Sudah 2 bulan Iefa tinggal bersama Affi. Bermakna sudah 2 bulan sejak Iefa berkeras mengatakan dia akan mempromosikan servis menunaikan hajat Affi. Namun, nampak macam tak ada progres pun.
Sekarang ini, mereka berdua sedang melepak di hadapan televisyen. Iefa berbaring di sofa yang bertentangan dengan Affi. Affi sedang berbaring mengiring ditampung tangan kiri, sambil makan popcorn, mata pula kekal fokus pada skrin televisyen. Iefa pula berbaring telentang dengan kepalanya beralaskan kusyen.
Hidup Affi sekarang bagaikan manusia normal lain.
"Oi Iefa..." panggil Affi."Apa.." sahut Iefa. Matanya masih di televisyen. "Macam tak menjadi je promosi kau tu." Ujar Affi. "Nanti ada la tu. Kau macam tak tau je manusia mudah tertarik dengan benda macam ni." Balas Iefa, yakin.
Affi mengeluh. Beberapa ketul popcorn disumbat lagi di dalam mulut. "Siapa je yang akan datang ke kolam terbiar? Entah-entah diorang ingat scam je..." ujar Affi. "Hei.. apa kau ingat aku promosi pakai whatsapps, insta, twitter, shopee, facebook, telegram semua tu ke? Aku promosi guna cara lama la. Sebab aku tau, kalau guna secara online, mesti orang ingat tipu." Jawab Iefa. Affi hanaya menadah telinga.
Dia bukan kisah sangat kalau ada orang nak datang buat hajat ke tak.
Beberapa jam juga mereka hadap televisyen itu. Sebab Iefa baru langgan satu channel yang tayangkan filem-filem blockbuster. Mana taknya Affi tonton habis-habisan. "Oi.. diorang tak tayang cerita gay ke?" Soal Affi, matanya masih melekat di skrin. Popcorn sudah habis Affi makan.
Tiada jawapan daripada Iefa. Affi menoleh memandang sofa Iefa berada. "Ceh. Tidur sudah..." keluh Affi. Affi bangun, bekas kosong popcorn diambil lalu dibawa ke dapur. Mahu dibuang. Alang-alang sudah di dapur, Affi mula membancuh minuman kegemaran terbarunya;Milo.
Ketika dia mula kembali ke ruang hadapan, seorang gadis remaja berada di ruang hadapan. Gadis yang berhoodie itu kelihatan clueless. Affi terkejut sehinggakan mug di tangan hampir terlepas. "Siapa kau? Macam mana kau masuk?!" Tengking Affi, refleks daripada perasaan terkejut. Gadis itu lagilah terkejut apabila disergah.
Gadis itu melangkah menghampiri Affi. Hood yang menutupi separuh muka dibuka. Affi semakin bertambah terkejutnya.
Gadis itu berambut putih.
-----
Affi masih terkaku di situ, berhadapan dengan gadis itu. "Ini ke tempat yang tunaikan hajat tu?" Soal gadis itu. Affi diam. Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah dihadiahkan kepada Iefa. 'Apa yang kau promokan sampai orang boleh masuk sendiri ni??' Keluh Affi.
"Sini ke?" Soal gadis itu lagi. Affi geram, 'Dia ni.. dah la masuk tiba-tiba. Nak desak-desak aku bagi jawapan pulak. Dia ni lagi annoying daripada Iefa..' rungut Affi di dalam hati.
"Ya...sini la tempatnya." Jawab Affi, akhirnya. Otak dia masih fikir tentang rambut gadis itu yang putih. Ini kali pertama dia jumpa orang yang berambut putih sepertinya.
"Eh..ada klien ke?...." satu suara mamai menegur. Siapa lagi kalau bukan Iefa. Iefa bangun dari pembaringan, lalu melangkah menghampiri mereka. Mata digosok-gosok. Rambut perang separas pinggangnya sedikit serabai. "Kenapa tercegat kat situ? Duduk lah.." pelawa Iefa. Iefa menarik satu kerusi makan, lalu gadis itu duduk. Kemudian, Affi dan Iefa menarik kerusi sendiri dan duduk.
"Siapa nama kamu?" Soal Iefa. Cuba mewujudkan suasana selesa mungkin. Lagipun, Iefa berpengalaman dalam melakukan hal sebegini. Affi hanya perhatikan. "Saya Clara." Jawab gadis itu dengan ceria.
"Okey Clara.. saya Iefa dan itu Affi." Iefa memulakan bicara. Clara mengangguk. "Dia tu lah yang akan tunaikan hajat kamu." Ujar Iefa, tersenyum manis. Perawakan Iefa sekarang ini sungguh matang dan menenangkan. Tidak seperti selalu, Iefa agak keanak-anakan dan menyebalkan. Affi lebih menyukai perawakan matang Iefa ini.
"Wah, rambut kamu berdua sama-sama putih!" Tegur Iefa. Affi mengetap gigi. 'Eh dia ni... bukak topik ni pulak.' Affi perasan Clara memandang dirinya sekilas, namun Affi buat tak endah. "Haah.. masa mula-mula tadi pun saya terkejut jugak." Ujar Clara. Iefa dan Clara bersatu tawa.
Entah apa yang kelakar sangat...
"Jadi apa hajat kau?" Soal Affi, straight to the point. Menongkat dagu di meja. Matanya merenung terus ke wajah Clara. "Saya nak mintak tolong tunaikan hajat mak saya." Jawab Clara. "Hajat mak kau? Bukan hajat kau?" Soal Affi, bernada rendah. "Ya la. Hajat saya ialah nak hajat mak saya tertunai!" Balas Clara.
Berbelit ayat.
"Huh...." Affi mengeluh. Tiba-tiba, dia bangun dan terus menuju ke bilik. Clara dan Iefa terkilan. "Err.. akak.." Clara bersuara.
'What? Akak? Aku pangkat moyang kau tau tak?' Detik hati Iefa. "Ya kenapa?" Sahut Iefa, memaniskan muka. "Abang tu nampak macam tak suka saya je. Saya ni annoying sangat ya sampai dia tak nak layan saya?" Soal Clara, tangannya menggenggam penumbuk, diletak di atas lutut.
Iefa menggosok belakang Clara. "Tak apa.. kalau dia tak nak tunaikan hajat kamu... akak boleh." Pujuk Iefa.
"Siapa kata aku tak nak?" Affi muncul dengan memakai pakaian rasmi ahli sihirnya. Kolarnya dibetul-betulkan. Clara dan Iefa hanya memandang ke arah Affi. "Kau..." Affi lurus menunjuk ke arah Clara. "...nak aku tunaikan hajat kau,kan?" Soal Affi. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Clara mengangguk.
"Bawak aku jumpa mak kau"
A/N: I just updated this book cover😄😄😄 What do you think?
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasiTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...