"Woi kau kenal ke doktor tu?" Soal Affi, menyiku lengan Iefa. Tapi Iefa buat tak endah. Sekadar memberi senyum tersirat kepada Jwanita. Perlahan-lahan Iefa menapak ke katil di mana Deera sedang berbaring.
Jwanita hanya memerhatikan perilaku Iefa. Affi pula masih berdiri di penjuru bilik, tempat mereka halimunan tadi. Affi terlalu benci terhadap Dira hingga tidak mahu mendekati Dira lagi. Apatah lagi dalam keadaan Dira yang sudah kronik keadaan kulitnya itu.
"Kau sakit, ya?" Soal Iefa, dia berdiri di sisi katil rawatan Dira. Dira tidak tahu mahu menjawab apa. Dia tidak pasti sama ada gadis anggun di hadapannya kini berada di pihak yang baik atau pihak yang jahat. Dira memandang Jwanita, cuba mencari jawapan pada air muka Jwanita, namun riak wajah Jwanita hanya tenang. Jadi, Dira merasa selesa sebentar.
"Ah, ya... aku sakit.." jawab Dira, akhirnya. Senyuman Iefa melebar. "Kau masih macam dulu Iefa. Awet muda." Tegur Jwanita. Iefa yang merenung Dira tadi, mengalih pandangan kepada Jwanita. "Haha macam kau tak tau. Sudah tentulah aku masih sama macam dulu." Iefa ketawa sinis.
"Ya, masih sama. Sama macam masa kau bunuh adik aku dulu." Balas Jwanita. Kali ini air mukanya berubah sedikit. Tadinya tenang, sekarang sudah menjadi sedikit marah bercampur sayu. Giginya diketap-ketap bagaikan mengawal api amarah yang meluap dalam diri. Tangannya yang menggenggam penumbuk menggigil seumpama ada suatu dendam lama yang terpendam sejak sekian lama terluah apabila menuturkan ayatnya tadi.
"Hahaha! Aku hanya menjalankan tugas aku, Jwanita! Aku bukan pembunuh murahan, kau tahu itu, bukan? Aku hanya menunaikan hajat! Bukannya aku yang mahu membunuh sewenang-wenangnya! Satu hajat, dan nyawa adik kau melayang! Bukan kemahuanku!" Iefa menjerit nyaring. Berselang-seli gelak tawa penuh misteri.
Semakin merah wajah Jwanita menahan marah. "Jadi, kali ni.. kau tunaikan hajat siapa untuk bunuh dia ni?" Jwanita menuding jari pada Deera yang sedang berbaring di katil rawatan. "Dia." Iefa tuding jari pada Affi yang masih tercegat berdiri di sudut bilik. Dira yang terkejut,terus bangun duduk daripada pembaringan. "Awak?" Soal Dira, tepat pada Affi. "Aw-Awak buat hajat untuk saya mati ke?" Soal Dira lagi.
"Eh tak tak!" Iefa menyampuk. "Affi tak buat hajat untuk kau mati, Dira. Dia cuma buat hajat untuk kau menderita." Iefa menarik nafas. "Okey, penerangan ni panjang sikit. Macam ni ya, setiap kali ada orang datang buat hajat pada aku, aku akan ambil nyawa dia setelah segalanya selesai." Iefa melalukan jari halusnya di pipi Dira yang kulitnya menggelupas. Sedikit kulit berserta darah terlekat di jari Iefa, lalu Iefa jilat dan telan.
Lalu Iefa menyambung. "Tapi disebabkan aku akan turunkan kuasa sakti aku pada Affi, takkan aku nak ambik nyawa dia kan? Jadi aku pindahkan 'sumpahan-ambik-nyawa' tu pada kau. Supaya segelanya selesai. Faham?"
Dira terkejut. Tapi kali ini bukan dia seorang. Affi juga terkejut. Pantas Affi melangkah menghampiri Iefa. Lengan Iefa dicengkam dan ditarik menghampirinya, Affi berbisik dari sisi, "Apa ni, Iefa? Kau tak cakap pada aku pun!"
Iefa hanya mendongak dan tersengih. "Inilah hadiah yang aku nak bagi pada kau,Affi! Kan special kejutan aku ni? Siapa saja yang boleh dapat kuasa sakti aku ni? Special! Oh, dan kau tau sesuatu? Kau akan hidup abadi,Affi! Abadi!" Iefa ketawa girang. Affi melepaskan cengkaman pada lengan Iefa, refleks daripada terkejut.
"Ak-aku tau aku takkan dapat ubati dia ni.." Jwanita bersuara tiba-tiba. Dira membuntangkan mata. Serentak memandang dalam-dalam wajah wanita itu. Jwanita menarik nafas, lalu meneruskan bicara. "Jadi..jadi bila dia..dia akan ma-mati?" Soal Jwanita. Mengundang penambahan kelajuan degupan jantung Dira. Jwanita menyoal soalan itu bagaikan menyoal "Kau makan nasi tak?". Nada Jwanita itu mengundang keresahannya!
"Bila-bila masa dari sekarang.." Jawab Iefa. "Iefa." Seru Affi. Iefa menoleh ke sisi memandang Affi. "Aku nak bercakap dengan Dira sebentar." Pinta Affi, bernada tegas dan keras. Iefa mengeluh lalu mengangguk. Affi melangkah menghampiri katil Dira. Dira yang sedang duduk di katil, berdebar. Dia mendongak memandang Affi yang berdiri benar-benar di hadapannya. Jantungnya laju mengepam darah, sungguh berdebar kali ini ingin 'bersembang' dengan buah hatinya.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...