150 tahun dahulu...
Iefa menyelinap ke dalam bilik ibu bapanya bagi mencuri tongkat sakti bapanya. Dia mahu menggunakan tongkat sakti ayahnya bagi menukar keadaan dirinya kepada manusia. Iefa mahu mengganggu manusia dengan bentuk barunya. Dia tidak punya kuasa sakti yang kuat seperti syaitan lain kerana dia separuh manusia, separuh syaitan.
Tongkat sakti yang dipunyai ayahnya itu istimewa, bukan calang-calang syaitan yang dapat menjadi pemiliknya. Ayahnya, merupakan salah seorang daripada 5 syaitan terulung di seantero dunia, memiliki tongkat sakti itu. Syaitan-syaitan biasa yang lain hanya mampu berangan sahaja menjadi pemilik tongkat sakti itu kerana bagi memiliki tongkat sakti itu, suatu pencapaian yang amat besar harus dilakukan. Barulah tongkat sakti dapat diserahkan.
Setakat bunuh atau menculik manusia bukanlah suatu yang hebat.
Apa yang hebat sangat yang telah ayah Iefa lakukan? Ayah Iefa telah menenggelamkan sebuah kota termasyhur di hujung negara. Bayangkan, dengan hanya beberapa perancangan ringkas, ayah Iefa berjaya menenggelamkan seluruh kota yang gah lagi mewah...seorang diri! Dan itu bukanlah suatu yang biasa dalam kalangan syaitan. Bahkan menghasut seorang manusia berzina pun susah, apatah lagi menenggelamkan sebuah kota. Tapi ayah Iefa telah berjaya melakukannya. Ayah Iefa bahkan digelar.. Kembar Ifrit. Sehingga ke tahap itu sekali kehebatan ayah Iefa.
Kreekkk..
Kedengaran bunyi pintu berkeriutan apabila ditolak. Iefa pantas menuju terus ke balang kaca di hujung bilik. Mudah sahaja. Iefa hanya perlu mengangkat penutup kaca lalu capai tongkat sakti itu. Iefa bedebar. Iefa perlu cepatan sebelum bapanya pulang daripada Mesyuarat Agong Syaitan-Syaitan Terulung yang ke-306. Tidak lupa juga dia bimbang ibunya pulang daripada menyundal dengan syaitan lain.
Tidak haram.
Segala kejahatan adalah kebaikan di dunia syaitan. Dan ayah Iefa open-minded apabila mak Iefa ulang-alik bawak pulang syaitan jantan lain pulang. Bahkan kadang-kala ayah Iefa juga turut bawa pulang syaitan betina. Malah mereka juga bertukar pasangan kadang-kadang. Tapi itu menandakan suatu keluarga yang harmoni. Semakin kacau-bilau, semakin harmoni suatu keluarga.
Dan Iefa tak kisah sangat pun kalau ibunya mahu berskandal. Bukannya ibu kandungnya pun. Ibu kandungnya ialah seorang manusia. Bapanya yang syaitan. Tapi disebabkan ibunya tidak dapat menjaga Iefa di dunianya, Iefa diserahkan kepada bapanya, di dunia syaitan. Dengan rupa Iefa yang memang hodoh syaitan itu, mudah sahaja untuk Iefa hidup di dunia syaitan.
Iefa memegang tongkat sakti itu dengan tangan kanan lalu diajukan pada diri sendiri. Sebaris mentera terkumat-kamit dibacakan. Perlahan-lahan, percikan cahaya muncul di muncung tongkat sakti. Pantas.. Cahaya tersebut Iefa tembak ke tubuh. Cahaya itu menyelaputi yubuh Iefa.
Iefa yang bertanduk, hodoh dan segala ciri-ciri yang ada pada seekor syaitan sudah hilang.
Yang ada kini adalah Iefa yang anggun, dan segala ciri-ciri yang ada pada manusia; berkulit cerah, bermata bundar, berkaki model, berambut ikal dan sudah semestinya tiada tanduk dan ekor berhujung tajam. Segalanya tentang Iefa kini sungguh sempurna.
Lebih sempurna daripada manusia biasa.
Iefa berpuas hati dengan rancangannya. Dia menyisipkan tongkat sakti itu di dalam kocek bahagian dalam jaketnya. Dia akan menggunakan kuasa tongkat sakti itu dalam perancangannya. Iefa mula melangkah penuh elegan keluar dari bilik itu. Rumahnya besar. Seperti yang diperkatakan tadi, ayah Iefa seorang yang sangat berpengaruh, makanya..takkan la rumahnya kecik?
10 pintu bilik perlu Iefa lepasi untuk sampai ke pintu utama. Jauh.
Iefa sudah merangka berbagai-bagai rancangan dalam otaknya, rancangan yang dia yakin akan berjaya dengan rupa anggun manusianya itu.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasíaTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...