12: Beautiful (iv)

1.2K 75 4
                                    

Sudah 3 hari sejak Rael menjadi Rachel. Rachel duduk di temlatnya. Dia merenungke luar tingkap. Rachel agak terganggu sejak kebelakangan ini. Dia mahu membalas penipuan Dania. Namun pada masa yang sama, dia tidak dapat menipu dirinya bahawa dia masih mencintai Dania. Walaupun hakikatnya Dania itu lesbian.

Pap!

Bahu Rachel ditepuk sekali. Rachel memalingkan wajah. Dania yang menepuk bahunya. "Awak nak tak susu ni? Saya beli lebih kat kafe tadi." Ucap Dania, menalakan sekotak susu kocak perisa coklat. Rachel hanya tersenyum mengambil kotak susu itu. Dania duduk di meja kosong sebelah Rachel. Dania juga ada sekotak susu kocak.

Mereka mengoyak kotak itu serentak, lalu meneguk penuh selera. "Terima kasih..."ucap Rachel selesai minum. Dania tersenyum manis kepada Rachel. Rachel semakin rasa bersalah mahu membalas dendam kepada Dania. Rachel baru sedar, salah Dania bukanlah besar sangat. Bahkan lebih baik kerana Dania segera memutuskan hubungan dan berlaku jujur bahawa dirinya itu lesbian.

"Awak suka saya tak?" Soal Rachel, memandang dalam-dalam mata Dania. Dania terkedu seketika, namun kemudiannya tersenyum. Dania memegang kedua pipi Rachel.

"Ya, saya sangat suka awak sebab awak comel dan baik! Bahkan saya sangat sayang awak!" Jawab Dania. Rachel terkelu. Ucapan tersebut kedengaran sungguh ikhlas. Rachel senyum memandang Dania. Kemudian, Dania melepaskan pegangan tangannya pada kedua pipi Rachel.

Mereka diam seketika. Dania melilau memandang sekeliling kelas. Lalu matanya terpandang kerusi dan meja kosong dalam kelas. Wajahnya berubah suram. Rachel perasan perubahan riam wajah Dania itu. "Kenapa Dania?" Soal Rachel. Dania hanya memandang Rachel, dan menggeleng.

"Jom pegi kafe kat bangunan Fa'Mose habis sesi persekolahan nanti!" Ajak Dania.

---------

Dania dan Rachel duduk berhadapan. "Mahu pesan apa cik manis berdua?" Soal pelayan itu. "Americano ais satu. Tambah foam kat atas. Extra." Pesan Dania. "Hot chocolate plus mint satu. Dan saya nak butter croissant satu." pesan Rachel. Dania memandang tidak percaya ke arah Rachel apabila Rachel memesan minuman itu.

Pelayan itu beredar. "Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Rachel, apabila menyedari pandangan Dania yang memandangnya begitu dalam. Wajah ceria Dania berubah. Suram.

"Awak mengingatkan saya pada dia."

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now