29: Mystery Girl (iii)

808 44 4
                                    

"Umm...ayah?" Tegur Affi lalu duduk di sebelah bapa angkatnya, tok ketua kampung itu. Mendengar sapaan budak kecil yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu, dia pantas memberi respon. "Oh Affi. Ada apa?" Sapa Jashin. Rambut putih Affi diusap, menjadi serabai. Jashin sangat lembut dengan anak angkatnya seorang ini. Tetapi apabila membawa watak tok ketua, dia automatik menjadi serius dan tegas.

"Fi jumpa gambar ni tersepit kat celah almari tadi.." sekeping gambar yang kelihatan lusuh dihulur kepada bapanya. Jashin menyambut gambar itu lalu dilihat.

Gambar itu menunjukkan sebaris pelajar sekolah menengah sedang memegang sijil masing-masing dengan wajah gembira. Terdapat lebih kurang 40 orang dalam 3 barisan. Yang menarik perhatian ialah, terdapat seorang gadis berwajah manis di dalam gambar tersebut. Di barisan kedua, dua dari hujung. Walaupun berada di hujung, dia tetap menarik perhatian kerana rambutnya yang putih.

"Siapa ni? Kenapa rambut dia putih macam Fi?" Soal Affi yang baru berumur 5 tahun. Jashin merenung lama gambar itu. Satu keluhan halus dilepaskan. "Ni la mak kandung Affi. Yang ayah selalu cakap tu." Ujar Jashin.

Tiada riak di wajah Affi. Bukan kesal. Bukan terkejut. Bukan marah. Tiada riak langsung.

"Nama dia Elis. Dia dahulunya penduduk kampung ni..." Jashin menepuk pehanya, mengajak Affi duduk di atas pangkuannya. Affi menurut. Lalu, Jashin kembali menyambung bercerita.

-------------
Elis seorang gadis yang baik. Sopan, menurut kata, menghormati orang tua ditambah pula dengan wajahnya yang jelita lagikan lembut tutur kata. Peribadi dan namanya sering berlegar di udara. Tidak kira tua, muda dan tidak terkecuali para jejaka. Namun Elis tidak berbangga, dia bahkan semakin merendah diri menjadi dirinya sahaja. Namun, biasalah.. orang baik..dalam suka..pasti ada golongan yang mahu membinasakan dirinya. Ada seorang gadis di kampung ini yang cemburu dengan Elis yang sempurna. Namanya Kartila.

Kartila yang dengki dengan Elis telah mengupah seorang lelaki agar mendekati Elis. Lelaki itu berlakon sebagai seorang yang budiman dan berbudi pekerti mulia. Segala kata-kata manis dilempar kepada Elis. Perlahan-lahan, Elis mula jatuh cinta pada lelaki itu. Mereka mula kelihatan berdua-duaan ke sana ke mari. Bahkan berpegangan tangan. Orang kampung yang selalu memandang tinggi kepada Elis, semakin lama semakin jatuh. Mereka mula memandang jelik kepada Elis.

Bagi mereka Elis sudah seperti perempuan lain di kampung itu. Sama sahaja. Gatal, nampak lelaki terus dibawa ke hulu ke hilir. Itu yang difikir mereka. Mereka mula mengutuk Elis di belakang. Mengutuk dan mengata Elis, isunya tentang Elis yang semakin galak berduaan dengan lelaki itu. Kadang kala mereka ter-mengumpat ketika Elis berada berhampiran. Namun, Elis tidak sedar kerana fikirannya kini asyik teringatkan Raza, buah hatinya kini.

Bila bercinta, akal boleh jadi gila.

Setelah hampir lima bulan menjalin hubungan kasih mesra itu, Raza sudah bersedia bagi memulakan modus operandinya sebenarnya. Agenda tersembunyi di sebalik layanan baiknya terhadap Elis selama ini. Tugasan yang telah lama sepatutnya dilaksanakan, atas arahan Kartila dengan bayaran yang lumayan.

Raza kini di dalam biliknya. Sengihan jahat tertoreh di wajah. Dia tidak sabar mahu menerima baki wang bayaran tugasannya daripada Kartila, setelah kerja ini selesai.

Malam itu, Elis sedang menyisir rambutnya di hadapan cermin. Rambut putih yang hanya dia seorang ada dalam kampung itu. Rambut yang menambahkan keunikan dan kejelitaan Elis. Dia ralit memerhatikan setiap inci wajahnya yang sempurna.

Sedang dia lalai, tingkap kayu biliknya diketuk. Elis bangkit lalu menolak daun tingkap. Terpacul wajah Raza di hadapan mata Elis. Raza memanjat hingga ke tingkat dua semata-mata mahu bertentang mata dengan Elis. "Kenapa kamu datang sini?" Soal Elis, semerdu yang boleh. Suaranya diperlahankan, takut bapa angkatnya, Jashin, mendengar bicara mereka.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now