalah?" Suatu suara gadis menegurnya. Affi terhenti melangkah. Affi memandang sekeliling. Tiada siapa. "Siapa tu? Tunjukkan diri kau." Affi berani berkata-kata. Suara itu ketawa. "Pandang la atas." Ujar suara itu. Affi menurut, dan kaget melihat seorang gadis dengan pakaian yang sangat pelik sedang duduk di atas dahan pokok.
"Aku Iefa." Gadis itu melompat turun dan mendarat dengan sangat lembut di hadapan Affi. "Hai." Tegur Iefa dengan senyuman yang sungguh manis. Wajah mereka hanya berjarak beberapa inci. Menyedari hal itu, Affi mengundur sedikit ke belakang memberi lebih ruang antara mereka.
"Siapa nama kau?" Soal Iefa. Nadanya sentiasa ceria dan senyuman tak pudar dari wajah. "Affi."jawab Affi. Affi masih was-was dengan Iefa di hadapannya ini.
"Okey, Affi..seperti yang aku cakap tadi, kau nampak runsing la. Ada masalah ke? Aku yakin kau memang ada. Kalau tak,kenapa kau boleh merayap sampai hutan hujung kampung ni kan?" Ujar Iefa.
"Kau siapa nak tau?" Soal Affi, agak tak senang dengan Iefa yang sesuka hati mebuat spekulasi. "Agak pelik untuk aku cakap ni pada kau... tapi aku Iefa, ahli sihir yang menunaikan hajat.." Iefa memperkenalkan diri lagak seorang puteri.
"Tunaikan haj.."
"Tapi aku nak bersara dah." Iefa memotong ayat Affi.
Affi kelihatan keliru.
Iefa ketawa kecil. "Aku dah penat la asyik tunaikan hajat orang. Tapi...disebabkan kau muncul malam ni. Aku ada hadiah khas untuk kau." Ujar Iefa, bernada ceria tapi misteri.
Iefa menyambung. "Sebagai penutup karier aku sebagai ahli sihir, aku nak buat suatu kerja last iaitu makbulkan hajat kau,Affi. Kau boleh minta apa sahaja hajat kepada aku, aku boleh makbulkan tapi ada suatu pengorbanan besar yang perlu kau hadapi selepas hajat kau ditunaikan. Dan selepas hajat kau dimakbulkan, dan kau pun dah korbankan sesuatu, waktu tu baru aku bagi hadiah khas untuk kau. Boleh?"
"Apa hadiah tu?" Soal Affi.
"Rahsia. Tapi tiada siapa akan dapat dan kau gerenti suka. Hahaha" Iefa ketawa ceria, malah bertepuk tangan gaya anak kecil. "Baiklah, apa hajat kau?"
Affi menarik nafas. "Aku mahu hidup seseorang menderita."
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasíaTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...