"Kita putus! Adiosss!" Ucap Dania, meninggalkan Rael sendiri. Rael terkejut. Langkah Dania yang semakin menjauh diperhati, lalu dikejar. "Kenapa...kenapa kita kena putus?" Soal Rael, menangkap lengan Dania.
"Sebab kau lelaki! Aku lesbian la bodoh!!". Hati Rael bagai dipanah petir. Lemah segala urat sarafnya. Genggamannya pada lengan Dania menjadi lemah, dan Dania mengambil peluang itu untuk melarikan diri.
Rael masih terkaku. Gadis tercantik yang dikenalinya, yang telah menjadi kekasihnya selama sebulan ini...rupanya lesbian? Selama ini, segala cinta yang ditunjukkan.. palsu semata-mata?
Akhirnya, air mata lelaki Rael menitis.
Tanpa disedari, sepasang mata memandang gembira ke arah Rael. "Putus pon!!" Girang hati pengintip itu.
------------------
Rael menapak lemah pulang ke rumah. Senja itu sungguh suram baginya. Tak henti air matanya mengalir, mengenangkan kebodohannya mencintai seorang lesbian. Lesbian yang sungguh pandai mengambil hatinya. Lesbian yang sungguh pandai menunjukkan kemanjaannya dengan dirinya. Lesbian itulah yang telah menipu mencintainya!Dalam samar-samar, dia melihat papan tanda yang menunjukkan bahawa terdapat kolam renang awam berdekatan. Hatinya tergerak untuk pergi ke kolam renang itu.
Sesampainya dia di situ, dia merendam kakinya di dalam kolam. Senja sebegitu, tiada siapa di kolam renang. Rael menggerak-gerakkan kakinya di dalam air. Dia melihat pantulan dirinya.
Berpakaian pakaian sekolah elit.
Rambut yang kemas.
Wajah yang tampan.Menitis lagi air mata Rael. 'Apa fungsinya semua kesempurnaanku ini kalau aku bodoh....ditipu hidup-hidup oleh seorang lesbian? Tercalar kelelakianku!' Marah Rael dalam hati. Rael mengeluarkan kakinya dari dalam air, dia berdiri di tepi bibir kolam. Dia mendepangkan tangannya. "BAIK AKU MATI!!"
Lalu tubuh Rael rebah masuk ke dalam air. Perlahan-lahan, tubuhnya tenggelam ke dasar kolam renang....
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasiTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...