Iefa muncul di tebing sebuah lombong terbiar. Kawasan sekeliling sungguh gelap dan terbiar. Semak samun tinggi di sana sini. Iefa tunduk, mengambil tongkat sakti yang tercacak di bibir lombong.
Tadi, Iefa telah menyelaputi tongkat sakti itu dengan air liurnya dan membacakan mantera teleportasi. Maka, tongkat sakti itu telah terbang ke situ ke mari bagi mencari kawasan yang sesuai bagi Iefa bersembunyi. Iefa boleh merasakan tongkat sakti itu walaupun berada jauh, kerana air liurnya di tongkat sakti itu berfungsi sebagai penjejak. Saat tongkat sakti itu sudah menemui kawasan yang sesuai, ia mencacakkan dirinya sendiri. Lalu ketika itu, barulah Iefa teleportasi dirinya ke kawasan di mana tongkat sakti itu tercacak.
Tongkat sakti itu dihalakan ke arah tubuh sendiri, lalu Iefa menembak cahaya sakti ke tubuhnya. Maka, kembalilah Iefa kepada rupa manusia. Iefa berjalan di sepanjang tebing lombong. "Aku buat markas kat dalam lombong.. baik jugak kan? Dah pasti nya tak ada orang kacau.." Iefa sengih sedikit.
Tongkat sakti diselitkan di dalam poket di bahagian dalam jaket. Kemudian, Iefa terjun masuk ke dalam lombong. Dia berenang ke dalam sedikit;Iefa boleh bernafas dalam air. 'Oh..situ sesuai...' ujar Iefa. Tongkat sakti dikeluarkan dari kocek lalu beberapa gerakan dilakukan. Secara magisnya, batu-batuan di dasar bergerak-gerak lalu mula membentuk sebuah markas. Binaan dikukuhkan dengan lumut-lumut di dasar lombong.
Wah senangnya nak bina bangunan. Jimat kos gila. Patut la rumah Iefa besar, tah-tah pakai magis je. Wuii rugi la syarikat pembinaan macam ni.
Selesai membina, satu lagi mantera dibaca. Sekelip mata, markas tersebut hilang daripada pandangan. Iefa tersenyum. Dia berjaya membuatkan markasnya halimunan dari pandangan mata kasar. 'Habis tu macam mana aku nak masuk ni?' Iefa menggaru kepala.
Otaknya ligat memikirkan mantera-mantera yang pernah dipelajari. Lalu sebaris ayat mantera terlintas di layar fikirannya. Pantas Iefa baca, lalu suatu lohong magika muncul. 'Baik..selesai pasal luaran...' Iefa berenang masuk ke dalam markas melalui lohong itu. Iefa mendarat di dalam markas.
Lohong itu hanya membenarkan Iefa masuk. Air akan kekal di muncung lohong. Umpamanya lohong itu ada ruang udara yang menghalang air masuk. Okay, mudahnya..macam ada membran. (Haishh faham ke tak?)
Iefa berdiri memandang sekeliling, memerhati setiap inci markas yang baru dibinanya. Air menitik dari hujung jaket labuhnya, Iefa hanya biarkan. Dia menapak perlahan-lahan di sekeling markas, yang hanyalah berbentuk kotak. Iefa berjalan di sepanjang dinding. Dia berhenti seketika lalu tongkat sakti diketuk di bahagian dinding itu. Lalu terbentuklah sebuah bilik.Begitulah seterusnya..
Tengok betapa tongkat sakti itu menjimatkan kos.
"Aku perlu berehat. Malam ni aku akan mulakan misi menaikkan nama aku." Iefa tertawa gembira.
-----
Sebuah pub kecil di pekan, dituju Iefa. Pakaian di tubuh, seseksi yang boleh. Dia akan menggoda lelaki-lelaki mabuk di pub itu agar 'berhubungan' dengannya.
Tongkat sakti Iefa tinggalkan di markas. Dia mahu menggunakan kekuasaan sendiri bagi menjalankan misinya. Dirinya dikira lemah jika hanya bergantung sepenuhnya kepada tongkat sakti itu. Ego seekor syaitan, adalah natijahnya kelak.
Beberapa meter menghampiri pub, langkah semakin lama semakin melenggok, semakin melentik. Dari luar boleh kedengaran muzik-muzik hiburan di dalam (Tidaklah serancak muzik zaman moden). Beberapa orang di luar masih beratur, menunggu giliran mahu masuk ke dalam pub. Iefa menyertai barisan itu.
Minda masing-masing sudah memikirkan keasyikan hiburan di dalam pub sana. Begitu juga Iefa. Dia tersenyum-senyum memikirkan kejayaannya menggoda para lelaki di dalam pub sana agar sesat dari ajaran yang betul.
Barisan mula bergerak. Dan tiba giliran Iefa.
"Tiket, cik?" Soal penyambut tetamu di kaunter. "Hah? Tiket?" Soal Iefa. "Bukan ke saya perlu bayar baru dapat tiket?" Sambungnya. Wajah penyambut tetamu di kaunter berubah. Seperti marah. "Ya betul. Tapi malam ini pub telah ditempah untuk suatu jamuan besar. Sesiapa yang dijemput telah mendapat tiket awal-awal daripada pihak penganjur. Jadi, malam ini, selain yang dijemput penganjur... tidak dibenarkan masuk. Cik dapat tiket tak?" Soal penyambut tetamu itu di akhir penjelasan, kedengaran sedikit nada sarkastik di situ.
"Umm...ah! Saya tertinggal kat rumah la.. Bagi saja la saya masuk.. err.. pihak penganjur tu bapak saudara belah tok ipar angkat saya. Dia lupa kot nak bagi tiket pada saya. Tapi dia... err ada bagitau saya guna burung merpati haritu. Dia lupa mungkin nak bagi tiket..hahha...bagi saja la saya mungkin." Iefa cuba berhelah. Benarlah, menipu itu hanyalah perkara kecil bagi syaitan.
Penyambut tetamu itu menggeleng. "Maaf cik. Tak kira la encik ni siapa pun, jikalau tiada tiket, maka saya tidak boleh benarkan. Saya hanya menjalankan tugas." Penyambut tetamu itu memberi isyarat mata kepaa dua pengawal di pintu utama. Pantas dua pengawal itu menghampiri Iefa.
'Bodoh la aku ni. Apsal aku tak bawak tongkat keparat tu? Boleh aku sihir je semua orang ni!!' Bentak Iefa di dalam hati. "Cik.. tolong beredar cik... cik mengganggu barisan..." salah seorang pengawal bersuara lembut, cuba menghalau Iefa. Iefa merengus. Dirinya rasa hina. 'Kalaulah mereka tahu aku ini syaitan...pasti mereka tidak akan berani menghalau aku begini..'
Iefa mengalah lalu melangkah pergi. Pelan pertamanya gagal. Iefa menghentak kaki. Membentak menandakan dia benci akan kegagalan.
-----
Iefa bersandar kecewa di dinding markas. Dia meraup wajah. Rambutnya sudah tidak kemas seperti di awal dia keluar tadi. Tangisan kecewa dilepaskan. Suara tangis sayu memenuhi ruangan kosong markasnya itu.
Satu persatu kegagalannya sepanjang sebulan ini tertayang di layar minda.
Seperti diketahui, rancangan paling sulung Iefa, iaitu menggoda lelaki-lelaki mabuk di pub; gagal dengan mudahnya.
Tika Iefa ke sebuah pusat pelacuran, dia telah dihalau kerana dikatakan tidak cukup menawan dan menggoda bagi menguntungkan syarikat pelacuran itu. Makanya, gagal-lah Iefa buat kali kedua dengan tersangatlah mudah.
Namun, Iefa masih tidak berputus asa. Lalu dia ke sebuah taman, dan dia lihat seorang budak lelaki yang duduk di taman; menangis seorang diri. Iefa duduk dan menjadi pendengar setia. Budak itu berkata bahawa dia tiada duit untuk membeli mainan kegemarannya. Saat itulah Iefa berbisik agar budak itu mencuri duit. Bisik..dan bisik...dan budak itu kelihatan seperti hampir termakan kata-katanya, hinggalah seorang wanita pertengahan umur datang; berpakaian mewah dan membawa satu beg kertas berisi mainan yang diingini budak itu. Barulah Iefa tahu bahawa budak itu dari golongan orang kaya dan sedang dalam fasa memberontak kerana tidak dapat apa yang diingini. Oleh itu, Iefa gagal lagi. Masakan seorang anak orang kaya perlu mencuri?
Iefa meramas kasar rambutnya. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. Kegagalannya bukan sedikit. Terlalu banyak, sehinggakan dia tidak mampu mengira berapa. Terlalu pedih untuk diingati.
Iefa menyeka air mata. Dia keluar daripada markas, lalu muncul di tebing lombong. Dia mahu mengambil nafas segar. Tiba-tiba, kedengaran bunyi kibasan kepak, dan seekor burung merpati terbang menghampiri Iefa. Iefa kenal burung yang seekor itu. Terdapat segulung kayu kering;berfungsi sebagai kertas; diikat di kaki burung itu. Ikatan itu dibuka, gulungan surat itu diambil, lalu burung merpati itu dilepaskan semula. Gulungan kertas dibuka, lalu dibaca.
KISAH PENINGGALAN KAMU SUDAH TERSEBAR KE SELURUH BANDAR. IBU DAN BAPA MALU KERANA PERBUATAN KAMU. BAPA HILANG KERJA DAN DIPANDANG HINA. BAPA JATUH SAKIT KERANA TERTEKAN. DAN..BAPA SUDAH MATI. IBU MALU, IBU TIDAK MAHU KAMU PULANG KE SINI. JANGAN SESEKALI JEJAK KAKI LAGI KE RUMAH KAMI. IBU BENCI KAMU. IBU TIADA ANAK TIDAK GUNA SEPERTI KAMU.
Iefa menekup mulut, sejalur air mata mengalir menuruni pipinya.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...