33: Finale (i)

532 40 7
                                    

Dia berdiri di hadapan batu setinggi orang dewasa itu. Batu itu sungguh teguh dan sangat berat untuk diangkat seorang manusia.

Dia menarik nafas. Jari dipatah-patahkan. Seluruh fokus ditumpu pada batu itu. Sedikit gerakan tangan ringkas dilakukan, seakan-akan mengangkat batu itu dari jauh. Perlahan-lahan, asap ungu muncul dari tangannya dan mengalir ke batu besar itu. Bagaikan menyelaputi batu besar itu.

Perlahan-lahan batu besar itu mula terapung, menjauhi tanah. Dia tersenyum. Nampaknya dia sudah mampu menguasai ilmu hitam ini dengan lebih menyeluruh. Batu besar itu digerak-gerak bagaikan bermain boneka. Sungguh mudah lagaknya, menampakkan batu itu seperti ringan sahaja.

"Dira! Kau di mana!!" Teriak seorang wanita. Suara wanita itu bergaung-gaung di dalam gua tersebut. Dia terkejut apabila namanya dipanggil, lalu perlahan-lahan cuba meletakkan kembali batu besar itu. Namun agak lambat pergerakannya kerana masih baru dalam pengawalan asap ungu itu.

"DIRA!! KAT SINI KAU!!" Jwanita muncul di sebalik batu besar yang berfungsi sebagai penghadang. Dira terkejut lantas asap ungu nya menghilang, tersedut kembali ke dalam tubuh nya. Batu besar yang tidak sempat diletakkan seeloknya di tanah, jatuh terhempas ke tanah. Debu tanah berterbangan.

Dira dan Jwanita terbatuk-batuk apabila debu memasuki rongga pernafasan. "Hish kau ni Dira! Nak berlatih, minta aku jadi pengawas nya. Boleh aku perhati dan nilai peningkatan kau. Banyak kali dah kau asyik berlatih sendirian. Bagaimana kalau kau hilang kawalan macam yang berlaku 10 tahun dulu?" Jwanita membebel.

Dira mengeluh mendengar Jwanita yang mula mengungkit topik yang sama untuk dibebelkan. "Ya, Jwanita. Aku ingat lah apa yang jadi tu. Aku hilang kawalan kuasa aku. Aku hampir bunuh diri sendiri. Tapi tu lama dulu. Prestasi aku dah meningkat. Peristiwa itu takkan berulang lagi." Dira membangkang. Baju ditepuk-tepuk untuk mengusir debu. Dira melangkah ke arah Jwanita.

"Kenapa kau cari aku?" Soal Dira. "Ajak kau makan lah. Makanan tu sumber tenaga. Kau perlukan tenaga untuk kuasa yang lebih kuat." Jawab Jwanita. Mereka berdua berjalan keluar dari gua dan kembali ke kampung yang berada tak jauh dari gua.

Mereka sudah tidak tinggal di kampung dahulu lagi. Mereka harus pindah keluar kerana mereka kini tidak menginjak umur nya. Bermakna Dira kekal 17 tahun dan Jwanita kekal berumur 50 tahun. Jadi, akan timbul permasalahan jika mereka terus tinggal di kampung lama. Orang sekeliling pasti mengesyaki mereka mengamalkan ilmu jahat untuk kekal muda.

Lalu mereka berpindah ke kawasab yang lebih jauh. Di kampung yang baharu ini, mereka berdua punya tempat tinggal. Mereka menjumpai sebuah gua, tempat yang sesuai untuk mereka berlatih menggunakan kuasa sakti tanpa diketahui orang. Mereka berlatih bersungguh kerana satu misi yang sama.

Balas dendam.

---------

Seminggu selepas kematian Makcik Elis, dan Clara sudah menguruskan segalanya, Clara tinggal di markas Affi. Apa guna tinggal di rumah besar dan mewah jika tiada sesiapa. Clara ada bercadang untuk menjadikan rumah itu rumah kebajikan pada masa akan datang. Tidaklah rumah itu dibiarkan bersawang macam tempat hantu bertandang.

Jadi sekarang dalam markas, ada Affi, Iefa dan Clara.

Awww macam happy family.

Affi menggeliat dan menguap di muka pintu. Affi menepuk tangan lalu lilin-lilin di seluruh markas menyala. Affi melangkah ke dapur. Dia harus melalui bilik Clara.

--Bilik yang baru wujud sama macam Clara yang baru wujud dalam markas tu--

"Eh budak ni. Dah tengah hari tidur lagi. Dah lah tak tutup pintu." Affi melangkah sedikit masuk ke dalam bilik, lalu tombol pintu dicapai. Baru sahaja daun pintu hendak dirapatkan, tindakan Affi terhenti apabila mendengar rengekan kecil Clara yang sedang tidur.

"Clara sayang mak... Clara mintak maaf sebab tak dapat buat banyak benda untuk mak... Makkk..." Rengek Clara, halus.

Affi berasa tertarik. Dia kuak kembali pintu lalu melangkah mrnghampiri sisi katil. Affi melutut di tepi katil, mrnghadap wajah Clara yang sedang tidur.

"Aku nak tengok apa yang kau mimpi..." lalu Affi rapatkan dahinya dengan dahi Clara. Sesaat, Affi dibawa ke alam mimpi Clara. Sebuah taman yang sangat indah. Affi terpesona sekejap melihat pemandangan yang sangat indah itu. Alam mimpi, segalanya menarik.

Affi berjalan-jalan di sekitar taman itu. Tak dapat diceritakan bagaimana setiap perincian dalam taman mimpi itu sangat mempesonakan. Beberapa lama merayau, kelibat Clara masih tidak kelihatan.

Affi terlihat suatu pokok besar yang rimbun daunnya, besar batangnya melebihi sepemeluk manusia. Affi dapat mendengar tangis kecil Clara di balik pohon besar itu. Affi mula melangkah menghampiri pokok itu. Semakin menghampiri, semakin jelas Affi lihat Clara sedang menangis di dalam pelukan Makcik Elis.

Tak. Bukan 'makcik'. Ni ialah Elis. Dalam mimpi ni, Makcik Elis kembali muda. Sepertimana dalam gambar yang pernah Affi lihat dulu. Muda, cantik, berwajah manis. Juga rambutnya yang putih.

"Jangan macam ni, Clara. Kamu tak buat salah apa. Kamu jangan bimbang pasal mak. Kat sini, semua benda mak boleh dapat. Kamu boleh tenang sekarang sebab mak dah bahagia di sini." Kedengaran Elis memujuk Clara.

Affi hanya bersandar di pokok, memehatikan dua beranak itu bersyahdu-syahdan. Tak nampak macam mak dengan anak pun sebenarnya. Nampak macam kawan sebaya. Yalah, dalam mimpi ni, Elis muda. Baya-baya Clara saja.

"Kamu jangan nangis dah. Mak bahagia kat sini. Kamu teruskan hidup. Bila tiba masa kamu, kita bertemu ya?" Elis usap rambut Clara. Perlahan-lahan, mereka leraikan pelukan. Elis lembut mengelap air mata yang membasahi pipi Clara.

"Mak cuma mintak kamu teruskan hidup. Dan jangan lupakan mak. Itu dah cukup buatkan mak bahagia. Okey?" Pinta Elis. Clara mengangguk. Dari tadi tidak bersuara, hanya dengar tangis suaranya.

Tiba-tiba, Elis terperasan akan Affi yang dari tadi memerhati. Elis melangkah menghampiri Affi. Affi hanya diam. Senyum pun tidak. Tiada perasaan. Elis memeluk Affi, erat. Terpaksa jengket sedikit sebab Affi lebih tinggi.

"Mak mintak maaf sebab tak dapat bagi segala yang kamu perlu. Mak bukan mak yang baik. Mak mintak maaf atas segala kesukaran yang kamu lalui disebabkan kesilapan mak. Mak harap kamu dapat maafkan mak. Sentiasa ingati mak. Mak sayangkan kamu walaupun kita baru bertemu.." air mata Elis membasahi bahu Affi. Perasaan Affi tersentuh sedikit.

Pelukan Elis akhirnya Affi sambut.

Clara menghampiri lalu memeluk dari sisi. "Mak tak ada banyak nasihat untuk kamu. Mak cuma nak kamu teruskan hidup dengan jalan yang betul. Mak tak tahu apa yang berlaku pada kamu tapi mak nasihatkan kamu pilih yang baik, yang putih. Jangan pilih yang jahat,yang hitam. Hidup kamu akan lebih bermakna bila ikut jalan yang benar." Ucap Elis dalam sendu.

Affi mengangguk. Begitu juga Clara. Lalu pelukan mereka bertiga dileraikan. "Mak tak boleh lama-lama. Mak kena pergi. Ini pelang keemasan mak untuk berjumpa kamu berdua. Mungkin lama lagi kalau mahu ketemu lagi." Ucap Elis. Mengusap bahu Affi dan Clara.

"Mak pergi dulu. Mak sayang kamu berdua selalu. Kamu berdua tetap anak mak selagi ikut jalan yang benar." Perlahan-lahan tubuh Elis memudar dan mrnghilang.

Kedua-dua Elis dan Affi membuka mata. Menyebabkan mereka ter-bertentang mata. Sesaat dua lalu pertemuan mata mereka dileraikan. Clara duduk dan menyapu air mata yang tanpa sedar telah membasahkan bantal.

Affi keluar dari bilik itu begitu sahaja.






THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now