"Lambat pulak si Dira ni.. Patutnya dia cuma perlu pecahkan batu permata tu je. Lepas tu, kira setel lah kan?" Jwanita berpeluk tubuh. Bersandar di kerusi di mana Clara terikat. "Macam tak ada guna saja aku terikat di kerusi ni. Kak Iefa tak datang tengok pun." Clara merungut. Affi di sebelah hanya diam. Risau tentang keadaan Dira. Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa lambat? Mengikut plan, memang dah cantik sangat dah. Oh, mesti anda tertanya-tanya sejak sekian lama apa plan mereka sebenarnya kan?
Baiklah, begini ceritanya..
Ingat lagi situasi di mana Clara dan Affi sedang bersantai di tepi kolam dan tiba-tiba diserang oleh Jwanita dan Dira? Sebenarnya, mereka berdua datang bukan untuk berperang. Mereka tak serang Affi dan Clara pun. Mereka datang untuk membuat perancangan bersama Affi.
____________________
"Hai Affi...." salah seorang menegur.
"Jwanita." Ucap Affi. Affi menarik Clara rapat ke belakangnya. Gerak hati seorang abang untuk melindungi adik. "HAHAHAHA kau masih ingat aku ya?" Jwanita berhenti melangkah. 'Rakan' Jwanita turut mengikut hentian langkahan Jwanita.
Mereka berdua menyelak hoodie yang menutup wajah bagi menunjukkan rupa masing-masing. Jantung Affi berdegup kencang apabila melihat raut wajah Dira yang masih cantik dan muda jelita. Sudah 50 tahun Affi tidak merasakan debaran sebegitu sejak disumpah oleh Iefa. Affi sudah lama tidak berdebar apabila melihat wanita jelita. Tapi kali ini entah mengapa, melihat Dira, sumpahan yang ada pada diri Affi bagaikan tiada apa. Affi merasa seperti lelaki normal. Yang menyukai wanita.
"Hai Affi." Dira menegur. Affi tersedar dari lamunan pendeknya apabila mendengar suara sopan Dira. Affi terlalu kaku sampai tak mampu membalas sapaan Dira. Macam manusia biasa bila bertentang mata dengan crush. Jwanita dan Clara membalas pandangan dan tersenyum manis. "Lama kan tak jumpa?" Jwanita menegur. Affi mengangguk. Sedikit senyum dicoret. Clara agak keliru dengan apa yang sedang berlaku.
Perlahan-lahan Clara keluar dari belakang Affi kerana merasakan dua wanita yang baru muncul tu bukanlah suatu ancaman.
"Adik awak ke, Affi?" soal Dira. "Takkan tak tau lagi. Dah menghendap dua kali kan?" Affi tersengih. Dira tergelak. Mereka berdua berbalas pandangan malu-malu kucing. Jwanita berdehem kecil bagi mengalih perhatian mereka.
"Maaf mengganggu tapi ada benda lagi penting yang kita kena buat. Ada sesuatu rancangan yang kami nak jalankan. Dan kami perlukan kamu, Affi. Oh... dan si cantik ni juga." Jwanita memulakan bicara. "Kami nak hapuskan Iefa. Dia sudah terlalu banyak membuat onar dan menyusahkan hidup. Terutama antara kita bertiga. Dan tujuan lain adalah untuk membebaskan kau dari cengkaman Iefa." Jwanita tujukan ayat terakhir pada Affi.
"Hah? Kamu berdua nak lepaskan aku dari Iefa gila tu? Macam mana?" Affi kelihatan teruja. "Baik, dengar sini. Buat masa ni, kita cuma perlu buat Iefa percaya yang kami datang dan memang nak berperang. Dia dah nampak tiga titik belakang kau kan?" soal Jwanita. Affi angguk.
"Baik, sekarang dia dah tau satu petanda. Iefa cuma perlu muncul dan kami akan mula berlawan. Dan nak bagi nampak real, kami akan serang kau dan Clara juga. Kami akan cuba tahan supaya tak terlalu mencederakan, tapi cukup untuk buat si Iefa percaya. Dan akhir sekali, kami akan culik Clara." Jwanita habiskan penjelasan.
"Supaya kau ada alasan untuk datang ke tempat persembunyian kami. Dan supaya Iefa akan datang menyelamatkan kau." Dira sambung. "Hah? Macam mana korang yakin dia akan datang selamatkan aku?" Affi mencebik. "Kau rasa dia saja-saja ke pilih kau untuk turunkan kuasa dia?" Jwanita bagi double-jerk. Affi tak faham. "Dia suka kau la." Jwanita sengih sambil mengungkapkan ayat itu.
"Mengarut!" Affi menggeleng. "Dia jatuh cinta pandang pertama kat kau Affi. Sebaik sahaja dia nampak kau, dia nak simpan kau untuk diri dia. Memang dia dah malas nak tunaikan hajat tapi bukan itu sahaja sebab dia. Dia pilih kau sebab dia suka kau." Jwanita menjelaskan. Affi menggeleng, tidak percaya.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...