13: Beautiful (v)

1.2K 68 4
                                    

--Siri Beautiful ni special sikit terlebih dua episod drpd biasa--

Rachel memandang Dania pelik. 'Takkan dia maksudkan aku kot' detik hati Rachel. "Siapa 'dia' yang awak cakap ni?" Soal Rachel. Dania menghembus nafas berat. "Kekasih saya, Rael.." ujar Dania. Rachel terpempan.

Perbualan mereka terhenti sebentar apabila pesanan mereka sampai. Mereka menghirup minuman masing-masing. "Minuman yang awak pesan tu. Sebijik macam yang dia selalu pesan." Ujar Dania. Rachel terkejut. 'Oh haah...kat mana-mana kafe pon yang kitorang dating, aku mesti order benda ni'

"Jadi, mana dia sekarang?" Soal Rachel, lalu menghirup minumannya. "Saya terpaksa putuskan hubungan kami sebab saya dibuli." Ujar Dania. Rachel terkejut. 'Eh lain ni apa yang dia cakap ni..okay okay aku dengar lagi.'

"Lepas 2 minggu saya couple dgn Rael... datang sekumpulan pembuli. Diorang suruh saya tinggalkan Rael. Banyak kali barang saya kena rosakkan oleh mereka. Tapi saya bertahan. Tapi lama-kelamaan, saya dah tak tahan. Saya terfikir, tak perlu lagi saya pertahankan cinta sia-sia padahal saya terseksa. Saya pon nk mintak putus. Tapi saya tau saya perlukan alasan solid untuj minta putus. Lalu saya kata saya lesbian." Dania ketawa di hujung cerita.

Rachel ternganga mendengar cerita Dania. 'Jadi...Dania bukan lesbian!' Teriak hati Rachel. "Semasa saya minta putus tu, pembuli tu perhatikan gerak-geri saya dari jauh. Bila kami berpisah, mereka jumpa saya dan kata takkan kacau saya dah. Tapi tu la...sejak tu...saya dah tak nampak dia dah. Kerusi dan meja kosong dalam kelas tu milik dia." Ujar Dania.

Rachel hanya mengangguk, acah mcm first time tau perkara tersebut. "Oh..kalau awak nak tau. Muka awak lebih kurang macam dia. Muka awak versi muka dia yang feminin. Lagipon muka dia mmg comel pon" tersenyum-senyum Dania mengingat kembali tentang Rael.

"Hmm dah la tu cakap pasal lelaki yg kita tak tahu keberadaaan dia. Jom balik." Mereka berdua bangkit daripada duduk masing-masing. Mereka melangkah keluar. "Kita berpisah di sini ya, Rachel. Kalau awak ada nampak mana2 lelaki yang muka macam awak, awak pesan pada dia, saya tunggu dia, saya masih sayangkan dia" ucap Dania.

Rachel mengangguk,lalu mereka membalas lambaian tangan. Rachel berpaling memulakan langkah pulang. Namun tiba-tiba...skreeeeettt!
BAMMM!!

Rachel berpaling ke belakang. Dalam lensa matanya kini..

Tubuh Dania melayang ke udara lalu mendarat ke tanah dengan lumuran darah.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now