Seluruh bandar terkejut apabila sebuah jet peribadi mendarat di padang bola sepak awam. Ramai penduduk bandar berkerumun di sekeliling padang. Mahu melihat siapa yang akan turun dari jet peribadi itu.
Danial yang sedang duduk di dalam jet peribadi teringat kembali kata-kata Affi.
"Aku jadikan kau kaya. Kau pikatlah balik Mina kau. Ingat,jangan buat jahat atau...kau akan tau."
Danial tersenyum. Dia hanya mahu meluah perasaan kepada Mina sekali lagi sahaja,dalam keadaan dirinya yang sudah kaya.
Danial turun dari jet peribadi. Semua anak gadis di bandar yang mengerumuni padang itu jadi tak keruan melihat kekacakan Danial (padahal sebelum ni memang kacak pun. Cuma sebab Danial miskin,orang pandang sebelah mata).
"Saya nak cari Mina! Di mana dia?" Laung Danial sekuat-kuatnya. Maklumlah,padangnya luas.
"Saya di sini Danial!!"
Mina keluar dari kerumunan dengan gaya paling anggun yang dia boleh.
Mina mendekati Danial lalu memeluk lengan Danial,mesra sangat nampaknya,padahal dulu dok menghina!Gadis2 bandar lain mula mencebik
"Untung la lawa!"
"Hish semua lelaki pon dia nak amik!"
"Bukan ke dia pernah reject Danial tu?"
"Ishh gedik nya dok rapat2 tu!"Danial tersenyum melihat gadis2 bandar yang mula adore akannya (terang terangan terhadap kekayaannya)
Danial memusingkan badannya menghadap Mina,dia tatap mata Mina dalam-dalam. Mina blushing (eeei gedik).
"Awak suka saya? Sayang saya? Cintakan saya? Akan bersama saya selamanya?" Soal Danial, bernada romantik.
Mina laju je mengangguk. Gila kau nak jawab 'tak'? Tak dapat la duit!
"Okey kalau macam tu.." Danial memeluk Mina di pinggang, dari belakang. Jet peribadi mula naik ke atas, perlahan-lahan.
"Awak suka tak ke awangan?" Soal Danial. Mina mengangguk, di kepalanya hanya memikirkan kemewahan yang akan Danial beri nanti. "Saya suka sangat!!" Jawab Mina bersungguh.
"Okay...kau pergi la ke awangan sorang-sorang!!" Danial menolak Mina jatuh dari jet peribadi itu. Mina menjerit lantang sebelum mendarat dengan bunyi tulang patah, setelah jatuh pada ketinggian 100 meter.
Semua penduduk bandar terkejut melihat aksi Danial yang luar biasa itu. Tapi Danial hanya ketawa,bagai tiada lagi rasa kemanusiaan dalam hatinya. Danial ketawa galak lalu menjerit dengan lantang.
"Korang semua mata duitan!! Tak ada siapa tolong aku bila aku perlukan!! Bila aku minta tolong,korang halau aku macam anjing kurap!! Ingat,kalau ada sesiapa lagi datang jumpa aku semata-mata nak menumpang kekayaan aku, nasib korang akan jadi macam perempuan sundal tu!!"
Lalu jet peribadi Danial terbang kembali ke kolam renang.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasíaTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...