Dira membuka kasar jubah ber-hoodie yang dipakainya lalu dibaling kasar. Rambut diramas kasar. "Argghhh!!! Malu tau malu!!" Teriak Dira. Habis bersepah seluruh biliknya angkara amukan Dira. Jwanita yang berada di dapur segera mendapatkan Dira. "Kenapa ni? Apa yang berlaku?" Soal Jwanita.
"Affi tu masih sama sahaja jahatnya! Menjengkelkan! Aku rasa terhina akan perbuatannya tadi! Dia memandang rendah kepadaku!" Dira menumbuk tilam tempatnya duduk. "Iya lah aku faham kau marah. Tapi sebab apa? Apa yang si Affi tu buat?" Soal Jwanita, bercekak pinggang.
"Ah tak mahu aku ceritakan. Tambah berang aku sahaja! Sudah lah Jwanita. Kau sambung sahaja kerja kau. Petang nanti kita harus menajamkan lagi skil kesaktian kita." Ungkap Dira, lalu berbaring dan menyelimut seluruh tubuh. Jwanita hanya menggeleng lalu kembali ke dapur.
Tapi dalam marah-marah Dira itu, terselit rasa puas kerana berjaya meletakkan 'Titik Maut' pada Affi.
Memudahkan proses balas dendam nya.
----
"Expiry date? Macam kat makanan tu?" Soal Affi. Iefa angguk. Dia menghampiri Affi lalu jemarinya lembut menyentuh titik-titik misteri itu.
PssSSstttTTttt!!
"Ahh! Panas!" Iefa pantas mengalihkan jemarinya. Dikibas-kibas bagi menghilangkan sakit. Clara mencapai tangan Iefa lalu membantu dengan meniup-niup. Affi terdiam sekejap melihat apa yang berlaku. Maknanya titik itu bukan bodo-bodo punya titik.
Itu titik yang ada kaitan dengan sihir.
Sementara Iefa sedang struggle dengan kesakitan persis lecur itu, Affi ke almari baju dan menyarung t-shirt. Lama sangat pun badan dia ditatap Iefa dan Clara. Dah tak ekslusif.
"Nama benda alah tu ialah Titik Maut." Ujar Iefa selepas sakit persis rasa melecur itu hilang sedikit. "Boleh terangkan?" Soal Affi. Dia duduk di katil. Diikuti Clara dan Iefa.
"Titik Maut ni bila dah dilekat pada tubuh mangsa, akan jadi macam talian hayat mangsa tu. Nyawa mangsa tersimpan dalam titik tu. Dalam kes kau ni, nyawa kau sekarang dalam tiga titik kat belakang kau ni."
"Cara nya mudah sahaja nak pulihkan. Si pembuat hanya perlu sentuh titik tu maka hilanglah. Tapi nak buat macam mana, dah kalau si pembuat tu taknak sentuh titik tu, maka tak ada cara lain nak pulihkan." Iefa mengeluh. Sesekali mengibas jemari yang sakit bagaikan melecur.
"Macam mana aku boleh dapat titik ni?" Soal Affi. "Mana la aku tau. Ada apa-apa jadi ke kat atas tadi sebelum kamu masuk markas?" Soal Iefa kembali. Affi berfikir sejenak. "Asap boleh ke menyebabkan titik-titik pelik ni?" Soal Affi."Boleh. Tu la cara paling mudah pun. Kenapa? Kau ada kena asap apa-apa ke?" Soal Iefa.
Eh main soal-menyoal pulak diorang ni.
"Sebelum aku masuk markas, aku tegur sorang perempuan yang dari awal dok ngendap kita. Pastu dia baling bom asap untuk larikan diri. Asap tu la kot yang copkan titik ni" terang Affi. "Perempuan?" Soal Iefa. "Haah tapi aku tak nampak muka." Balas Affi.
Iefa diam. Dia runsing sedikit. "Kalau kau dengar tekaan aku pasal siapa perempuan yang kau jumpa tadi, mesti kau tak percaya." Luah Iefa. Affi jongketkan kening.
Clara yang dari tadi memerhati semakin tidak memahami situasi yang sedang berlaku. "Kau agak siapa?" Soal Affi.
"Dira." Jawab Iefa, sepatah. Affi tersentak sedikit mendengar jawapan tu. "Eh kau ni. Mustahillah. Dira bukan dah mati ke?" Soal Affi, tak percaya.
"Kau yakin dia mati? Kau tengok ke dia hembuskan nafas yang terakhir? Kau nampak dia dikebumikan ke? Cuba kau ingat balik. Ada ke?" Soal Iefa, menguji ingatan Affi tentang peristiwa lebih 50 tahun dahulu.
Affi diam sejenak, cuba mengingati peristiwa yang telah mengubah hidupnya 360 darjah. Apa yang dia ingat, dia memangku Dira di ribanya lalu Dira mengucapkan kata-kata terakhir di pangkuannya. Tangan Dira yang menggelupas di sana sini mengusap lembut pipi Affi. Perlahan-lahan tangan itu jatuh hilang daya.
Affi meraung kekesalan. Tapi belum sempat Affi melayan perasaan, Iefa tarik dan bawa Affi jauh ke markas.
Ya. Affi tak pasti pun yang Dira mati ataupun tidak. Affi pandang Iefa. Mata mereka bertentang. Ada cahaya kerisauan dalam alis mata masing-masing.
"Kau pun fikirkan benda yang sama macam aku?" Soal Affi, tertelan liur sedikit. Iefa meramas kasar rambut. Serabut. Clara yang tidak tahu apa hanya diam namun masih dapat merasakan ketegangan konflik yang tidak difahami itu.
"Dira nak balas dendam." Ucap Iefa.
------
Malam yang semakin gelap merupakan waktu yang sesuai buat Dira dan Jwanita untuk berlatih sihir. Mereka perlu menajamkan skil sihir mereka.
"Kita tak perlu pun kan nak jadi hebat sangat? Kau sendiri kata yang misi utama kita ialah musnahkan batu permata hijau di tongkat sakti Iefa tu kan? Setakat hancurkan batu begitu, kenapa perlu berlatih begini bersungguh?" Soal Dira. Beberapa batu besar terapung di sekelilingnya. Dira sudah sampai di tahap memberangsangkan di mana Dira sudah boleh mengawal kuasanya walaupun sedang melakukan tugasan lain.
"Ini lah namanya persediaan. Kita tak tahu mungkin Iefa sudah bertambah kekuasaannya atau apa. Jadi kau berlatih saja. Lagipun kalau kuasa kita berdua melemah, maka kita akan kembali ke umur asal kita. Bermakna kita akan mati. Kau mahu kah mati tanpa hajat kau untuk membalas dendam tercapai?" Soal Jwanita.
Dira merengus. Memandangkan dia sudah pun terlibat dalam kegiatan kekuasaan mistik ini, dia akan habiskan sampai tujuannya yang terakhir. "Aku rasa memandangkan Affi sudah pun ketahuan bahawa aku mengekorinya, kita sudah boleh mulakan misi kita." Ujar Dira.
"Kita tak boleh biarkan Affi dan Iefa mempunyai pelan dan siap-siaga, apatah lagi mereka mungkin sudah menyedari kehadiran titik maut itu. Kita harus segera mulakan langkah pertama!" Sambung Dira. Jwanita hanya menggeleng melihat semangat Dira. "Apa yang kau rasa kita patut lakukan?" Soal Jwanita.
Dira sengih, "Cara klise. Kita cari umpan."
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...