"Selamat pagi.." lemah sahaja ucapan selamat daripada Adri.Adri berjalan memasuki kelas. Spek mata besar yang terlurut ke hidung, ditolak naik dengan jari. Adri berjalan menunduk, memeluk erat buku ke dada. Nerd. Ya, itulah yang orang akan panggil bila nampak Adri.
Adri duduk di tempat duduknya. Belakang, hujung sekali kelas, dekat dengan tong sampah. Adri sendiri yang pilih duduk di situ, baginya orang yang orang tak dikenali hanya sesuai duduk di belakang.
Kebanyakan rakan sekelasnya yang lain sedang menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Langsung tiada siapa yang mengangkat kepala apabila Adri melangkah masuk ke dalam kelas tadi. Bagaikan Adri hanyalah entiti yang tiada siapa nampak.
"Hai semua!"
Suatu suara yang amat ceria menegur seluruh kelas. Seorang pelajar lelaki yang tidak lekang dengan senyuman memasuki kelas. Setiap hayunan langkah lelaki tersebut sungguh bersemangat. Ahli2 kelas yang khusyuk membuat kerja sekolah mengangkat muka malah membalas ucapan selamat Qaif.
Adri hanya mencebik. Siapa tidak kenal siapa yang baru masuk tadi. Qaif. Pelajar pintar kelas tu. Pakej sekali dengan wajah comel serta perwatakan yang ceria. Qaif memang terkenal hampir di seluruh sekolah. Adri cemburu akan Qaif.
Adri bukan sahaja tidak dikenali di kalangan pelajar, malah di kalangan guru-guru. Kalau buku latihannya tidak dihantar pon, cikgu tak kisah.
Adri merenung ke luar tingkap. Melihat pantulan Qaif di tingkap yang sedang berbual mesra dengan rakan-rakan. Adri mengetap gigi. Kawan? Adri tiada kawan.
Adri menggenggam penumbuk.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantastikTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...