Rachel segera berlari menghampiri tempat kejadian. Tubuh Dania yang lemah dipangku. Rachel membiarkan darah Dania membasahi skirtnya. Dania cuba membuka mata dengan payah. Disebabkan kehilangan darah yang banyak, Dania mula mengalami halusinasi. Dania melihat Rachel sebagai Rael.
Dania tersenyum bahagia. Dania mengusap lemah pipi Rachel. Rachel hanya mebiarkan walaupun banyak kesan darah ditinggalkan di pipinya.
"Awak datang jugak Rael! Saya..saya tak dapat hidup tenang selama 3 hari selama ketiadaan awak. Saya asyik nampak diri awak pada diri kawan baru saya, Rachel. Mungkin saya terlalu merindui awak sampai orang lain pun saya fikir awak.. huuff!kooohh!" Dania terbatuk darah.Rachel sudah menangis hiba. "Uhuhhh....saya..saya sangat gembira sebab di akhir hayat saya ni..awak muncul juga!! Uhh...saya mintak maaf sebab berkasar masa saya mintak putus dulu. Awak boleh tanya kawan saya,Rachel tu tentang kisah sebenarnya. Tenaga...tenaga saya dah tak banyak...awak..." Dania cuba menaikkan tubuhnya. Bibirnya lemah mencium pipi Rachel.
"Saya sayang awak selamanya, Rael.."
Tubuh Dania langsung hilang tenaga lalu merebah ke pangkuan Rachel semula. "Tak..tak Dania..please kuat please...untuk saya..." Rachel menepuk lembut pipi Dania. Tiada respons. Rachel mencempung tubuh lemah Dania. Orang ramai hanya melihat seorang gadis yang sedang menolong kawannya, namun tidak bagi Rachel. Baginya..kini dia merupakan seorang lelaki yang sedang menyelamatkan separuh belahan jiwanya.
Rachel menggagahkan diri mencempung tubuh lemah Dania ke pusat rawatan.
Kini, magis berlaku. Tubuh kewanitaan Rachel kembali bertukar perlahan-lahan kepada tubuh sasa Rael. Baju yang dipakainya berubah kepada pakaian lelaki semula. Rambut, buah dada, punggung dan seluruh fizikalnya kembali kepada tubuh Rael. Semakin pantas Rael mencempung tubuh Dania ke pusat rawatan.
--------"Oh kau dah pulang.. kesan magis itu juga sudah hilang,ya? Bagaimana? Berjaya balas dendam pada gadis itu?" Soal Affi sebaik melihat Rael pulang ke markas magisnya.
"Hmm...melihatkan baju kau yang berdarah..dahsyat sungguh cara kau balas dendam. Melibatkan pertumpahan darah..." ujar Affi.
"TAK!!" Bidas Rael. Affi terkelu seketika melihatkan tingkah Rael. Lalu Affi tersenyum.
"Aku salah faham!! Aku...aku yang bersalah dalam hal ini!! Dania tak bersalah! Dia mangsa keadaan!!" Rael meramas kasar rambutnya bagai orang gila.
"Dania dah mati!! Dia mati sebab kehilangan banyak darah..aku yang terlambat..aku yang bersalah.." Rael bersandar di dinding.
Affi tersenyum. "Aku sudah menunaikan permintaan kau, Rael. Jadi, tiba masanya kini untuk kau dengar arahanku." Ujar Affi. Kakinya dilangkah menghampiri piano di hujung bilik. "Apa yang kau mahu aku lakukan?" Soal Rael. Affi hanya diam. Jemarinya mula liar memainkan irama di piano di hadapannya.
Suatu melodi yang sungguh melankolik dan misteri kedengaran. Tiba-tiba, segala urat sendi Rael bagaikan dikunci. Dan Rael mula bergerak tanpa kerelaan hatinya. Affi tersenyum sinis. Affi bangkit menghampiri piano.
Irama di piano masih kedengaran walaupun jemari Affi sudah tidak memainkannya. Rael mula berdebar apabila tubuhnya dipandu ke arah katil. Tangannya automatik mula menanggalkan satu per satu pakaiannya. Apabila sudah tidak berpakaian sepenuhnya, Rael tanpa dapat dikawal baring di atas tilam.
Lalu muncullah Affi dengan menjilat bibir. Malam itu, roh Rael diambil secara perkosa oleh ahli sihir gay.
~TaMaT~
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...