Seminggu lalu...
"Tolong..tolong tunaikan permintaan saya untuk jadi terkenal!! Saya boleh korbankan apa sahaja! Asalkan saya dikenali..."
Adri meminta dengan bersungguh-sungguh kepada ahli sihir kacak itu. Ahli sihir yang sedang minum kopi, segera terhenti. Bibirnya dijauhkan daripada cawan kecil itu lalu cawan itu diletak di atas meja.
"Hmm..kenapa kau mau terkenal? Cuba ceritakan.." ujar Affi, menongkat dagu di atas meja, merenung tenang ke arah Adri yang duduk penuh dengan penuh harapan di hadapannya itu.
Adri menarik nafas bagi memulakan cerita. "Aku...aku selalu sangat orang tak kenal. Contohnya, bila cikgu suruh sorang junior pass buku dia pada aku, dia terpaksa pass pada Qaif sbb itu budak yg paling terkenal. Orang taktau nama aku! Dan kadang-kadang tu, cikgu pon tak kenal aku sebab aku bukan jenis budak jahat yang namanya selalu disebut-sebut!" Cerita Adri.
Affi ketawa kecil, sinis. Dia bangkit berdiri. "Mari...aku buatkan kau terkenal dalam sekelip mata." Affi memetik jari. Lalu..
Tup!
Mereka telah diteleportasi ke atas bumbung sekolah. Adri teruja sampai ternganga mulutnya. "Kau lihat di bawah, Adri..." ujar Affi, lalu Adri menjenguk ke bawah.
"....ada ramai orang sekarang ni...sangat sesuai untuk kau jadi terkenal sekarang" ujar Affi. Adri memandang muka Affi kehairanan. Affi hanya tersenyum manis, lalu jemarinya mula digerakkan bagaikan mengawal patung boneka.
Setiap sendi tubuh Adri dikawal oleh Affi. Affi mengawal tubuh Adri agar menapak satu per satu hingga betul-betul di hujung bumbung.
"Selamat menjadi terkenal, Adri"
Affi mengawal tubuh Adri agar terjun ke bawah. Affi terus melangkah ke belakang kembali, mendengar suara-suara manusia yang terkejut apabila salah seorang pelajar tak dikenali,bunuh diri.
Esoknya, seluruh sekolah kecoh tentang kisah Adri bunuh diri. Hampir setiap murid bercerita tentang kejadian itu. Yang berada di tempat kejadian, lagilah galak bercerita.
Roh Adri berlegar-legar di seluruh sekolah. Adri hidup seperti manusia normal. Affi telah membuatkan Adri lupa bahawa dia sudah mati.
Affi dari kejauhan, memandang blok bangunan sekolah Adri. Affi tersenyum. "Kau dah terkenal sekarang Adri"
Lalu Affi teleportasi kembali ke kolam.
************************************
Affi mengalihkan jarinya dari dahi Adri. Qaif yang melihat hanya blur di belakang. "Jadi, kau sedar sekarang?" Soal Affi. Adri terpaku. Dia terkejut melihat paparan yang sungguh tak diduganya tadi."Mak...maknanya...aku dah mati?" Soal Adri. Memandang Qaif dan Affi silih berganti.
"Ya! Kau dah mati Adri! Kau tu cuma roh! Kau dah ganggu hidup aku selama seminggu ni! Kau selalu teriak-teriak kat aku, tanya kenapa takde sape nak kawan dengan kau!! Kau tu hantu, Adri! Hantu! Selama seminggu, kami sekelas tahan je melihat tempat duduk kau macam ada orang duduk, pintu kelas terbuka sendiri. Basikal kai dikayuh sendiri, tiada penunggang! Kami penat, Adri! Sedarlah hakikat yang kau dah mati!" Luah Qaif.
Adri terkejut mendengar segala pengakuan Qaif. Adri memegang kepalanya. "T..tak...tak...TAK TAK TAKKKKKK!!!!" Adri mula bertindak agresif dengan meluru ke arah Qaif. Adri mencekik Qaif. "AKU BELUM MATI!!!!" Kaca-kaca di sekitar mereka pecah berderaian. Qaif cuba melawan.
Tiba-tiba, semua pergerakan Adri terkunci. "Cukup." Ucap Affi. Adri terapung ke udara. "Aku dah tunaikan permintaan kau untuk kau jadi terkenal. Sekarang, aku nak bayaran aku." Affi membawa Adri masuk kedalam bilik.
Adri menerima nasib yang sama dengan orang kaya sebelum ini. Dia telah menjadi mangsa Ahli Sihir Gay...
~TaMaT~
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...