1: Miskin (i)

3.2K 146 25
                                    

Danial merupakan seorang jejaki yang tidak dinafikan kekacakkannya, malangnya dia seorang jejaka miskin. Rumah kayu, tiada elektrik, air pun timba kat sungai saja. Jadi, memang keinginan gadis-gadis kampung untuk mengahwini Danial ditegah keras ibu bapa masing-masing. Ya tentulah, takut lepas kawin nanti merempat sana sini mintak duit, entah-entah makan pun kuis tanah.

Itu fikir mereka. Mereka merasakan Danial ini hanyalah beban jika dilibatlan dalam hidup masing-masing.

Sedarlah, Danial juga lelaki. Juga seorang manusia. Punya perasaan. Bukan tugul kayu di tepi jalan. Mengikut fitrah asli, Danial sudah tentunya meminati seorang gadis. Dan gadis idaman Danial ialah Mina.

Mina sangatlah jelita dan punya potongan tubuh yang cantik. Alis mata terbentuk cantik, juga bibirnya sememangnya tidak terkalahkan mungilnya. Dan sudah semestinya dengan latar belakang yang hebat, bapanya usahawan ternama mengusahakan syarikat perdagangan bersama.

Danial sedar akan tarafnya, namun dia tidak mampu melawan naluri cintanya. Sekurang-kurangnya dia harus tahu apa yang si gadis fikir akannya. Mina yang terkenal dengan keanggunannya pasti tidak akan memperlekeh Danial walaupun berkemungkinan menolak luahan kasih Danial. Kan?

Satu hari Danial telah menemui Mina ketika ibu bapa si gadis keluar berniaga di luar negara. Sudah pastilah ini amat membuka peluang Danial buat menemui Mina. Danial melangkah perlahan ke hadapan rumah agam keluarga Mina lalu menekan loceng.

Tiada yang mampu dia bawa untuk mengagumkan sang gadis. Danial tidak punya wang. Beli makanan buat mengisi perut saja tidak mencukupi, inikan untuk membeli buah tangan buat sang gadis jelita.

Orang gaji rumah agam keluarga Mina menyambut kehadiran Danial. "Ya, cari siapa ya?" Soal orang gaji itu, di sebalik gerigi besi pagar. "Ungku Zaminaqaafy Syauqaspardi ada?" Soal Danial. Agak berdebar menyebut nama si gadis idaman.

"Oh, ada. Saya panggilkan ya." Orang gaji itu melangkah masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu. Seminit dua kemudian, daun pintu itu terbuka semula. Terjengul wajah yang dinanti-nanti. Mina.

Mina melangkah penuh bergaya menuju ke arah pagar di mana Danial menunggu. "Hah nak apa?" Soal Mina, kasar. Danial terkejut. Mina yang dia kenal tidak kasar dan kurang sopan sebegini. Apakah Mina juga seperti penduduk lain? Memandang hina orang papa kedana sepertinya?

"Saya...saya cuma nak cakap satu benda saja. Saya tak akan ganggu hidup awak setelah saya terima jawapannya. Mina,saya...saya suka awak!!!" Terketar-ketar Danial mengucapkan kalimat tersebut.

Gadis kaya itu membuat muka jijik.
"Eeeiii sape kau nak sebut-sebut nama aku?!! Tak sedar diri tu miskin nak suka aku!!" Mina berlalu masuk kembali ke dalam rumah, meninggalkan luka di hati Danial. Danial sungguh kaget. Mina menghinanya. Mina benci padanya. Mina langsung tidak memberi peluang padanya.

Saat itu Danial sedar. Selama dia memerhati Mina dari jauh, memang dia lihat Mina sopan, ayu dan menjaga percakapan. Tapi itu apabila bergaul dengan golongan kaya-kaya. Kerana Danial selalunya dapat memerhatikan Mina ketika Mina sedang makan malam dengan keluarganya. Orang kaya.

Disebabkan sedih dan rasa hina yang teramat sangat,akhirnya Danial menangis.

"Aku nak bunuh diri!!"
---
Danial berdiri di bibir kolam renang awam tersebut. Dia mengambil keputusan untuk bunuh diri di kolam renang tersebut.

Nak bunuh diri guna racun,tak ada duit nak beli racun.

Kalau nak bunuh diri dengan cara sedut karbon dioksida dalam bilik, Danial tiada bilik! Dia tinggal di sebuah pondok terbuka.

Kalau nak bunuh diri pakai pisau, pisau tumpul, takde duit nak beli yang baru.

Akhirnya,Danial ambil keputusan untuk menenggelamkan diri sendiri di kolam renang awam ini. Free.

Kenapa tak pergi laut? Laut kan luas? Laut jauh. Danial tiada kenderaan. So,pergi la kolam renang awam tu,dekat je.

"Selamat tinggal dunia.." Danial menutup mata.

GECEBURRRR!!

Danial mulai tenggelam perlahan-lahan. Air mengisi paru-paru Danial dengan pantas sekali. Danial menggelupur...seksa sekali nampaknya membunuh diri dengan cara ini.

Tiba-tiba tangan Danial ditarik,laju sahaja badan Danial tenggelam ke dasar. Danial menggelupur,terkejut.

Badan Danial kaku akhirnya.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now