Rael melihat pantulan dirinya di cermin. Dirinya kini kelihatan sungguh anggun dan seksi. Kini, suaranya lebih lunak, dadanya beralun-alun dan punggungnya lebih naik. Namanya juga sudah bertukar menjadi Rachel. Rachel menggoyang-goyangkan punggungnya di depan cermin.
"Wah..memang betul sakti la si Affi tu. Aku dah jadi perempuan!! Hahahaa!! Tunggu kau Dania!! Hahahha!!" Rachel ketawa jahat, suaranya sungguh kewanitaan.
Rachel berjalan ke sekolah. Dia berpakaian pakaian sekolah perempuan. Cara jalannya sengaja di liuk-liukkan. 'Hahaha semua pandang aku. Lelaki dan perempuan. Lelaki pastinya pandang aku sbb body lawa. Yg perempuan mesti pndg aku sbb jeles. Chaiyokk ah Affi, gila seksi sekali dia jadikan aku perempuan! Lagi hot daripada perempuan biasa!!' Rachel tersenyum gembira seorang. Misinya pasti mudah dicapai.
Rachel mahu menambat hati Dania si lesbian, kemudian dia mahu melakukan segala yang mampu bagi menunjukkan 'kecintaannya'. Lalu bila sampai masanya, dia mahu tinggalkan Dania sedahsyat-dahsyatnya. Dia mahu membalas penipuan Dania. Rachel tersengih sinis. 'Rancangan aku pasti berjaya!!'
"Awak budak baru ke?" Tegur suatu suara yang dikenali dari belakang. Rachel segera menoleh ke belakang. "D..dania!!" Tegur Rachel. Dania berwajah keliru. "Macam mana awak tau nama saya?" Soal Dania.
Rachel tertelan liur. "Ah...awak..awak pakai nametag..saya baca je ha..haha.." jawab Rachel, cuba menyembunyikan kekekokannya. 'Waduhh cepat sangat ni. Aku rancang lambat sikit plan aku jalan.'
"Saya tanya tadi ni. Awak budak baru ke?" Tegur Dania lagi. Rachel pantas mengangguk. Dania tersenyum comel. Hati Rachel berdebar. Ya, walaupun fizikalnya dia perempuan, tetapi hatinya tetap lelaki, hatinya masih mencintai Dania.Melihat senyum manis Dania sungguh membuatkan Rachel berdebar tak keruan.
"Awak tau tak awak kelas apa?" Soal Dania. Nampaknya Dania memang mudah mesra dengan orang. "Kelas 5-C" jawab Rachel. "Ah..awak sama kelas saya, ya? Jom la!" Dania menggapai tangan Rachel lalu mereka laju melangkah ke arah arah.
Hati Rachel berdegup laju.
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasyTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...