Lapangan itu arah dituju mereka; Dira dan Jwanita. Seorang gadis sedang duduk di kerusi, terikat kemas, hanya menunduk menekur tanah. Berkaki ayam. Tangan rapi diikat di belakang badan. Keadaan tipikal orang yang diculik.
Dira dan Jwanita berhenti benar-benar di hadapan Clara. Clara mendongak apabila terperasan dua pasang kaki di hadapannya. Wajahnya biasa sahaja. Tiada lebam. Tiada darah. Tiada calar sedikitpun. Hanya terikat di kerusi keseorangan.
"Kau sangat berguna sekarang, Cl..Cla...Clarence? Eh apa nama kau?" Dira garu kepala.
"Clara. Boleh tak kau sebut elok-elok? At least once? Bukannya komplikated sangat pun nama aku." Jawab Clara.
"Haa yelah yelah. Maaf. Dah kau duduk diam-diam. Kau sekarang tengah kena culik. Bukan melepak." Ujar Dira mula memandang sekeliling.
"Tempat ni sesuai kan?" Sebut Jwanita apabila perasan Dira memerhati sekeliling. Dira angguk. "Kau duduk diam-diam." Ujar Jwanita kepada Clara. "Kau fikir macam mana lagi aku nak bergerak? Aku dah terikat elok kat kerusi ni." omel Clara.
"Saja buat ayat macam villain. Lek ah." Ujar Jwanita. "Dah la jom. Aku rasa Affi dalam perjalanan ke sini. Dia kan hero cerita ni. Mesti senang je nak jumpa tempat persembunyian ni walaupun tak ada peta." Dira mula melangkah pergi.
"Ingat tau." Jwanita berkata kepada Clara dan Clara angguk, "Aku taulah. Dah, dah pergi." Jawabnya. Dan Jwanita mengikut langkah Dira.
-----------------------------
Affi menggunakan sihir teleportasi untuk ke tempat persembunyian Dira dan Jwanita. Macam sebuah stadium tinggalan. Macam colloseum pun ada juga. Tapi yang pasti Affi sedang berdiri di gerbang utama. Sangat besar dan nampak gah. Affi cuba tolak pintu gerbang yang amatlah besar tu tapi seperti disangka; gerbang tak berganjak sedikit pun.
"Memang sengaja ni suruh aku guna kuasa aku." Bebel Affi. Sarung tangan dari dalam poket dikeluarkan lalu disarung penuh bergaya. Sarung tangan yang akan melindungi kulit manusianya daripada terhakis, terbakar, termelecur atau tercedera apabila menggunakan sihir combat.
Sihir combat merupakan kuasa yang macam kita selalu nampak dalam movie atau cerita anime. Yang ada keluar api lah elektrik lah. Tu semua dalam kategori sihir combat.
Tapi Affi memang tak pernah lagi lah guna kuasa dia yang tu. Sebab dia ni ahli sihir tunaikan hajat saja, bukan berlawan. Jadi, skil dia dalam menggunakan sihir combat ni memang berkarat. Tengoklah apa jadi masa dia lawan Dira dengan Jwanita semalam. Senang-senang saja kalah.
Jadi, sekarang dia memang kena adapt dengan sihir jenis tu kalau tak dia tak boleh selamatkan Clara.
Kenapalah hero selalu sangat ada seseorang yang perlu dia selamatkan? Leceh ahhh.
Dengan keadaan sarung tangan sudah disarung, Affi menarik nafas dalam. Dua tapak tangan dirapat lalu mantera dibaca sekadar dalam hati. Sihir combat ni yang mudahnya tak perlu nak sebut mantera kuat-kuat macam masa tunaikan hajat, tapi kalau tengah berhadapan musuh memang kena cepat fikir mantera apa nak guna.
Cahaya biru muncul di tengah dua tapak tangan yang dirapatkan itu lalu Affi pantas menepuk pintu gerbang yang entah berapa tan beratnya. Sekelip mata gerbang besar itu runtuh, berkecai. Affi terpaksa lari sedikit ke belakang kerana runtuhan gerbang itu. Debu berterbangan akibat runtuhan itu.
Affi melewati debu-debu itu dan melangkah masuk ke dalam. 'Besar sangat tempat ni. Colloseum ke ni. Setting cerita ni kat Greek ke apa?' Detik hati Affi.
Shing!
Ekor mata Affi menangkap satu anak panah meluncur laju ke arahnya. Pantas muncul membran sakti berfungsi sebagai shield buatnya. Anak panah itu melanggar shields Affi lalu gugur menjadi debu hitam. Oh, tu anak panah sihir. Bukan anak panah kayu atau logam biasa.
Shing! Shing!
Beberapa kali lagi anak panah meluncur ke arah Affi. Shield Affi menjalankan tugas dengan baik. Semua anak panah tidak mengenai Affi dan hanya bertukar menjadi debu apabila bertembung dengan membran sakti Affi.
Anak mata Affi cuba mencari lokasi punca anak panah. Atau lebih tepat, dia sedang mencari si pemanah. Melilau matanya mencari dan matanya menangkap satu susuk di dinding bertentangan dengannya. Sedang tergantung terbalik.
Affi tahu itu Dira.
Mata mereka bertentang. Eye-contact berlaku. Affi dibawa ke suatu ruangan gelap.
---------
Mata Affi dibuka. Dia masih di tempat dia 'menerima' panahan-panahan sakti tadi. Dira masih si situ. Masih tergantung terbalik.
Dia masih ingat apa Dira cakap di ruangan gelap asing tadi.
Dira melepaskan satu lagi anak panah. Kali ini Affi lupa menghidupkan sihir combat nya. Matanya terbeliak. Kaku tak mampu berfikir untuk membuat apa. Affi hanya menutup mata. Anak panah sihir meluncur laju menghampiri Affi...
Sap!
Suatu tangan menangkap lengan Affi lalu dibawa lari ke tepi. Affi membuka mata. Oh..boleh diagak siapa yang datang; Iefa.
Mata Affi tertangkap sesuatu pada genggaman Iefa. Iefa bawa tongkat saktinya bersama. Tongkat yang bagaikan nyawa Iefa sendiri. Affi ketap bibir, menggeletar sedikit.
"Sampai pun kau, syaitan.." Dira bersuara. Dia melompat turun, mendarat benar-benar di hadapan Affi dan Iefa.
"Kau nak apa sebenarnya, hah?" Soal Iefa. Macam ada nada gentar di situ tapi bukan boleh faham sangat apa yang si Iefa ni fikir. Entah-entah saja buat hentar. Reverse psychology kepada pihak lawan mungkin.
"Mudah saja hajat aku, aku mahukan Affi. Susah kah?" Jawab Dira.
Iefa genggam tongkat saktinya lebih erat. "Affi...kau cari Clara dulu." Ujar Iefa. Affi pantas melangkah pergi. Beberapa anak panah Dira tembak ke arah Affi, nasib baik sfera sakti melindungi keseluruhan tubuh Affi. "Aww.. so sweet la awak syaitan. Hei...kau kisahkan lagi diorang buat apa?! Aku kan nak bunuh diorang!" Tengking Dira.
"Go to hell" Iefa memasang kekuda. Tongkat sakti dihalakan ke hadapan. Bersedia untuk berlawan.
"You first." Dira mula membuka langkah perseteruan.
Kedua-duanya mula melangkah menyerang satu sama lain.
"YAAAAHHHHHH!!!!!!"
"AAARRRGGGGGHH!!!"--------
Affi berlari dan terus berlari. Di hujung lorong ada cahaya. Dan bila dia tiba, rupanya dia berada di sebuah lapangan. Macam tengah-tengah padang di stadium, ataupun di lapangan colloseum. Affi tak pasti.
Yang dia pasti, Clara sedang terikat di kerusi. Di tengah-tengah lapangan itu.
Dia melangkah menghampiri. Kain penutup mata Clara dibuka. "Lambat." ujar Clara, menjelir lidah. Affi hanya senyum.
"Sampai dah?" Jwanita menghampiri. Affi hanya memandang kosong. Jwanita berhenti beberapa tapak daripada mereka. "Kita geng, kan?" Ujar Jwanita lagi. Memandang Clara dan Affi selang-seli.
"Ya. Kita geng." Affi dan Clara serentak senyum. Affi mudah sahaja membuka ikatan di tangan Clara, di belakang badan. Clara bangun dari kerusi.
"Hmmm.. nak buat apa sekarang?" Soal Affi. "Dunno.. keep on the plan?" Jawab Jwanita.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...