19: Affi (v)

1K 66 10
                                    

Satu lohong terbentuk di dasar lombong, dan mereka berdua terus berenang ke dalam lohong itu. Affi sangat was-was dengan Iefa ni sekarang tapi dia cuba tahan. Pipi mereka berdua kembung menahan nafas.

Sebaik masuk ke dalam lohong itu, mereka jatuh ke atas lantai. Air semua takde, sejurus lohong tadi tertutup.

"Uhukk..ukkhhh..." Affi mencari nafas. Dia memegang tengkuk, macam tercekik tertelan dua tiga cawan air lombong. Tidak seperti Affi yang tercungap-cungap, Iefa sudah berdiri. Air menitik-nitik di hujung skirt Iefa.

"Jom" Iefa menarik tangan Affi yang masih terduduk di lantai. Affi menepis. "Kenapa kau suka sangat tarik-tarik aku? Rimas!" Affi bangun sendiri.

Iefa buat muncung itik. "Kita kat mana ni? Bukan tadi kita baru lepas berenang dalam lombong ke?" Soal Affi, mengusap rambut putihnya yang basah, menutupi sebahagian dahinya.

"Ni la tempat aku. Kat dasar lombong!" Ujar Iefa, melompat girang, malah bertepuk tangan.

'Haish aku la nenek ni... tak padan dengan umur dah lebih 100 tahun tapi perangai macam baru keluar perut. Rasa ringan je tangan ni nak lekap kat muka dia.' rungut Affi dalam hati.

"Okey, ikut aku. Jalan-jalan sikit dalam tempat aku ni." Ujar Iefa, mula menapak. Affi hanya mengikut.

Affi agak kagum, namun ego membuatkan wajahnya hanya membatu. Tempat Iefa tersebut seperti sebuah rumah. Ada bilik, ada tandas, ada dapur, ada ruang tamu. Cumanya, suasananya sungguh suram dan dingin, mungkin kerana berada di dasar lombong, kesejukannya mempengaruhi suhu dalam tempat Iefa ini. Dan seluruh tempat tersebut hanya diterangi lilin.

Lilin yang sangat banyak. Ada yang tinggi, rendah, berwarna, putih, yang terpadam ada juga. Sesetengah lilin tesebut membebaskan wangian yang menenangkan, namun misterius. Affi agak menyukai sensasi wangian yang dibebaskan.

"Kenapa ada banyak lilin ni? Aku yakin bukan hanya untuk menerangi tempat kau ni saja." Affi menyoal Iefa, sambil memasukkan tangan di dalam kocek seluar. Iefa yang sedang menyalakan satu lagi lilin pendek berwarna merah, terhenti perbuatannya.

"Semua lilin di sini mewakili roh yang sudah aku ambil." Jawab Iefa, dengan senyuman tak lekang dari wajah.

"Kenapa kau ambil roh orang?" Soal Affi, mendekati Iefa. Iefa tersengih. "Setiap orang yang minta aku tunaikan hajat mereka, aku akan cabut nyawa mereka setelah permintaan mereka aku berjaya selesaikan. Kira macam cenderahati untuk aku."

"Yang kau baru nyalakan tu...mewakili roh siapa?" Soal Affi, tertelan liur.

"Kau."

-----------------

Dira membuka mata. 'Ah..apa jadi pada aku ni? Kenapa aku terbaring di lantai?' Dira mula bangkit. Kotak kecil di kaki katil diambil. "Oh, aku makan coklat kan tadi? Dan tak silap aku, aku tercekik tu yang tak sedarkan diri tadi kot..." Dira menggamit memorinya kembali.

"Haha..aku tercekik coklat. Merapu betul. Dah besar pun tercekik lagi."

Dira melangkah ke bilik air, mahu membersihkan diri. Dia capai sabun pencuci muka, dan ketika dia memandang pantulan wajahnya di cermin, ketika itulah Deera menjerit.

"KENAPA? KENAPA DENGAN MUKA AKU NI?!!!"

Dira menggosok-gosok wajahnya sendiri. Kasar dan tidak tegang seperti selalunya. Dahinya penuh kerutan. Hidungnya menjadi jenis bercangkuk seperti hidung ahli sihir tua. Pipinya menggelebeh.

Dua tiga kali dia memandang pantulan dirinya di cermin, mengharapkan perubahan, dan menganggap itu semua hanya khayalan. Namun, tidak, wajahnya masih kekal begitu. Tua, berkedut.

Sekali lagi, jeritan nyaringnya memenuhi rumah.

-----

"Ak...aku?" Soal Affi. Iefa tergelak kecil. "Ya, sudah semestinyalah lilin itu mewakili roh kau. Kan kau ada buat permintaan pada aku? Jadi, nyawa kau akan aku ambil sebaik selesai permintaan kau!" Iefa bertepuk tangan.

Affi terkedu. Nyawanya di hujung tanduk. Nyawanya di lilin itu. "Tapi...tapi aku taknak mati! Tolonglah..aku taknak mati..batalkan sahaja permintaan aku!" Affi kedengaran merayu.

Iefa mencebik bibir, jari telunjuk dimain-main di bibir. "Ah..kau usah risau. Kan aku dah kata...permintaan kau ialah yang terakhir aku tunaikan? Dan aku ada hadiah untuk kau, kan? Jangan bimbang ya Affi. Apabila aku selesaikan tugasan untuk melaksanakan permintaan kau, nyawa kau takkan aku ambil. Malah aku akan beri kau suatu ganjaran yang takkan kau duga!" Ujar Iefa bertepuk tangan.

Affi separa lega. Namun separa lagi lebih kepada bimbang terhadap hadiah yang akan Iefa beri.

Haa yang ni panjang sikit drpd part2 yang sebelum ni. Sori ye yg sebelum ni tak memuaskan korang. Sebab sebelum ni buat sekadar isi masa je. So, now shower me with votes and comment kayh?

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now