Dira menggeliat. Sinaran mentari pagi itu sungguh indah dan pastinya merupakan suatu permulaan yang baik untuk semua manusia. Namun tidak bagi Dira.
Awan mendung masih menyelubungi hatinya. Dia mencapai senaskhah buku nipis di rak bukunya. Jelas tertulis tajuknya "Mystery of Feelings". Satu mukasurat siap bertanda diselak.
Di situ tertulis suatu ayat yg pernah menjadi pegangan Deera.
'Untuk menarik perhatian si Dia, anda perlu guna cara yang paling tak diduga! Jika selalunya kita meluah perasaan menggunakan bunga, apa kata, cara luar biasa kita..kita hadiahkan bunga kaktus! Haa pasti si Dia sukar melupakan kita!'Mata Deera menyala marah. "Bodoh punya buku..."
ZRAPPPPP!! Buku itu pantas dikoyak. Mukasurat-mukasurat buku berterbangan. Deera memeluk lutut. Maki-hamun terhadap diri sendiri bertubi dihamburkan.
Pup!
Sebuah kotak kecil dilontar dari luar masuk ke dalam rumah Deera. Mendarat di kaki katil Deera. Deera menjenguk, lalu tangan dihulur untuk mencapai kotak itu.
Kotak kecil itu dibuka. Seketul coklat berbentuk sfera elok terletak di dalam kotak itu. Terdapat sekeping kulit kayu-berfungsi sebagai nota-disertakan bersama coklat itu.
~Makanlah untuk gembira!~
Deera hairan. Siapa yang memberinya coklat? Deera menjenguk ke luar tingkap. Tiada siapa. Hanyalah lembu yang sedang meragut rumput. Takkanlah lembu memberinya coklat?
Deera berteleku di atas katil. "Makan je la. Coklat je kot.." lalu bebola coklat itu dimasukkan ke dalam mulut.
------
"Oh! Dia dah makan la! Sebut cepat Affi!" Iefa menepuk-nepuk bahu Affi. 'Eh dia ni..aku tangankan karang..'Affi menarik nafas. Suatu mantera yang Iefa telah ajar, dibaca terkumat-kamit sambil matanya ditutup. Habis membaca mantera, matanya dibuka. Lalu dia meniup ke arah tingkap bilik Deera.
-----
Suatu lintasan angin masuk ke dalam bilik Deera. Deera sedang mengunyah coklat tadi."Eeeekkk..uhkk aahhh!!" Tekak Deera tiba-tiba terasa perit. Deera memegang tekaknya. Dia cuba memuntahkannya kembali, namun coklat itu bagaikan bara api yang membakar tekaknya.
Tubuh Deera melemah. Perlahan-lahan, Deera pengsan.
-----
Iefa bertepuk tangan. Affi agak annoyed dengan perangai kebudak-budakan Iefa, namun hanya dibiarkan. "Bagus la kau Affi! Baru first time buat dah jadi!" Iefa melompat-lompat. Menggoncangkan dahan pokok tempat mereka bertenggek, berserenjang dengan tingkap bilik Deera."Tu je? Setakat tercekik je?" Affi kedengaran skeptikal. Iefa mencebik. "Kau jangan pandang rendah kat aku. Dah 100 tahun aku buat kerja ni kau tau?" Iefa memeluk tubuh. "Kau tengok ah nanti apa jadi kat dia." Iefa tersenyum penuh makna.
"Okey, sementara tunggu hasil, jom balik tempat aku. Lepak-lepak." Ujar Iefa, menarik tangan Affi. Affi terdorong mengikuti. Kedua-dua mereka melompat turun. "Tempat kau? Hah? Kenapa? Perlu ke? Apa je ada kat sana? Jauh ke?" Soal Affi, bertubi, terkejar-kejar langkah Iefa.
Iefa hanya tersenyum. "Banyak tanya la kau. Tengok je la" lalu mereka teruskan berjalan (tapi Iefa terlompat-lompat) menuju ke tempat Iefa.
-----
"Lombong? Kau dah tak betul ke? Suka sangat merepek!" Soal Affi. "Hahaha inila yang seronoknya. Jom terjun!!" Iefa terus melompat terjun masuk ke dalam air lombong dan Affi terikut sekali kerana tangannya erat dipegang Iefa.
Mereka berdua tenggelam ke dasar.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasiTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...